Pengalaman

3.5K 280 12
                                    

Saya pernah mengalami pengalaman seram ketika menuntut di sebuah sekolah ( nama dirahsiakan ) di Kuala Terengganu. Sekolah saya memang dekat dengan hutan, kalau budak Terengganu tau kot sekolah ni. Saya mula belajar hidup di asrama ketika tingkatan 1 lagi. Memang menjadi perkara biasa di mana2 sekolah, pelajar senior akan buka cerita seram diasrama kepada pelajar junior. Lagi2 budak yang baru nak start tinggal di asrama.


Hari ketiga saya di asrama, pelajar senior mula menceritakan cerita hantu kepada saya dan pelajar2 junior lain. Hantu yang mereka cerita ialah hantu mengira. Pada mulanya saya nak tergelak sebab terlintas dalam hati ada pulak hantu pandai matematik. Tapi setelah dengar cerita sampai habis baru saya tau, hantu mengira tu ialah hantu yang mengira pelajar yang tak tidur malam.


Hari tu jugak saya kenal Julia, kami mula rapat sebab masing2 takut nak pergi tandas malam2. Kami saling menemani bila nak terkencing malam2. Pada mulanya kami berdua memang tak percaya cerita senior ni sebab sebelum saya mendaftarkan diri di asrama, abang saya dah bagitau awal2 supaya jangan dengar sangat cerita hantu ni. Cerita ni biasanya nak buat junior respect kat senior je. Si Julia ni pun awal2 lagi mak ayah dia dah cakap jangan percaya cerita hantu senior.


Nak dijadikan cerita, ada la satu hari ni saya memang tak boleh nak lelapkan mata. Katil Julia ni sebelah saya je, saya nampak Julia ni dah tidur nyenyak dah, yang lain pun dah tidur jugak. Saya tengok jam dah pukul 2 pagi. Saya cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh, mungkin sebab banyak sangat minum air Nescafe masa minum petang tadi.


Sedang saya berguling ke kiri ke kanan cuba nak lelapkan mata, saya terdengar macam ada orang buka tingkap bilik saya. Tingkap tu betul2 depan katil saya. Saya boleh nampak tingkap tu sebab semua katil dah disusun mengadap ke tingkap tu, katil saya yang ke-4 dari dinding. Saya tak fikir apa2 lagi masa tu sehingga saya terdengar suara " satu, dua, tiga... ". Lepas saya dengar suara tu, saya terus teringat cerita senior masa mula2 saya mendaftar diasrama.


Saya mula meremang satu badan, saya dengar lagi " satu, dua, tiga....empat tak tidur lagi...?? ". Saya makin tak sedap hati sebab memang saya katil ke-4 dari dinding. Saya baca semua surah2 yang saya hafal dalam keadaan sebutan yang berterabur. Benda tu mengira lagi " satu, dua, tiga...empat tak tidur lagi...?? ".


Badan saya memang dah menggigil dah masa tu, saya cuba paggil Julia dalam suara terketar2. "Julia !! Ju.. Julia... Julia !! " Tapi apa yang membuatkan saya makin menggigil dan menangis bila saya dengar benda tu cakap " Julia dah tidur... " dan disertakan hilaian ketawa yang sangat kuat. Saya terus menjerit " PERGI !!!! " Banyak kali jugak saya jerit sampai semua pelajar dalam bilik saya terbangun. Saya langsung tak berani nak pandang benda tu.


Dipendekkan cerita, hari esoknya tu warden arahkan semua pelajar perempuan berkumpul di tempat parking kereta asrama selepas isyak. Warden cakap dulu ada satu pokok besar di belakang asrama ni. Tapi sebab nak meluaskan kawasan tempat menyidai baju, pokok tu ditebang. Mungkin sebab tempat tinggal benda tu di kacau, sebagai balasannya pelajar pulak kena kacau dengan benda tu.


Sebelum ni pun dah ramai senior dengar suara mengira ni. Tapi diorang buat tak tau je sebab benda tu tak kacau atau sentuh diorang. Malam tu semua pelajar baca Yassin kat bilik masing2.

Creepy Pasta | Malay VersionWhere stories live. Discover now