Kawan aku Ina ni baru pindah dari Puchong ke Mount Kiara. Rumah baru dia tu memang cantik dan juga mahal. Dia berpindah ke situ kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat dia bekerja. Rumah dia jenis kondo .
Ina betul-betul gembira lah sebab dah lama dia impikan nak tinggal kat kawasan tu. Hari pertama dia berpindah ke situ dia dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati dia sebab tak perlu beli semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah. Dia pun memeriksa bilik tidur.. Memang cantik sebab katil, almari, meja solek dan meja menulis pun ada. Pendek kata memang lengkap lah kondo tu.
Yang menjadi kegilaan Ina adalah cermin misteri yang berada di tandas biliknya itu.. Memang cantik cermin misteri tu. Mulanya dia nak buang sebab mak dia pernah pesan kat rumah jangan letak cermin banyak-banyak, dia tak tau kenapa mak dia pesan macam gitu kat dia. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat Ina ni, dia tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sebab dia cakap cermin tu boleh nampak satu badan dia. Ok lah tu kan sebab cermin besar tentu harga pun besar kan..
Malam pertama dia tidur kat rumah tu dia dapat rasakan ada benda yang tak kena sebab perasaan dia rasa rumah ni something wrong somewhere sebab dari waktu asar tadi dia tercium bau yang sangat lah busuk. Macam bau tahi pun ada. Puas die cari kat seluruh pelusuk rumah tu tapi hampehhh!! Apa pun tak ada. Rumah tu memang bersih je. Mana pulak datang bau busuk ni ek?? Dia pun bertambah hairan lah sebab bau tu makin lama makin busuk dan buat kan dia tak selesa.
Ina tinggal sorang² je kat rumah kondo tu, tu yang bertambah seram si Ina ni. Tapi dia gagah kan jugak diri untuk membaca ayat Qursi sebab dia memang selalu baca ayat suci sebelum dia tidur. Ina baca 7 kali lepas tu terus tidur.. Bukan hari tu je die bau benda busuk tu tapi hampir setiap hari sehingga die terpaksa pakai mask yang tutup mulut dan hidung tu.
Itu bab bau busuk kan dan yang ini berkenaan cermin misteri yang berada dalam tandas Ina tu pulak.. Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik pada cermin misteri ni sebab hampir setiap kali dia melihat cermin tu dia mendapati ada bayangan seorang wanita sedang berdiri disebelahnya!!!
Pernah jugak dia bukak cermin tu dan letak kat bilik stor, tetapi sekali lagi Ina terkejut sebab cermin misteri tu boleh berada kat tempat asal tadi!!! Fuhhhhh!! Dia berisghtifar banyak-banyak masa tu sebab memang dia tak pecaya dengan apa yang dialaminya.. Cermin misteri itu juga seperti boleh berkata-kata
Kadang² bila tengah malam dia nak pergi tandas, dia macam perasan yang di bahagian tepi cermin misteri tu mengeluarkan darah.. Dengan bau hanyir lagi.. Kerana tak tahan dengan gangguan-gangguan misteri tu, dia pun pulang ke rumah ibunya
mak Ina cakap sekarang dia terlantar sakit akibat mengalami sakit misteri. Mengikut kata ibu dia, selepas dia berpindah balik ke umah ibunya itu dia mengalami perubahan yang mendadak.
Ina menjadi semakin pendiam, muram dan cepat marah. Akibat dari sikap ganjil dia tu dia telah diberhentikan kerja. Ditambah pulak dia sentiasa menangis sorang-sorang. Ibu dia pun risau lah sebab dia ni anak tunggal kan.
Yang paling teruk seminggu sebelum tu Ina mengamuk macam orang gila dan sering menyebut, "aku takut tengok cermin tu lah!!' Sehingga memaksa ibunya membuang semua cermin di rumahnya. Dah puas ibunya berikthiar untuk berubat tetapi semua gagal dan sia-sia. Sehingga badan Ina ni ditumbuhi bisul yang besar-besar di seluruh badannya..
YOU ARE READING
Creepy Pasta | Malay Version
Terrorberhati-hati dengan setiap ayat yang anda baca :) _ Dah penat dah dengar ayat "eh macam pernah baca je cerita ni" awak awak , kalau awak tak faham apa itu creepy pasta , awak boleh search gugel . _ highest ranking ; #03 in Horror #02 in Horror #01...