Hanbin berlari dengan pantas. Habis orang disekelilingnya dilanggar. Tetapi itu semua tidak penting bagi Hanbin,apa yang penting dia perlu sampai segere ke Kolam Nam.
"Cik Muda! Bertahanlah!!"
*flashback*
"Cikgu Kyun nak jumpa" kata Eunji tersenyum manis. Dengan tidak relanya Hanbin bergerak menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Kyun. Apa yang dia tidak suka sekarang adalah Eunji dan gengnya yang lain sedang mengekorinya.
Tok tok
"Masuk" suara Cikgu Kyun dari dalam. Hanbin masuk dan menunduk sedikit ke arah Cikgu Kyun. "Ya Hanbin? Ada apa?" Tanya Cikgu Kyun membuatkan Hanbin mengerutkan dahinya. Dengan itu, Hanbin menoleh ke belakang, kelihatan Eunji tersenyum sinis kearahnya.
"Tak. Tak ada apa-apa" balas Hanbin lantas keluar dari bilik guru. Cikgu Kyun hanya menggeleng dengan apa yang Hanbin lakukan. Budak itu memang penuh misteri. Hanbin mendekati Eunji,kolar baju Eunji ditarik ke atas supaya muka Eunji memandang ke mukanya.
"Apa yang kau nak buat hah?" Tanya Hanbin dengan anak matanya yang membesar. Jelas sekali dia sedang menahan geram. Eunji tersenyum, seperti dia langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"Buat apa? Maybe I tersalah dengar.. sorry boy"kata Eunji memegang tangan Hanbin.
Pak!
Eunji memegang lututnya yang sakit akibat ditolak oleh Hanbin. Air matanya bertakung kerana perasaan sakit serta marah. Hayoung serta Bomi terus mendekati Eunji.
"Mana kawan korang yang lain?" Tanya Hanbin pada Bomi yang sedang memandangnya. Bomi merengus.
"Dorang dekar Kolam Nam berjumpa Ji Hyo untuk bu.." kata-kata Bomi tergantung apabila Hayoung menekup mulutnya untuk diam. Hanbin berfikir sejenak
"First kita pura-pura menyesal and nak mintak maaf. Lepastu ajak dia ke kolam lama yang ada di atas bukit tu. Waktu tulah kita akan tolak and biarkan dia lemas dekat situ"
"But macam mana dengan namja dengan dia tu?"
"I akan tarik perhatian dia"
"Amboi amboi, mentang-mentang handsome nak ushalah tu"
"Ehh biarlah. Ni rancangan I so I yang berhak"
Entah mengapa,perbualan 6 orang yeoja di tandas pagi tadi bermain di fikiran Hanbin. Jika difikirkan secara logik..6 orang yeoja. Lemaskan. Di kolam. Namja bersama yeoja itu. Tarik perhatian.
Buat seketika jantung Hanbin berhenti berdegup. Tak mungkin. Pantas dia mencengkam(?) dagu Hayoung dengan kasar
"Apa yang korang rancang hah?!!" Tanya Hanbin menjerit dengan kuat. Hayoung tidak menjawab tetapi memberikan pandangan tajam pada Hanbin.
"Apa bising-bising ni?!"tanya Cikgu Kyun yang terdengar jeritan Hanbin dari bilik guru. Hanbin melepaskan cengakamnya.
"Mana Kolam Nam?" Tanya Hanbin.
"Atas bukit sana? Wae kamu buat a.." Cikgu Kyun tidak menghabiskan ayatnya setelah Hanbin berlari tanpa menghiraukan kata-katanya.
"Kamu bertiga buat apa di sini?" tanya Cikgu Kyun pada Eunji,Bomi dan Hayoung yang terduduk di lantai. Sekali lagi,soalan Cikgu Kyun langsung tidak dijawab. Mereka beredar dari situ dengan muka yang tidak puas hati
*endh flashback *
dilarang masuk!
Kawasan larangan!
Air dalam! Sila awasi anak-anak anda
Begitu banyak papan tanda yang digantung pada pagar yang tertulis Kolam Nam. Besi yang digunakan untuk menutup pagar sudah dibuka. Tanpa berfikir panjang,Hanbin masuk ke dalam. Mukanya berubah pucat setelah mendapati seorang yeoja sedang terkapai-kapai di tengah kolam. Orang itu ialah..Song Ji Hyo.
Hanbin terus berlari dan terjun ke dalam kolam tanpa perlu berfikir langsung. Memang benar kolam itu sungguh dalam,Hanbin hampir lemas tetapi dia perlu selamatkan Ji Hyo.
Ji Hyo sudah semakin lemah. Tangannya yang terkapai-kapai sebentar tadi sudah berhenti bergerak. Dia seperti rela dirinya ditelan oleh air kolam kerana sudah penat. Sudah tiada lagi kelibat Ji Hyo dari atas,dia kini sudah ditelan oleh air. Matanya yang sudah tidak dapat menampung apa-apa terlihat seorang namja mendekatinya. Walaupun sakit,Ji Hyo sempat lagi tersenyum pada orang itu.
"Cik muda bangun!!"
Tbc
Mianhae kalau makin bosan︶︿︶ Err oh yeah,author ada beberapa ff nak promote ni..
1) BANGTAN FROGS?!
Ff dari Buzzy_Mario ni memang 100% merapu tapi best! Lakonan BTS,EXO dan GOT7.Maybe akan ada watak tambahan lain tapi serious ff ni memang daebak! Kalau nak tahu ff ni tentang apa,bacalah! Yang pasti sediakan tisu untuk lap air mata sebab nanti korang akan over ketawa XD2) My First Love Story
Ni pulak ff dari HaNaKpopers. Dia pun antara spesies² yang kuat merapu tapi tak sangka dia jiwang. Hahaha. Dibintangi (prftt ayat) oleh V BTS,You as Sa Ra,BTS,Apink, iKon dan banyak lagi! (Kepada fans Ji Hyo,Ji Hyo jadi cikgu dlm ff ni. Hoho) Ff ni pun best sbb author dia gila-gila ̄ω ̄So...enjoy your reading! XD
YOU ARE READING
[C] WWW.BODYGUARD.COM
FantasyDi sekolahnya,dia sering dibuli.Kerana sudah tidak tahan,dia telah membuat satu tindakan yang tidak sepatutnya dia lakukan.Ada waktu dia berasa sungguh gembira kerana telah berbuat begitu,ada juga waktu dia terasa sangat menyesal.Semuanya bermula ap...