Prolog

3.3K 60 1
                                    

Suhana terkebil-kebil tika dirinya disapa dan dipeluk mesra oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya. Terkejut campur terpinga-pinga dibuatnya. Dia tak pernah jumpa dengan lelaki ini. Keindahan petang sambil duduk bersantai menikmati teh bersama pai epal di Jacob Cafe Altstadt, Cologne tercemar. Dia terus menepis kasar tangan lelaki itu.

"Asian girls, not sporting enough," sindir lelaki itu membuatkan mulut Suhana ringan saja nak menjawab. Dia cukup terpukul dengan maksud yang baru diucapkan lelaki asing itu.

Siapa dia? Apa haknya mengutuk aku sebegitu rupa? Kenal pun tidak! marah Suhana dalam hati.

"Yes, I'm Asian girl. Perhaps I may say that I'm Malaysian. It's there a problem? I believe you're Asian too. Am I right, mister?" balas Suhana geram.

Suhana memandang lelaki itu atas bawah. Kolar baju kemejanya dibetulkan dengan selamba. Bau arak yang kuat membuatkan Suhana mendesit marah. Orang mabuk memang tak sedar apa yang dilakukan. Sopan atau tidak belakang kira. Suhana mengetap bibir menahan marah dan geram dengan sikap biadab lelaki itu. Sementara rakan lelaki itu yang berdiri di belakang sudah ditolak dua tiga kali kerana cuba menghalang lelaki itu daripada terus mendekati Suhana. Kuat juga kudrat dia walaupun sudah mabuk.

"Yup. I'm Malay from Malaysia too," jelasnya dengan bangga sekali.

Bahu Suhana dipegang sambil memandang tepat wajah Suhana. Suhana menggeleng apabila mendengar pengakuan lelaki itu. Mata Suhana memandang rakan lelaki itu yang mengeluh dan menggeleng dari tadi. Hati Suhana tiba-tiba rasa sakit dan pedih dengan sikap lelaki yang mengaku orang Malaysia ini. Terbit rasa nak cekik leher lelaki itu biar dia sedar apa itu maksud sopan santun dan adab.

"Kalau begitu, kesian sungguh saya melihat encik dalam keadaan mabuk begini. Sia-sia saja encik belajar tinggi jika minuman yang memabukkan itu juga yang encik tonggak sampai lupa tatasusila dan sahsiah diri encik." Pedas bahasa Suhana. Rasa marah Suhana semakin membuak. Memang pantang dirinya melihat bangsanya jatuh di depan mata. Argh, Melayu mudah lupa!

"Argh... Hidup ini sungguh tidak adil, cik adik. Sungguh tak adil! Untuk apa jadi orang baik dengan tatasusila yang tinggi melangit? Untuk apa? Untuk apa bila diri sendiri dikhianati oleh mereka yang paling kita sayang? Cuba cik adik tengok sana... Mereka semua bahagia dengan cara mereka sendiri. Bebas melakukan apa saja. Perjalanan hidup kita lebih mudah bila kita gembira dan bebas dari semua masalah yang memeningkan kepala," balas lelaki itu sambil menunjuk ke arah pasangan yang sedang berkucupan mesra.

Emosi Suhana mula terganggu. Dia memandang lelaki di hadapannya. Sayang sungguh. Rupa kacak, penampilan menarik, tapi sakit mental dan jiwa kontang. Dia yakin jiwa lelaki ini sedang kacau. Nak pula dengan wajah suram rakan lelaki itu yang sabar menemaninya. Telahan itu membuatkan fikiran Suhana berpusing mencari bait kata yang sesuai untuk menyedarkan lelaki itu. Dia orang Melayu, pasti beragama Islam. Walaupun hakikatnya mereka berada di bumi asing, namun itu tak bermakna susila hidup masyarakat Muslim perlu direndahkan. Ya, iman cetek tak bermakna tiada asas agama. Dengan rasa tanggungjawab Suhana nekad untuk menyedarkan lelaki itu.

"Lari dari masalah bukan jalan terbaik, encik. Masalah tetap datang menemui kita selagi kita bernyawa di muka bumi ini. Hanya pengecut yang tiada matlamat hidup saja yang lari dari masalah," bahas Suhana terus terang.

"Bahasa cik adik sungguh tajam. Sakitnya menusuk sampai ke sini," balas lelaki itu sambil tangan kanannya memukul dada berkali-kali. Rakannya hanya memandang saja dan membiarkan Suhana bersoal jawab dengan bebas.

Suhana memandang tajam lelaki di hadapannya ini. Sah! Memang sah jiwa lelaki itu sakit. Rasa marah dan geram dengan keengganan dalam mengakui kesilapan sendiri membuatkan rasa marah Suhana semakin tidak terkawal. Dia rasa tercabar. Dia rasa geram sangat pada lelaki itu. Bodoh! Kenapa perlu mengalah dengan cabaran hidup? marah Suhana dalam hati.

"Tajam bahasa saya tidak sama dengan sakitnya hati saya melihat lelaki bangsa saya, juga saudara seagama saya menjatuhkan maruahnya sendiri... Kenapa perlu lari dari masalah? Kenapa perlu takut berdepan dengan masalah? Melihat keadaan encik begini membuatkan hati saya berkecai. Bagaimanalah bangsa Melayu nak maju? Bagaimana orang Islam itu nak dihormati sekiranya seorang lelaki yang wajib menjadi khalifah dalam membimbing kami, wanita dan anak-anak Muslim seperti encik ini, begitu lemah untuk berjihad melawan nafsu dan keegoannya sendiri?" bidas Suhana bersungguh-sungguh.

Suhana tahu memang tidak wajar bercakap pasal kebaikan dan insaf pada ketika ini. Namun niat hatinya hanya satu, ingin menyampaikan mesej agar melekat di sanubari lelaki tersebut. Dia nak sangat lelaki di hadapannya ini sedar.

Lama lelaki itu memandang wajah Suhana yang putih bersih. Tangan kanan yang tadinya memegang bahu kini sudah membelai pipi Suhana dengan selamba. Berdegup kencang jantung Suhana hingga dirasakan badannya menggigil seram. Inilah kali pertama kulitnya disentuh oleh seseorang bergelar lelaki. Perasaan takut menerjah hati.

Niat untuk menyedarkan lelaki itu membuatkan Suhana lupa akan keselamatan diri sendiri. Dia sedar, perbuatan lelaki itu keterlaluan namun ada satu kuasa magic yang membuatkan dia terpanar.

Selembut angin, bibir mungil mereka bersatu. Suhana terpukau dan kalah dengan niatnya sendiri. Dia terlepas pandang satu perkara. Di dalam dadanya masih kurang ilmu untuk menangkis godaan makhluk bertanduk dua. Suhana longlai dengan kucupan lelaki itu.

"Arsh!!! Nasrun Parsha!" panggil rakan lelaki itu yang terkejut dengan tindakan spontan dan pantas yang terjadi di depan mata. Lelaki itu dijauhkan dari Suhana.

Suhana terpanar seketika. Jantungnya berhenti berdegup. Seluruh badannya sejuk dan menggeletar tiba-tiba. Lelaki itu pula tersenyum puas.

"Awesome! Sungguh berapi," ucapnya penuh menggoda.

"Shut up!" marah Suhana dengan suara yang bergetar. Rasa kesal, geram dan bersalah menyelubungi diri.

"Panggil saya Arsh dan ini kad saya. You're such a great kisser. I love it. Call me. Saya akan terbang segera memeluk cik adik. You're not alone anymore. Bye sweetheart," bisiknya sebelum berlalu pergi.

Suhana menepis kad nama tersebut hingga jatuh ke bawah meja. Dia rasa jijik dengan apa yang terjadi. Arghhh... Bodoh!!! jerit hati Suhana. 

Cinta Ajari AkuWhere stories live. Discover now