"Berani kau sentuh Trix?!" Jimin mencekik leher Minah. Sojin, Yura dan Hyeri terdiam. Mereka takut nak bersuara.
"Kau tau tak yang kau hampir bunuh orang?!!" JB yang sedang mengangkat Trix gaya bridal style pun bersuara. Keadaan Trix sangat parah. Seluruh badan berlumuran darah. Kalau tak segera di hantar ke hospital, mungkin nyawa Trix akan melayang.
JB lalu berlari keluar untuk menghantar Trix ke hospital. Diikuti dengan gengnya yang lain.
"Jaga kau lepas ni!" Jimin memberi amaran kepada Minah. Dia melepaskan genggamannya dari leher Minah. Minah pula dalam keadaan terbatuk-batuk.
Jin, Jhope, Jungkook, Rapmon, Suga, V dan terutama sekali Jimin keluar dari bilik stor tu sambil memandang gadis berempat tu dengan pandangan maut.
"Aku dah kata jangan!" Yura menolong Minah yang sudah terduduk kerana sesak nafas dicekik sebentar tadi.
-Situasi Trix setelah dirawat di hospital-
Trix membuka matanya secara perlahan-lahan. "Ini...bukan bilik saya...kan?" Trix berbisik kecil.
"Trix kau dah sedar?!" Seorang jejaka bersuara. Trix menoleh ke arah suara tersebut dan Jimin dengan wajah risaunya pun kelihatan.
"Oo...Waeyo?" Tanya Trix. Dia seperti dah lupa apa yang dah terjadi sebentar tadi.
"Kau lupa?" JB bertanya. 12 jejaka tu berada di bilik rawatan Trix. Mereka memandang Trix dengan wajah yang risau.
Trix berfikir dengan lebih dalam. Cuba untuk mengingat kembali apa yang dah terjadi kepadanya sebelum ni. Tiba-tiba Trix berasa kepalanya sakit.
"S-Saya dipukul. Oleh...Minah." Trix berkata sambil memandang Jimin dan yang lain.
"Memang aku kerjakan juga pompuan tu!" Jimin kelihatan nekad. Seperti hendak membunuh.
"No Jimin. Gwenchana, saya okay." Kata Trix sambil tersenyum dengan semanis-manisnya. Terlalu manis sehingga para jejaka tu berasa malu.
"Trix?!"
Trix menoleh ke arah seorang lagi jejaka yang baru saja tiba.
"Oh? B.I?!"
"Gwenchana?!" B.I berlari ke arah Trix dan melihat keadaannya. Kerisauan yang terpampang jelas di wajah B.I membuat semua orang terdiam. Agak terkejut sebenarnya.
"Wah...First time nampak B.I macam ni." Kata Rapmon yang masih lagi terngah-ngah. Yang lain pun dalam keadaan terkejut.
Jimin pula mengecilkan matanya sambil memandang B.I. Rasa cemburu bila nampak B.I rapat dengan Trix.
"Em." Balas Trix sambil tersenyum.
"Siapa buat kau macam ni?!" Tanya B.I dengan wajah marah.
"Minah." Jawab Jimin yang masih lagi ada perasaan cemburu dengan B.I. Memandangkan tak nak kalah dengan B.I, dia pun memegang tangan Trix.
"Kalau kau nak aku bunuh dia, bagitau je aku." Kata Jimin sambil mengusap rambut Trix perlahan.
B.I pun apa lagi. Turut memegang tangan Trix yang lagi satu. "Tak. Bagitau aku. Aku akan kerjakan mereka." Kata B.I.
Jimin dan B.I saling bertentang mata dengan agak lama selepas itu. Trix yang berada di tengah pun mengeluh.
"Dah dah. Tak ada siapa yang akan dicederakan okay? Saya maafkan diorang. Minah cuma...sukakan Jimin." Kata Trix. Yang lain memang dah tahu benda ni dari dulu lagi. Minah memang menaruh perasaan dengan Jimin sejak kecil lagi.
YOU ARE READING
Boy's Dorm (BTS)
Fiksi PenggemarMain Cast -Trix (as you) -Semua ahli BTS -Semua ahli Got7 -Dan watak-watak lain akan muncul nanti. Cuma nak bagitahu main cast je tak payah lah sinopsis XD Nanti taulah citer dia bila dah baca cerita ni XD.