Hari ketiga Trix digantung sekolah
"Bosan!" Trix menjerit kebosanan. Selalunya kalau masa sekarang ni, dia tengah berada kat sekolah. Sekurang-kurangnya ada kerja sikit nak buat kat sana.
Trix mula berjalan keluar dari biliknya sambil memakai crop top dan sweatpants. Macam nak pergi menari je. Dia turun ke tingkat bawah dan menuju ke pintu besar Creven High boy's dorm.
"Oh hey Trix!" Kai melambai-lambai tangan ke arah Trix yang sedang menuju ke arahnya.
Trix juga membalas lambaian tersebut. "Kai, kau jaga depan pintu ke selalu?" Tanya Trix.
"Taklah selalu, kengkadang aku, kekadang Chanyeol, begitu juga dengan Baekhyun, D.O dan Sehun." Terang Kai.
"Tak takut ke jaga sorang-sorang? Manalah tahu budak yang ponteng tu nak lepak kat sini lepas tu bila kau cuba nak halang diorang, dorang belasah kau cukup-cukup." Trix memberi penerangan sambil melakukan aksi bagi setiap ayatnya.
"Wah...Hebat betul imaginasi kau ni kan." Kai hanya tergelak kecil sambil menepuk tangan selepas habis je persembahan aksi spontan Trix.
"Saya maksudkannya. Kau okay ke jaga sensorang ni?"
"Aku pemegang tali pinggang hitamlah dalam taekwando. Mereka takkan berani nak dekat. Lagipun kat luar sekolah Creven High ada Chanyeol meronda. Chanyeol tu pun pemegang tali pinggang hitam so takyah lah bimbang sangat." Terang Kai panjang lebar.
Trix berasa kagum. "Korang memang hebatlah! Selalunya warden dorm bukan pelajar sekolah dah tapi korang, dahlah masih pelajar sekolah, pegawas sekolah pula tu." Rasa kagum Trix semakin bertambah.
Kai hanya tersipu-sipu malu bila dipuji.
"Sekarang ni baru jam 10, sejam lagi baru bukakan? Boleh tak saya nak keluar ambik angin kejap?" Tanya Trix.
"Hmm mesti kau bosankan sepanjang kena gantung ni. Kesian juga kau ni sooo you may go." Kata Kai sambil tersenyum manis.
"Gumawo!" Trix menepuk bahu Kai beberapa kali tanda terima kasih. Sentuhan Trix membuat Kai gugup. Tak sangka Kai juga dah jatuh cinta dengan Trix.
"Nak aku temankan?" Tanya Kai sebelum Trix pergi.
"Kalau kau temankan saya, siapa yang jaga sini nanti?" Trix mengangkat kening kirinya sambil mencekak pinggang. Trix hanya mampu tergelak kecil dan berlalu pergi.
Situasi Jimin dan gengnya...
"Jom balik cepat! Aku nak temankan Trix ni." Jimin dengan pantasnya mengemas barangnya.
"Kau ni dah lain macam je sejak dua menjak ni." Rapmon berkata dengan spontannya sambil mengemaskan barangnya.
"Aku pun rasa macam tu. Jimin ni asyik nak jumpa dengan Trix je." Tambah V.
"Jangan-jangan..." Mereka semua memandang Jimin yang tengah sibuk mengemas barangnya.
"Apa?" Sempat lagi Jimin memandang mereka berenam.
"Jimin. Aku nak tanya satu soalan. Jawab jujur tau?" Jin mendekati Jimin.
Seram pula Jimin bila mereka semua tetiba je jadi macam ni. "O-Oo Arasso." Kata Jimin sambil memandang Jin.
"Kau suka Trix kan?" Tanya Jin ringkas dan padat.
"B-Bwoo?! A-Aniyaa!" Jimin terjatuh secara tiba-tiba. Lemah lututnya bila terdengar je soalan tu.
YOU ARE READING
Boy's Dorm (BTS)
FanficMain Cast -Trix (as you) -Semua ahli BTS -Semua ahli Got7 -Dan watak-watak lain akan muncul nanti. Cuma nak bagitahu main cast je tak payah lah sinopsis XD Nanti taulah citer dia bila dah baca cerita ni XD.