Semenjak kematian nenek, Amira menjadi seorang yang pendiam... kerana masih lagi anak kecil.. beliau belum mengerti apa-apa tentang itu.. kerap kali dia bertanya kepada ibu dan ayahnya...
"mama, mama.. mana nenek..." soalan yang sering muncul dari mulut Amira.. Namun jawapannya seringkali berbeda... Ayahnya sangat marah apabila si ibu tidak jujur dengan anaknya.. bagi ayahnya... walaupun anak kecil itu belum mengerti.. tetapi kita sebagai orang dewasa jangan sekali-kali berbohong... jika suatu hari nanti dia mengeti... bukankah keadaan lebih parah..
"sayang... nenekmu belum pulang... nanti apabila nenek pulang mama akan beritahu ya..." jawapan yang sering terdengar dari ibunya.. Amira tetap menunggu dan bertanya kepada kedua ibu bapanya...
Pada mulanya ibu dan ayah Amira merasa itu adalah perkara normal.. mungkin dua tiga hari nanti Amira akan lupa akan neneknya... tetapi sangkaan mereka meleset.. keadaan Amira tetap juga begitu.. bahkan semakin parah... Amira kemurungan..
Tambahan pula guru di sekolah menelefon ibu Amira.. mengkhabarkan tentang prestasi anaknya itu telah menurun secara mendadak... mungkinkah Amira sakit.. atau ada masalah di rumah... Ibunya memberitahu gurunya yang anaknya itu rindukan neneknya yang baru sahaja meninggal dunia..
"Puan perlu lakukan sesuatu... saya kasihan lihat dia...tidak mahu bergaul.. malah loceng rehat berbunyi anak puan masih lagi di bangkunya.. tidak berganjak.. setahu saya dulunya dia tidak begini... dia sering saja mengambil bahagian dalam kelas... sentiasa ceria... saya harap puan dan suami membuat sesuatu..." terngiang kata-kata guru di telinga si ibu.. tanpa berfikir panjang dia menelefon suami yang sedang bekerja untuk memberitahu apa yang berlaku sebentar tadi.
"abang... macam ni la.. saya akan bawa anak kita tu pergi berubat... kawan saya ada tau tempatnya di mana..."
"okay.. baiklah kalau begitu.." suaminya akur dengan kata-kata isteri kerana dia tidak mempunyai banyak waktu kerana sering sibuk di pejabat.
.......................................................................Amira kini kembali ceria seperti dulu.... ibu dan ayahnya merasa lega... "pandai juga kan bomoh tu ye bang" puji si isteri... mereka juga tidak pasti apakah kaedah yang digunakan..
Hinggalah tiba suatu malam... kebetulan hari itu ayah Amira kerja lebih masa... jam 12 tengah malam baru tiba di rumah... pintu di buka... rumah gelap kerana lampu di matikan... kasutnya di letakkan di rak kasut kemudian melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam rumah...
Kemudian dia terdengar suara orang berbual... apabila di picing telinganya... yaa.. benar.. suara itu datang dari bilik Amira... pada mulanya dia langsung tidak mensyaki apa-apa... dia merasa ada yang tidak kena... dia mula mendengar butir-butir perbualan anaknya itu..
"nenek nenek... kenapa nenek selalu datang pada waktu malam... " tanyaAmira dengan manja..
"nenek nak temankan Amira la sayang...."
Tersentak apabila dia terdengar perbualan anaknya...
"amira.. amira!!.. buka pintu....." pintu di ketuk bertalu-talu.... keadaanya cemas... mana mungkin ibunya yang telah meninggal itu kembali ke dunia... pintu tetap tidak dibuka... kemudian dia mengambil kunci pendua.. dammmm.. pintu dibuka...
Kelihatan Amira sedang duduk di atas katilnya...
"amira!!.. kamu berbual dengan siapa tadi.... jawab.. ayah tanya ni....!!" bentak ayahnya...
Amira hanya berdiam diri... langsung tidak menjawab pertanyaan ayahnya.. Ibu Amira terjaga apabila mendengar kekecohan tersebut lantas bergegas ke bilik anaknya...
"ya Allah ...abang.. kenapa ni... apa yang anak kita dah buat....?"
"itu la awak tak tahu... anak kita tadi berbual dengan siapa awak tau? saya dengar anak kita ni sembang dengan neneknya.... apa yang awak dah buat padanya.... Amira... beritahu ayah... dengan siapa kamu berbual tadi...."
Sesekali Amira terpandang ke arah belakang ayahnya... tiba-tiba ayahnya kaget melihat kelakuan anaknya... "amira... apa yang kamu lihat tu.." suara ayahnya mengendur...
Sambil menuding ke arah belakang ayahnya Amira membalas "tuuu.. nenek di belakang ayahhhhhh...."
YOU ARE READING
Creepy Pasta | Malay Version
Terrorberhati-hati dengan setiap ayat yang anda baca :) _ Dah penat dah dengar ayat "eh macam pernah baca je cerita ni" awak awak , kalau awak tak faham apa itu creepy pasta , awak boleh search gugel . _ highest ranking ; #03 in Horror #02 in Horror #01...