Mendengar , Merasa , Tidak Melihat

1.7K 110 0
                                    

Kisah Pertama

Aku percaya sesetengah orang memang di kurniakan kebolehan melihat makhluk-makhluk halus ni. Aku ni jenis yang tak dapat melihat (elok lah, kalau tak, doploh ratus kali aku ni pengsan-sedar bila nampak benda-benda halus sebab aku ni lemah semangat) tapi aku dapat merasa dan mendengar.

Okay, kisah pertama terjadi masa cuti sekolah. Aku ni hantu chatting, masa tu tengah hot MiRC (untuk hadek2, sila google apakah MiRC, hakak ni seekor dinosour zaman internet). Siapa tahu MiRC ni, tahu lah betapa berhantunya chat ni. Berjaga pagi-pagi buta adalah normal sebab masa tu chat ni rancak. Berbalik ke kisah aku, tengah sedap-sedap aku chatting...tiba aku dengar bunyi petikan jari kat dapur rumah..halus aje bunyinya... Harap maklum, masa ni rumah aku bergelap, cuma cahaya monitor sahaja yang ada. Kedudukan aku adalah di ruang tamu kedua yang mana selepas ruang tamu kedua ada dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur . di dinding tu, ayah aku pecahkan sedikit supaya kami nampak dapur terus daripada ruang tamu.

Petikan jari bermula di tempat masak, aku terkejut dan terus berdiri nak tengok. Tapi opkos aku yang rabun pada masa tu dan tak pakai kaca mata memang tak nampak apa-apa. Aku duduk balik, sambung chat, elok aje mata aku beralih ke screen PC, petikan jari tu berbunyi lagi, kali ni di peti sejuk pertama. Tindakan refleks, aku bangun dan cuba tengok, masih tiada apa-apa. Petikan jari berbunyi lagi dan makin lama makin dekat dengan aku. Tiap kali itu jugalah aku buat yang sama, bangun dan cuba melihat, tapi gagal untuk nampak apa-apa. Akhir sekali dia berbunyi di peti ais kedua, masa ni jantung aku nak pecah dah tapi aku buat relaks. Aku berdiri, kali ni aku tenung lama dengan harapan dapat tengok apa yang dok berbunyi daripada tadi sebab dah berbunyi dekat sangat dengan aku. Lama aku berdiri, aku tenung, tapi masih gelap. Walaupun hati dah tak sedap, aku nak juga sambung chatting. Kejadian lepas ni yang buat aku menyesal tak tutup PC awal-awal dan masuk tido.

Aku duduk, tarik nafas dalam-dalam, alihkan mata ke screen PC. Elok aje jari aku menaip satu huruf, petikan jari tu kali ni berbunyi di sebelah telinga kiri aku—kuat. Terus aku melompat bangun daripada duduk aku, berlari ke depan dan menekan suis lampu. Sekejap sahaja rumah aku terang-benderang. Tau aku nampak apa?............. Pon takde apa-apa.
Mujur lah benda tu tak menjelmakan diri, kalau tak...aku rasa aku boleh pengsan sambil berbuih mulut.

Lepas tu aku terus end chatting, tutup PC, masuk tido dengan lampu bilik aku terbuka.

Creepy Pasta | Malay VersionWhere stories live. Discover now