Chapter 12

2.2K 176 6
                                    

"Kauu?!!"

Trix terkejut melihat orang tersebut.

"Trix? Apa kau buat kat sini?" Tanya B.I. Rupanya orang itu ialah B.I.

"Saya sesat."

"Oh." Kata B.I lalu berlalu pergi.

"Weh! Saya nak ikut!" Trix berkata sambil berlari anak ke arah B.I.

"Tak boleh. Aku nak balik rumah aku sendiri malam ni." B.I meneruskan perjalanannya tanpa memandang Trix. Trix pula tak nak kalah. Trix tak peduli langsung apa yang dikatakan oleh B.I dan terus saja mengikutnya.

"Degil betullah kau ni." B.I mengeluh. Tak pandang pun tahu, Trix akan ikut juga.

"Maaflah sebab susah kan kau."

"Takpelah."

"Hmm nak tanya boleh?" Trix kini berada di sebelah B.I. Dia memandang tepat wajah B.I namun B.I hanya fokus pada perjalanannya.

"Apa?" B.I berkata. Dia sebenarnya memang nak pergi rumahnya malam ni tapi Trix pula muncul. Agak menyusahkan tapi dibiarkan saja.

"Kenapa kau fobia dengan perempuan?" Pertanyaan Trix membuat B.I terdiam.

"T-Tak payahlah jawab! S-Saya main-main je." Trix rasa bersalah bila bertanya sebegitu dengan B.I. Trix dapat merasakan ada sesuatu disebalik fobia B.I.

"Aku tak fobia kat perempuan." B.I bersuara selepas beberapa minit.

"Habis tu?!" Trix terkejut mendengar pernyataan B.I.

"Semua tu bermula sejak gadis Ari tu asyik kacau aku." Katanya dengan nada perlahan.

Trix hanya berdiam diri. Mereka masih lagi meneruskan perjalanan dan kini mereka sampai di taman yang Trix berada petang tadi. B.I menuju ke arah kerusi panjang yang terdapat di taman itu dan duduk. Trix pun ikut jelah memandangkan dia nak tahu cerita seterusnya.

"Masa tu..." B.I memulakan ceritanya.

Flashback on

"Mana buku aku ni?!" B.I mencari bukunya merata tempat. Di dalam kelasnya hanya tinggal dia seorang je. Semuanya dah balik.

"Lantaklah." B.I putus asa lalu dia pun berjalan keluar dari kelasnya. Dia berhasrat nak balik je.

"Weh, kau dah dapatkan buku B.I tak?" Kedengaran suara gadis tengah bercakap. B.I terhenti bila dia dengar je namanya disebut. Dia mencuri dengar di luar tandas perempuan. Memandangkan sekolah ni sunyi sebab semuanya dah balik, suara yang dari jauh pun dapat didengar dengan jelas.

Boy's Dorm (BTS)Where stories live. Discover now