Okay Yang Ni Maybe Tak Berapa Best Dan Kurang Seram . Sebab Yang Ni Datang Dari Kepala Otak Author haha . Kk
Dulu ada sorang pak cik tua dekat kampung aku . Nama dia aku tak ingat .
Hari tu dia dah nazak nak meninggal , tapi orang kampung cakap roh dia susah nak keluar .
Masa tu umur aku 20 tahun , aku teman ayah aku pergi ziarah pak cik tu . Masa aku masuk dalam rumah tu , pak cik tu asyik tenung je aku . Tapi aku buat tak tahu jela .
Masa semua orang sibuk sibuk kat luar , aku malas nak keluar , so aku duduk dalam rumah tu dengan pak cik tadi .
Tiba tiba pak cik tu minta aku untuk hulur kan tangan , aku pun tanpa fikir apa apa , aku ikut jela .
Lepas aja aku hulur tangan , tiba tiba mata pak cik tu tertutup . Aku berdebar dan panggil orang kat luar .
Dan pak cik itu disah kan telah meninggal dunia .
----
Tu kisah 2 tahun lepas . Sekarang ni aku dah berumur 22 tahun . Aku menuntut di UIA .
Tapi aku tak ramai kawan . Semua dekat U ni gelar aku pembawa malang . Hm lantak lah . Aku malas nak fikir .
Kenapa diorang gelar aku camtu ? Sebab diorang cakap sesapa aje yang rapat dengan aku pasti akan berlaku perkara buruk .
Mohd Amin , kawan pertama aku ketika aku menuntut di sini , telah meningal dalal satu kemalangan . Masa tu kami baru kenal selama 1 bulan .
Siti Sarah , gadis yang agak rapat dengan aku , kini telah ditempat kan di wad mental oleh sebab punca yang tidak dinketahui .
"Woi ! Kau blah lah dari U ni , kau tu bawak malang je tau !" Ha ni dia , Kai budak yang paling nakal kat U ni . Dan dia sangat anti pada aku
"Pekak ke bodoh !" Kai meninggi kan suara nya lalu membaling pen ke kepala ku .
----
Malam tu aku dikejut kan dengar berita tergempar .
Mohad Rykal atau lebih dikenalu sebaga Kai telah meninggal dunia .
Semua pelajar mula berbisik dan memandang ke arah aku .
"Pagi tadi aku nampak diorang bergaduh , kau rasa si pembawa malng tu punya kerja ke ?"
---
Aku dah tak tahan dengan semua ni . Masa aku balik rumah sewa aku di area batu pahat , aku duduk rumah apartment dekat tingkat 8 .
Aku jemput ustaz untuk datang merawat aku . Adakah aku memang betul pembawa malang ?
"Assalamualikum ."
"W'salam , eh ustaz , masuk lah ." Aku menjemput ustaz untuk masuk . Dari mula mula masuk sampai sekarang , ustaz tu tak berhenti henti memandang aku .
"Saya nak tanya sesuatu , adakah awak membela ?"
Dahi aku berkerut . Bela apa pulak ?
"Cuba awak pergi dekat depan cermin dan lihat diri awak ."
Aku bangun dan pergi ke depan cermin .
Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat satu tubuh kecil betul betul berada di atas bahu aku . Seakan akan aku sedang mengendongnya .
Matanya semua hitam dan berdarah . Giginya pula taring . Rambut nya agak panjang dan mengurai . Tangan nya pula betul betul melingkar di leher ku . Mulutnya sentiasa mengukir senyum .
"Tak mungkin , tak mungkin ." Aku tiba tiba teringat kejadian 2 tahun lepas .
"Bawa bertenang ." Ustaz tu cuba untuk menenagkan aku .
Aku menolak ustaz itu sehingga jatuh ke lantai .
"Ini semua tak mungkin ."
Diri aku seperti tidak terkawal . Aku menggeletar dan ketakutan .
Aku mengundur ke belakang ..
Ke belakang..
Ke belakang ..
Arghhhhhhhh !!!!!
Dan akhirnya aku terjatuh dari balkoni rumah ku .
Aku boleh nampak darah yang keluar dari mulut dan kepala ku . Dan akhirnya aku tersenyum kerana melihat 'benda' itu pergi .
Dan akhirnya aku menghembuskan nafas terakhir .
End
Sorry If Tak Best . Idea Spontan Haha .
YOU ARE READING
Creepy Pasta | Malay Version
Terrorberhati-hati dengan setiap ayat yang anda baca :) _ Dah penat dah dengar ayat "eh macam pernah baca je cerita ni" awak awak , kalau awak tak faham apa itu creepy pasta , awak boleh search gugel . _ highest ranking ; #03 in Horror #02 in Horror #01...