Chapter 23

1.8K 133 0
                                    

- Di Creven High -

"Trix! Pengetua nak jumpa dengan kau." Kai berlari untuk mendapatkan Trix yang tengah berjalan seorang diri.

"Aigoo...Arasso." Keluh Trix lalu berjalan ke arah pejabat pengetua.

"Ada apa-apa yang dah terjadi ke?" Tanya Kai.

"Takde lah. Mungkin cuma nak tanya khabar je kot." Balas Trix sambil tergelak kecil.

Kai hanya mengangguk kepala dan berlalu pergi. Begitu juga dengan Trix.

- Di pejabat pengetua -

Tok! Tok! Tok!

"Masuk." Kata pengetua Seok Jin ringkas.

Trix pun masuk. Dia kini berdiri tepat di depan pengetua Seok Jin.

"Trix.."

"Ini tentang pemindahan saya ke US lagi ke?"

Pengetua Seok Jin mengangguk. Rupanya pemindahan tersebut masih belum dibatalkan lagi walaupun Kangjun ada kat sini.

"Saya tak akan pindah."

"Kamu mesti Trix. Tak ada pilihan lain. Mak dan ayah kamu arahkan kamu untuk teruskan persekolahan kamu di US. Pak cik tak ada pilihan lain selain daripada terpaksa pindahkan kamu ke sana."

"Tapi saya tak....nak." Kata Trix dengan wajah sedih. Dia tahu perkara ni akan berlaku juga.

"Mian Trix. Kamu cuma ada masa tiga hari. Selepas tu, kamu perlu ke US."

Trix tak mampu nak beri alasan lagi. Dia terus keluar dari pejabat pengetua dan ke kelasnya.

- Di kelas -

"Wuu Trix! Kau dah start dating dengan Jimin kan? Kenapa tak bagitau awal-awal!" Kata Rapmon lalu mencubit pipi Trix.

"Haish, jealous pula aku." Gurau Jin.

Manakala Trix pula dalam keadaan terkejut. Dia lalu memandang Jimin yang memang dari tadi lagi sedang memandangnya.

"Yah! Apa yang kau bagitau diorang?! Sejak bila kita dating?" Kata Trix.

"Sejak sekarang. Aku suka kau, kau suka aku. So now we're officially dating." Jelas Jimin dengan senyuman nakal.

"B-Bwo?!! S-Siapa bagitau kau yang saya suka kau?!" Trix dah panik. Dia tak tahu macam mana Jimin boleh tahu tentang perasaannya.

"Kangjun." Jawab mereka bertujuh.

Terkejut Trix bila mereka jawab serentak sekali gus. Apa lagi bila nama yang mereka sebut tu ialah nama abang kembarnya.

"Ada sesiapa panggil nama aku ke?" Tanya Kangjun yang baru je masuk dalam kelas.

"Yah! Berani kau bagitau Jimin yang saya suka dia!" Marah Trix lalu memijak kaki Kangjun.

"Arh!!" Jerit Kangjun sambil memegang kakinya yang dipijak oleh Trix.

Wajah Trix mula berona merah bila Jimin tak henti-henti memandangnya dengan senyuman manisnya. Apa lagi bila Jin,Jungkook,Suga,Rapmon,Jhope dan V asyik mengusik Trix. Naik malu Trix.

"Kalau aku tak bagitau, kau takkan pernah nak bagitau Jimin tentang perasaan kau." Jelas Kangjun lalu mengenyit matanya.

"Aish Jinjja!" Jerit Trix dengan geramnya lalu berlari keluar dari kelas.

"Yah Trix!" Jimin mula mengejar Trix. Dia bercadang nak bercakap dengan Trix setelah selesai dia berlawan mulut dengan Kangjun, tapi dia lari pula.

- Situasi Trix -

"Pabo! Kenapalah saya pergi bagitau Kangjun semua tu?!" Geram hati Trix. Dia sedang berada di atas bumbung sekolah. Tempat yang terlarang untuk para pelajar di sekolah tersebut tapi Trix tak peduli pun. Dia meletak tangannya di pagar sambil memandang permandangan yang indah.

Tiba-tiba badan Trix dipeluk dari belakang. Trix segera memandang ke belakang dan alangkah terkejutnya dia bila dia dapati Jimin berada di belakangnya.

"Jimin? Macam mana kau tahu saya ada kat sini? And why did you hugged me?" Tanya Trix sambil mencekak pinggangnya.

"Because a boyfriend should do that to his girlfriend." Balas Jimin sambil tersenyum nakal.

"Bwo? Sejak bila saya jadi.." Belum habis lagi Trix nak membantah, Jimin dah mencelah.

"Yah...Boleh tak jangan jual mahal sangat? Kau patut bangga tau yang aku suka kau." Kata Jimin sambil tersenyum angkuh.

Trix hanya terdiam memandang Jimin. Dia sedar yang dia agak jual mahal, tapi dia tak tahu nak terima atau tak. Kalau dia terima, mesti Jimin akan sakit hati bila tahu dia akan balik ke US tapi kalau tak terima, Jimin mesti akan bencikan dia.

"Trix? Trix?" Tanya Jimin bila dia sedar yang Trix tengah mengelamun.

"O-Oh? Wae?" Tanya Trix yang baru je tersedar dari lamunannya.

"Kau tengah fikir tentang apa?" Usik Jimin lalu mencubit pipi Trix.

"Yes."

"Yes? Apa yang yes?" Tanya Jimin. Dia agak keliru dengan pernyataan Trix.

"Saya terima kau jadi namchin saya." Kata Trix sambil tersenyum memandang Jimin.

"J-Jinjja?! Jinjjayo?!" Jimin membulat mata sambil memandang Trix dengan teruja.

"Em." Jawab Trix sambil mengangguk kepalanya beberapa kali tanda benar.

Jimin lalu memeluk Trix dengan sangat erat sambil tersenyum gembira. Namun Trix...hanya tersenyum tawar. Dia tak tahu apa yang dia patut buat. Apa yang dia tahu hanyalah untuk buat Jimin gembira. Seperti saat ni.

-Di kelas-

Trix dan Jimin berjalan masuk ke dalam kelas sambil memegang tangan.

"Wuuuu." Usik yang lain. Mereka tahu perkara ni akan terjadi.

"Let me introduce you guys to my beautiful yet feisty girlfriend." Kata Jimin sambil meletak tangan kirinya keliling bahu Trix. Trix hanya tergelak kecil dengan pernyataan Jimin.

"Yah! Tak payahlah nak menunjuk sangat. Menyampah aku tengok muka kau." Kata Jungkook lalu membaling pemadamnya tepat ke muka Jimin.

"Neo!" Jerit Jimin sambil menunjuk jarinya ke arah Jungkook. Dia lalu berlari ke arah Jungkook dan mengetuk kepalanya.

"Waa...Akhirnya adik aku yang tercinta ni ada juga boyfriend." Kata Kangjun sambil menepuk bahu Trix beberapa kali. Jin, Jungkook, Jimin, Jhope, V, Suga dan Rapmon serentak memandang Kangjun.

"Maksud kau...Trix tak pernah ada Namchin?! Daebak!" Jhope berkata sambil menepuk tangannya tanda tak percaya.

"Punyalah lawa Trix ni. Takkan tak ada yang suka?" Tanya Suga. Yang lain pun mengangguk tanda setuju.

"Ada cuma semua aku dah belasah. Adik kesayangan aku ni, aku takkan sesekali serahkan dia kat lelaki yang tak waras macam siapa nama budak tu...B.I? Yup B.I." Kata Kangjun.

"Aish! Kau ni buat saya nampak macam budak keciklah." Rungut Trix sambil menyiku perut Kangjun.

"Jadi maksudnya aku ialah namchin pertama Trix?" Tanya Jimin.

"Yup. So, jaga dia ni baik-baik tau! Sebab kau dah dapat restu dari aku jadi aku serahkan semuanya pada kau."

Jimin mengangguk dengan teruja. Nampak sangat yang dia gembira dengan apa yang dah terjadi sekarang ni.

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Boy's Dorm (BTS)Where stories live. Discover now