Prftt sebelum tu author nak mintak maaf kejap. Chapter 11 tu ada pembetulan -,- Aiyoyo,ingat tak part Eunji tengok gambar tu? Kalau tak ingat hang scroll balik la chapter 11 XD Hah kat situ ada pembetulan. Bukan gambar 'yeoja' tapi...gambar 'suami isteri dengan anak'. Bahahaha maafkan author atas segala kesilapan yang telah ku lakukan*mood drama on* itulah padah bila tergesa gesa seperti ayam hendak berak(?) Mian mian jikyeojuji mothae mianhae~hoho.
---------------------------
Ji Hyo membuka mata perlahan-lahan. Pening itu memang pening, nafasnya juga agak sesak. Tangannya terasa berat. Seperti ada sesuatu sedang memegangnya.
Bibir Ji Hyo mengukir satu senyuman. Hanbin tidur sambil memegang tangan Ji Hyo ditepi katil. Berbeza dengan Ji Hyo yang tidur mati,Hanbin membuka matanya setelah dapat merasakan jari Ji Hyo bergerak.
"Cik muda dah bangun? Mianhae. Mianhae sebab tak lindungi Cik Muda" Hanbin yang terduduk secara automatik berdiri dan membongkok badan.
"Ani, awak dah lindungi saya. Kalau awak tak ada,saya mungkin dah... pergi jumpa omma dan appa saya dekat sana" kata Ji Hyo. Kolam di matanya sudah bertakung.
"Ma..maaf" Hanbin sekali lagi meminta maaf setelah mendapati Ji Hyo sebak.
"Kat mana ni?" soal Ji Hyo. Matanya melilau memandang sekeliling tempat itu.
"Rumah saya" balas Hanbin. Ji Hyo mengangguk.
"Ermm saya nak keluar kejap boleh?" Ji Hyo mengangkat sebelah keningnya.
"Tapi Cik Muda masih lemah. Tak boleh banyak bergerak" Hanbin membantah. Dia tidak mahu Ji Hyo tumbang disitu.
"Saya nak hirup udara segar. Jebal~" pujuk Ji Hyo. Hanbin berfikir sejenak, kemudian dia mengangguk.
"Arghh segarnya" Ji Hyo mendepakan tangan. Walaupun harini sangat mencabar tetapi sekarang dia berasa sangat selesa.
"Cik muda, jomlah masuk. Nenek saya dah siapakan sup untuk cik" Hanbin berdiri sambil menundukkan badannya. Itulah etika yang dipelajarinya.
Ji Hyo menarik nafas. Matanya dipejam rapat. Buaian yang menjadi tempat duduknya digerak ke belakang dan ke depan.
"Nantilah. Kita duduk sini dulu" Ji Hyo menepuk nepuk satu lagi buaian yang digantung pada pokok.
"Tapi..."
"Eipp, duduk. Kita sembang la kejap" Ji Hyo memuncungkan bibirnya. Hanbin akhirnya mengalah, dia memgambil buaian disebelah Ji Hyo untuk dijadikan tempat duduk.
"Hanbin..awak tahu tak? Kita baru je kenal satu hari. Baru je satu hari. Tapi Ji dah rasa rapat dengan awak. Ji rasa selesa dengan awak. Ji percayakan awak" Ji Hyo berkata sambil menyepak ranting ranting dibawah. Hanbin hanya memandang Ji Hyo dari tepi.
"Awak, awak duduk dengan siapa? Nenek? Omma? Appa? Awak tak ada adik beradik lain?" Ji Hyo membalas pandangan Hanbin. Mata mereka bertentang buat beberapa saat.
"Ermm, saya duduk dengan nenek je. Omma saya dah meninggal waktu saya masih kecil dan appa saya pula menghilangkan diri. Tak. Tak ada. Tapi pernah sekali, saya dengar nenek cakap saya ada seorang adik perempuan. Adik tiri" jawab Hanbin jujur. Dia juga percayakan Ji Hyo.
"Ohh kalau macam tu kita samalah. Ji ingat lagi waktu Ji kecil, appa ada cerita yang Ji ada seorang abang tiri" Ji Hyo kembali memandang ke bawah dan menyepak ranting ranting itu semula.
"Tapi, jujur saya cakap saya bencikan adik tiri saya walaupun tak kenal. Dialah penyebab appa saya larikan diri" Hanbin memandang ke langit. Bintang bintang yang menghiasi langit memang indah dipandang.
"Ohh ermm macam mana. Macam mana kalau..kalau kita adik beradik tiri?" tanya Ji Hyo membuatkan Hanbin tersentak.
"Kenapa Cik muda cakap macam tu?" Hanbin mula jadi risau dengan kata kata Ji Hyo.
"Ani cuma kita..errmm tak pe la. Maybe Ji salah. Ramai lagi orang kat luar tu ada adik beradik tiri. Just abaikan apa yang Ji cakap tadi" Ji Hyo tersenyum kelat ke arah Hanbin. Dia mula berfikir begitu apabila teringat waktu Hanbin memeluknya. Dia dapat merasakan aura Tuan Song saat Hanbin memeluknya. Adakah itu...ada maksudnya?
"Cu! Masuklah, sup dah makin sejuk" jerit Nenek Kim dari dalam. Hanbin membantu Ji Hyo berdiri. Dia juga masih memikirkan kata kata Ji Hyo tadi. Tapi walau apa pun terjadi, dia perlu menafikannya.
Tbc
Bosan tu dah tahu U.U Maaf sebab late update~ Author pun dah makin pening dengan cerita ni tapi tak pe. Huhu. Oh ya~ chingu author ni nak tanya satu soalan..ehem ehem, biar author tolong sampaikan soalan tuQ: Sekarang ni korang paling ship Ji Hyo dengan siapa?
Ok tu je soalan dia
Kalau rajin tu jawab jawab la ye
YOU ARE READING
[C] WWW.BODYGUARD.COM
FantasíaDi sekolahnya,dia sering dibuli.Kerana sudah tidak tahan,dia telah membuat satu tindakan yang tidak sepatutnya dia lakukan.Ada waktu dia berasa sungguh gembira kerana telah berbuat begitu,ada juga waktu dia terasa sangat menyesal.Semuanya bermula ap...