Bab 1

1.9K 31 0
                                    

Kini sudah hampir setahun berlalu. Duda berhias! Julukan yang disandang selepas tragedi sedih itu. Parsha sudah mampu menerima kenyataan hidup selepas apa yang menimpa dirinya hingga mengakibatkan mamanya meninggal dunia. Tragedi pelaminku musnah sebelum benar-benar rasmi bergelar suami membuatkan dia teramat membenci arwah isteri yang baru dinikahinya. Kuasa Allah tu Maha Esa. Kecurangan isteri ditunjukkan sebaik saja dia selesai ijab kabul.

Rasa berdosa dan bersalah dalam dirinya sudah dapat diselaraskan dengan makna tujuan hidupnya kini. Perang melawan nafsu sendiri bukanlah semudah melafazkan kata aku ingin berubah. Ia perlu seiring dengan niat dan kesungguhan yang tak kenal erti putus asa.

"Arsh, kau tengok apa?" tegur Najmi apabila melihat Parsha asyik menoleh ke sudut sebelah sana.

"Tak ada apa," balas Parsha mudah. Susuk tubuh si dia memang punya kuasa magnet yang mampu menarik mata Parsha untuk menoleh setiap kali mereka bertembung. Hati mula berkocak rasa ingin tahu.

"Aku tengok kau sekarang ni mengalahkan ustazlah pula. Nak pandang, pandanglah. Ni nak malu-malu pula. Dulu kau pantang aje nampak perempuan cantik, kaulah yang ke depan dulu," usik Widad.

Parsha hanya membariskan giginya yang tersusun tanpa sebarang suara. Fakta yang dikatakan Widad ada kebenarannya. Sejak pulang dari Munich, dia memang sudah melatih diri untuk menjaga penglihatannya terhadap perempuan. Perkara yang pertama diperanginya adalah merenung wajah perempuan cantik. Dia belum kebal untuk melawan godaan perempuan cantik yang tersenyum manis kepadanya.

"Eh! Itu bukan ke model Suhana Kamarul? Wahhh, orang cantik ni, pakai selendang pun cantik," puji Widad. Najmi dan Parsha menoleh ke arah perempuan yang dimaksudkan Widad. Najmi memandang Parsha pula.

"Arsh..."

"Ooo... Nama dia Suhana Kamarullah, ya? Model. Hmmm..." kata Parsha lalu mengeluh.

Perkataan model membuatkan hatinya terusik. Kerana inginkan isteri cantik seperti bidadari, Parsha memilih model terkenal dari seberang sebagai suri hidupnya. Dua tahun bercinta membuatkan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Namun, jodoh tak panjang. Parsha teringat kembali peristiwa yang merobek hatinya.

"Tania, tolonglah dengar cakap abang." Muka Tania sudah merah padam. Kehadiran kekasih gelapnya di bilik pengantin yang sedang dihuni oleh Parsha bersama kedua-dua ibu mereka membuatkan Tania hilang kata.

"Sayang, apa ni? Siapa dia?" soal Parsha yang sudah berdiri di sebelah Tania.

"Errr... Errr..."

"Saya lelaki yang dicintainya. Bukan kamu. Kami sudah lama bercinta. Malah kami sudah duduk serumah lebih dari lima bulan. Kamu jantan dayus!"

Kata-kata itu membuatkan Parsha hilang sabar. Dia hilang pertimbangan diri. Cepat saja tangannya mengayun buku lima ke wajah kekasih Tania hingga tersungkur jatuh. Parsha berpaling pada Tania yang mula kelihatan takut. Namun belum sempat Parsha naik tangan ke pipi Tania, tubuhnya dipusing dengan pantas oleh Tania.

"Tania!!!" Jeritan itu membuatkan Parsha memaut badan Tania yang sudah longlai dengan dada yang berdarah. Tubuh Tania yang sudah tidak bernyawa dipangkunya. Sekelip mata, dia hilang Tania. Matanya kembali terarah pada kekasih Tania yang masih mengacukan pistol ke arahnya dengan wajah yang terkejut. Dia tak sangka Tania melindungi Parsha.

"Kamu dayus! Kamu dayus!" Sekali lagi pemacu pistol itu dipetik.

"Parshaaa!!!"

"Mamaaa!!!"

Insiden pantas itu membuatkan Parsha kehilangan dua orang wanita yang disayanginya sepenuh hati. Mama dan isteri, kedua-dua mereka mati kerana melindunginya dari ditembak. Dia betul-betul lelaki tak berguna. Dia tak mampu melindungi orang yang disayanginya.

Cinta Ajari AkuWhere stories live. Discover now