Key Hole

1.5K 111 3
                                    

Seorang lelaki datang ke sebuah hotel. Ketika check in, staff memperingatkannya,

"Tolong jangan masuk ke bilik yang tak ada nombor."

Lelaki itu mengangguk dan segera mencari biliknya yang bernombor 10. Saat itulah, ia melihat sebuah bilik tanpa nombor yang tadi dikatakan oleh staff tadi . Karena penasaran, dia mengintip melalui lubang kunci untuk melihat apa isinya.

Dia hanya melihat seorang wanita tua berwajah pucat sedang duduk di tengah ruangan. Pelik sekali, seakan-akan seluruh kulit tubuh wanita itu berwarna putih, tidak seperti kulit manusia .

Tiba-tiba saja wanita itu menoleh dan memandangnya

Kerana ketakutan, dia pun segera lari ke biliknya .

Malam tu dia tak boleh tidur . Ia masih penasaran kenapa staff itu memperingatkannya untuk menjauhi bilik itu. Dan mengapa pula bilik itu tidak diberi nombor ?

Saking penasarannya, saat itu juga dia bangun dari tempat tidurnya, mengendap-ngendap di lorong hotel, dan mengintip bilik itu sekali lagi melalui lubang kunci.

Namun yang dia lihat hanyalah warna merah.

Lelaki itu berpikir, mungkin wanita itu merasa terganggu karena tadi dia mengintipnya dan memutuskan untuk menutup lubang kunci dengan sesuatu yang berwarna merah.

Lelaki itupun kembali ke biliknya untuk tidur.

Keesokan harinya time check out, lelaki itu menanyakan mengapa bilik yang ia lihat kemarin tidak diberi nombor ?

Staff itupun bercerita dengan wajah sedih.

"Dulu ada sepasang suami isteri yang menginap di bilik itu. Suatu hari mereka bertengkar dan sang suami membunuh istrinya itu. Sejak kejadian itu, kami tak berani menyewakan bilik itu, jadi kami mencabut nombornya dan membiarkannya kosong."

Lelaki itu pergi dan tertawa. Ia sama sekali tak percaya dengan cerita hantu. Yang dia lihat kemarin jelas-jelas manusia dan bukan hantu.

"Oh ya " staff itu berkata ketika lelaki itu hampir sampai di pintu keluar .

"Wanita itu tidak seperti manusia kebanyakan. Ia menderita kelainan genetik sehingga seluruh kulit tubuhnya putih."

Langkah lelaki itu terhenti.

"Dan matanya merah." Kata staff itu

Creepy Pasta | Malay VersionWhere stories live. Discover now