Chapter 1

7.1K 312 13
                                    

"Weh Jimin! Aku dengar ada budak baru nak masuk dorm kita ni. Oi! Kau dengar tak?!" Jungkook semakin sakit hati bila pertanyaannya diendahkan saja oleh Jimin yang sibuk mendengar lagu 'Dope-BTS' dengan iphone6snya.

Mahu dilempar budak tu pakai batu. Jungkook lantas ke arah Rapmon yang tengah sibuk main COC dalam iphone6snya juga. Kaya betul diorang ni. Jungkook menendang kaki Rapmon perlahan.

"Apa? Jangan kacau aku dulu. Aku tengah nak attack clan budak JB(Got7) tu!" Sibuk Rapmon fokus dalam skrin handphonenya. Hampah rasanya dalam hati Jungkook. Tak ada yang nak dengar. Perlahan dia berjalan ke arah katilnya. Semua gengnya berada dalam bilik ni sambil buat hal masing-masing. Sebenarnya bilik ni, bilik kepunyaan Jungkook, Jimin dan V. Yang lain tu cuma sibuk menumpang sambil sepahkan bilik.

Jin mendekati Jungkook yang tengah duduk bersedih atas katil. Jin lalu melabuhkan punggungnya disebelah Jungkook. "Kesian aku tengok kau sedaya upaya nak cerita kat Jimin dan Rapmon. Meh citer kat aku apa yang kau sibuk sangat nak ceritakan tu." Kata Jin. Gembira hati Jungkook. Akhirnya ada juga nak dengar berita gempak dia.

"Tadi aku dengar..." Belum habis lagi Kookie nak habiskan ayatnya dah ada yang mengganggu.

"Rapmon! Serang belah kiri woi!" "Bagus diorang dah nak kalah tu!" "Jangan biar sorang pun terlepas tau!" "Weh V orang kau mana?! Letak arh!" Sibuk Rapmon, V, Jhope bermain COC. Dah kena tegur dah tadi oleh warden dorm sebab bising sangat tapi...Mana nak dengar budak bertiga tu. Asyik betul nak kalahkan Geng JB tu.

"Cuba korang diam jap! Main game terpekik-pekik. Aku report juga kat pengetua supaya haramkan handphone digunakan kat dorm." Suga bersuara. Sibuk dia nak mimpi bulan tapi diganggu oleh pekikkan geng tak berapa nak warasnya.

"Hoi!" Serentak Jimin, Rapmon, Jhope dan V bersuara.

"Biarkan jelah. Apa kau nak cakap tadi?" Jin bertanya kembali sambil memandang Jungkook.

"Oh. Aku dengar ada pelajar baru nak tinggal dalam dorm kita ni. Dengar-dengar dia dari luar negara." Kata Jungkook dengan penuh minat.

"Harap ajelah waras budak tu." Kata V ringkas. Semua memandangnya dengan pandangan bodoh. "Apa?" Tanya V.

"Cuba kau tengok diri kau kat cermin. Agak-agaknya waras ke tak?" Jhope berkata ringkas. Mereka bertiga dah berhenti main COC. V lantas memandang cermin yang tak jauh darinya.

"Okay je pun aku tengok. Handsome, cute, full package." Kata V sambil memandang wajahnya lama dan tersenyum bangga. Menyampah diorang bila V asyik memuji mukanya sendiri habis-habisan.

"Kawan alien kau apa khabar?" Jimin berkata sambil tergelak kecil. Lalu yang lain juga ikut tergelak kecil.

"Diam kau." Kata V ringkas sambil menyambung memandang wajahnya di cermin depannya.

Esoknya, di Creven High.

"Hari ni budak baru tu masuk sekolah kita ni kan?" Tanya V. Dia memandang Jungkook sambil menghisap lollipop yang berada dalam mulutnya. Jimin, Jhope, Suga, Rapmon dan Jin pun ada sama dalam kelas tu. Dari dulu lagi diorang sekelas. Entah macam mana diorang yakin kan cikgu untuk buat diorang semua sama kelas.

"Em."

Tiba-tiba pintu kelas mereka dibuka dengan ganasnya. Mereka bertujuh memandang ke arah pintu kelas dengan pantas.

"Rapmon! Berani kau serang clan kami kat COC?!" Bentak Bambam. Kini, tercetuslah perang tentang COC.

"Salah ke? Kau ingat game tu bapa kau yang punya?" Rapmon membalas sambil berjalan menuju ke arah JB. Dia melihat wajah semua geng JB yang tengah menahan marah.

Boy's Dorm (BTS)Where stories live. Discover now