Kwang soo pov
Aku renung wajah Jihyo dalam dalam. Mesti banyak yang dia dah lalui.. aku mulai rasa sebak. Aku tak sangka, hidupnya begitu malang.. dia digunakan dan juga diperkosa bagaikan tiada maruah diri... sungguh, aku rasa kesal kerana bersetuju untuk pindah keluar dari rumah Jihyo. Kalau tak, aku yang akan jaga dia.. mungkin... lebih dari seorang kawan.
Ya, aku sayangkan Jihyo dan juga aku mncintainya.. tapi, aku tiada keberanian untuk menyatakan perasaanku. Biarlah aku tanam jauh di lubuk hatiku.
"Apaa renung renung?" Tanya Jihyo kasar.
"tak ada.. aku terfikir.. kenapa bukan kau yang jadi puteri pada zaman Joseon dulu yea?"
"Bodohlah, kau... aku tak sanggup." Kata Jihyo lalu menolak lembut wajahku.
"Eleh, but it doesnt mean kau cantik eh... jangan perasan.""Apa kau ni? Aku tak ada ckp pun.. ha,... kau puji aku cntik dalam diam kan? Haha.." kata Jihyo lalu memeluk leher aku.
Perasaan itu datang lagi.. salah aku kah? Salah aku kah sbb suka akan Jihyo? Aku nak beritahu dia, tapi,... aku tak nk persahabatan yang dibina runtuh.
Tak pelah, kalau ada jodoh,.. adalah tu. Ujarku dalam diam.."Kau ni.. kau dah kenapa? Kwang soo yah.. apa kata kalau kau buatkan aku kimbab.. aku tringinlah nak makan." Kata Jihyo.
"Aku malas nak buatlah.. kita beli jelah dekat luar.." kataku.
"Kalau homemade lagi sedap.." kata Jihyo lalu mmbuat muka comel..
"Gediklah kau.." kataku lalu menuju ke dapur. Jihyo yang dah tersenyum sampai ke pipi terus mengekori aku.
* * *
JoongKi duduk di atas kerusi. Pandangannya terhadap Jungkook dipenuhi dengan amarah. Berani lelaki itu menaruh hati trhadap Jihyo.
"Yah, Jungkook ah.. kau mmg kurang ajar, kan?" Kata Joong Ki sambil menyilangkan tangannya.
"Hyung,.. im sorry.." kata Jungkook.
"Kau kan dah ada jess.." sampuk jhope.
Huh.., tipulah kalau mereka ckp Jessica itu kekasihnya.. mereka tak nmpakkah, Jessica hanya seorang pengganti tmpt Jihyo untuk sementara.
''Diam boleh tak?" ujar joong Ki.
* * *
Jaesuk tak dpat terima kenyataan yang diberikan oleh lelaki yang digelar Inspektor Han.. mustahil anaknya sdh tiada! Dia tahu.. ini hnyalah pembohongan yang direka.
"Encik yoo,... janganlah bersedih.." ujar Wonwoo..
"Wonwoo ah.. leave me alone.." ujar Jaesuk.
Wonwoo mengangguk lalu beredar. Dia berdiri lalu menuju ke bilik anak lelakinya. Selama ini, dia langsung tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke dalam bilik itu.Pintu bilik dibuka. Gelap. Tangan Jaesuk meraba raba. Setelah dia temui suis lampu, dia tekan suis tersebut.
Alangkah terkejutnya Jaesuk apabila mendapati bilik anak lelakinya dipenuhi dengan gambar gambar Jihyo.
"Jadi, Jihyo ke perempuan yang dia temui di taman tu?" Bisik hati Jaesuk.
Bilik Sehun diselongkar. Mesti ada banyak bnda yang dia smpan tntang Jihyo. Jantungnya bagaikan mati apabila dia mendapati ada satu nota di atas meja kerja anak lelakinya.
Perempuan cantik macam Jihyo tak sepatutnya dianiaya oleh sesiapa. Aku benci org yang dekat dengan Jihyo. Aku cmburu tambah dengan sakit hati. Aku tak suka! Terutamanya, Jungkook! Aku bnci bila teringat Jungkook hampir memperkosa gadis aku!
Aku cemburu bila Jihyo masih ambil berat pasal dia walaupun Jungkook hampir nak buat bnda tak betul dekat Jihyo.
hidup atau MATI, perempuan yang bernama Song Jihyo tu tetap akn jadi milik aku! Aku sumpah!
*Oh Sehun
* * *
Jaesuk menuju ke rumah seorang tukang tilik. Agak bodoh bukan? Tapi, dia perlukan jawapan! Dia mahu tahu samaada anaknya sudah mati atau belum.
Suis loceng ditekan. Setelah pintu dibuka barulah Jaesuk masuk. Seorang wanita yang seusia dengan Jaesuk terus menjemput Jaesuk di hadapannya.
"Ada apa nak jumpa aku?" Tanya perempuan itu lalu menghisap rokoknya.
"Ini gambar anak saya.. namanya, oh Sehun. Saya nak tau, dia masih ada lagi atau pun dia dah tak ada?" Tanya Jaesuk lalu memberikan sekeping gambar Sehun kepada wanita itu.
Rokok itu dihisapnya lagi sambil merenung gambar itu. "Dia Oh Sehun, anak kepada Oh Jung Sang dan juga anak kepada Park Haesu. Berusia 23 tahun. Anak angkat kepada Yoo Jaesuk. Dia dijadikan anak angkat ketika usianya baru tiga bulan. Mmpunyai masalah emosi tak stabil." Kata perempuan itu sambil memejamkan matanya dan meletakkan tangan kanannya ke atas gambar itu.
"Macam mana kalau aku cakap, dia sudah tidak ada?" Kata perempuan itu lalu memberikan semula gmbr itu kpd Jaesuk.
Jaesuk mengesat air matanya apabila mendapati anak lelakinya yang dipelihara sejak kecil itu sudah tiada lagi.
"Puan.. boleh sy berhubung dengan anak lelaki saya?" Tanya Jaesuk.
"Saya tukang tilik nasib. Bukannya bomoh.. mungkin awak boleh jumpa kawan saya dan bncang hal ini dengan dia.. sbb, dia seorng yg mmpunyai kelebihan dalam hal ni." Kata perempuan itu.
"Boleh berikan saya alamat dia?" Tanya Jaesuk.
Perempuan itu mengangguk lalu menuju ke biliknya dan mengambil alamat kawannya.
* * *
Kwang soo menekan suis lampu. Dia nampak Jihyo sedang tertidur di ruang tamu. Kesiannya, mesti dia tercari cari aku tadi. Bisik hati Kwang Soo.
Tiba tiba, muncul idea jahat Kwang Soo. Dia terus mengambil telefonnya dan mengambil gambar Jihyo yang sedang terlentang tidur.
"Hihihi!" kwang Soo ketawa perlahan.
Tiba tiba, baru Kwang Soo perasan. Ada bayang seorang lelaki yang duduk di atas lantai, dan merenung wajah Jihyo yang terbaring di atas sofa.
YOU ARE READING
Stalker
RomanceJihyo seorang gadis yang berusia 19 tahun. Pelajar senior di sekolah menengah Busan. Orang cakap, Jihyo cantik macam bidadari yang turun dari kayangan. Tapi, siapa sangka,.. kehidupan Jihyo sdh dipenuhi ketakutan. Bermula dari nota nota misteri yang...