Hanbin yang baru sahaja ingin melangkah kakinya ke dalam kelas terhenti saat mendengar kelasnya yang riuh rendah dengan tawa pelajar-pelajar didalam.
"Sudahlah tu!! Berhenti!! Berhenti!!"
Jeritan seorang namja mampu membuatkan Hanbin tertanya-tanya. Hatinya mahu masuk tetapi kakinya langsung tidak bergerak dari situ.
"Song Ji Hyo!!"
Kali ini Hanbin tersentak dengan jeritan namja itu. Song Ji Hyo? Kenapa? Lantas Hanbin melangkah masuk ke kelas dengan muka cemasnya. Satu benda yang tak dijangka berlaku di depan matanya. Tanpa berfikir panjang,Hanbin pun...
Dushh!
Bobby memegang hujung bibirnya yang berdarah. Matanya berkelip beberapa kali tidak percaya dengan apa saja baru berlaku. Dia baru saja ditumbuk oleh budak baru yang datangnya dari mana.
"Kau sape nak tumbuk aku hah?!" tanyanya menengking Hanbin.
Dush!
Satu lagi tumbukan mendarat di pipi kanannya pula. Bobby membuat perkara yang sama seperti tadi tetapi tiba-tiba tergelak.
"Hanbin stop! Stoplah!" kata Ji Hyo sambil menangis. Kedua-dua tangannya ditahan oleh Donghyuk dan Junhoe,oleh itu dia tidak boleh bergerak.
Hanbin memandang Ji Hyo. Wajah cantik Ji Hyo penuh dengan contengan dan kesan luka. Darah di sana sini. Rambutnya basah kerana direndam didalam air kotor. Baju terkoyak rabak. Sedang dia menjerit tadi,mereka menyumbatkan stokin kedalam mulutnya.
Hanbin mengenggam penumbuk. Matanya memerah menahan geram. Di satu sudut lain Jinhwan juga ditahan oleh Chanwoo dan Yunhyeong. Dari tadi Jinhwan menjerit supaya berhenti tetapi jeritannya sia-sia. Dia sudah di kepung oleh dua orang namja itu.
"Korang..lepaskan dua ekor tu,kita kerjakan yang berlagak nak jadi hero ni"kata Bobby mendekati Hanbin. Apabila dengar saja arahan Bobby mereka berlima mengepung Hanbin.
"Ji Hyo!" Jerit Jinhwan lalu membuang stoking dari mulut Ji Hyo. Di usap lembut rambut Ji Hyo yang dari tadi tidak berhenti menangis.
"Gw-gwenchana? Kita pergi bilik rawatan sekarang ne?"kata Jinhwan risau. Ji Hyo mengeleng,dia lebih risau dengan keadaan Hanbin berbanding dirinya sendiri. Mana taknya,Bobby dan gengnya yang dikenali sebagai iKon memang pandai berlawan. Bagaimana Hanbin seorang mampu berlawan dengan 5 orang namja yang kuat berlawan?
Ji Hyo ingin bersuara tetapi suaranya tidak keluar. Mungkin kerana banyak menangis. Dalam masa 10 minit Hanbin meninggalkannya,dia terus dibuli dengan teruk sekali. Ji Hyo memandang wajah Hanbin,begitu juga Hanbin.
'Tolonglah jangan cedera' Seperti satu kuasa,hanya dengan bercakap di dalam hati Ji Hyo mampu berkomunikasi dengan Hanbin. Hanbin mengangguk faham dan membalas 'jangan risau'. 'Berusalah Hanbin!'
Bersambung
Lalala abaikan typo~Author memang queen of typo ̄ω ̄ Oh ya,mainhae late update T_T
YOU ARE READING
[C] WWW.BODYGUARD.COM
FantasyDi sekolahnya,dia sering dibuli.Kerana sudah tidak tahan,dia telah membuat satu tindakan yang tidak sepatutnya dia lakukan.Ada waktu dia berasa sungguh gembira kerana telah berbuat begitu,ada juga waktu dia terasa sangat menyesal.Semuanya bermula ap...