Kisah Kedua
Kisah kedua – di alami oleh kakak aku.
Terjadi pada masa cuti sekolah yang sama. Kami berempat adik beradik tidur di ruang tamu. Sengaja. Memang biasanya sebelum kami tidur, aku dan kaklong akan bersembang, sampai terlena sendiri. Di sebabkan adik aku tak boleh tidur dalam gelap, jadi kami pasang lampu tidur. Aku tidur betul di hujung, hampir dengan suis lampu tidur. Aku ni jenis suka menyakat, aku sengaja bukak tutup lampu tidur supaya adik aku merengek.Kaklong pada mulanya tak cakap apa-apa, sampai tiba-tiba dia menaikkan suara "kakcik, bukak lampu tu!".... Aku capai suis dan buka. Bila sahaja lampu di buka, tiba-tiba kami terdengar bunyi botol kosong jatuh di dapur. Aku terus terdiam dan masa itu kaklong memberitahu, setiap kali aku padam lampu tidur, dia dapat merasakan satu tangan sedang meraba badannya daripada belakang. Kaklong cuba abaikan. Tapi kemuncaknya bila tangan itu cuba meraba dada kaklong. Masa itulah kaklong menaikkan suara pada aku. Bayangkan, siapa nak meraba daripada belakang kaklong bila kaklong tidur paling hujung dan kaklong tidur menghadap kami; adik-adiknya.
Oh ya, kaklong juga pernah memberitahu, di antara tidur dan sedar, dia mendengar orang sedang mengaji di dalam biliknya. Tapi kaklong tidak pasti surah apa yang sedang di baca. Yang pasti, suara halus seorang wanita dan bukan suara mak kami.
YOU ARE READING
Creepy Pasta | Malay Version
Terrorberhati-hati dengan setiap ayat yang anda baca :) _ Dah penat dah dengar ayat "eh macam pernah baca je cerita ni" awak awak , kalau awak tak faham apa itu creepy pasta , awak boleh search gugel . _ highest ranking ; #03 in Horror #02 in Horror #01...