Kem PLKN

1.6K 106 0
                                    

Alkisahnya pasal tandas ni, masa tu saya dan 2 orang lagi kawan amik shif pukul 2 – 4 pagi.. Waktu kemuncak hantu kem PLKN ni biasanya mengacau.. Masa tu kami buat la rondaan kat blok² perempuan.. Semua orang tengah syok² tidur, kami lak kena berjaga.. Memang jeles betul la.. Berbekalkan hanya lampu suluh dan berpakaian lengkap beruniform dan berkasut boot, kami pun meronda.. Suluh sana, suluh sini, tetiba saya tersuluh satu bayang manusia yang mengadap ke arah kitorang tapi jauh la dari kitorang masa tu.. Masa tu hati da start dup dap dup dap.. Dah macam lagu dangdut da..

Saya pun berbisik la kat kawan², "eh..korang..baca ayat kursi tau.. Buat pendinding diri.. Rasa macam tak sedap hati je neh.." Kawan² da start hairan.. Diorang tanya la kenapa? Saya pun hala lampu sekali lagi nak tunjuk la ke arah bayang² tu, tapi memang da tak de da bayang² tu.. Maka saya pun anggap la mungkin mainan bayangan saya je kot.. Tak pun pelatih nak pergi tandas ke (walhal dalam hati menafikan bukan camtu..) Bila da tengok benda tu takde, saya cakap la dengan kawan², nanti bila kat bilik berkawal nanti saya ceritakan.. Kami pun amik keputusan untuk terus meronda lagi.. Suluh sana, suluh sini..

Masa nak balik ke bilik berkawal semula, kami pun melintas la kat depan bilik air yang mempunyai banyak cerita hantu seram tu.. Tetiba ada semerbak bau sabun.. Wangi sangat².. Padahal masa mula² masuk tadi takde pulak bau wangi² macam neh.. Entah macam mane, ada pulak kawan yang pergi tegur bau tu.. Kira terlepas cakap la.. Sedangkan jurulatih pernah pesan, kalau ada terbau pape yang wangi dari tandas ni malam², jangan sesekali tegur..

Kitorang terdiam.. Dalam hati da kecut da nih.. Tapi entah macam mane, rasa nak tau jugak bau sabun tu membuak².. Jadi, kitorang sepakat nak masuk tandas tu.. Masa sampai kat area tandas tu, bau wangi makin kuat dan siap bunyi orang mandi lagi.. Bunyi orang cedok air dalam kolah dan jirus untuk mandi.. Memang jelas sangat².. Lepas tu kami pun dengan langkah yang takut tapi buat² berani, nak jugak masuk dalam tandas tu..

Masa tu ada kawan saya ni (yang tegur bau wangi tadi tu) dia ni jenis berani la sikit berbanding kitorang.. Masa mula² dia jejak kaki kat pintu tandas, dia menjerit dalam tandas tu " Helllloooooooooooo..." Terus serta-merta, bunyi orang yang mandi tadi hilang.. Tapi bau wangi tu still lagi ada.. Kawan saya yang berani ni terus masuk, cek satu² dalam bilik air.. Saya dan sorang lagi kawan berkawal kat pintu tandas je, takut la kami nak masuk..

Lepas kawan masuk cek berpuas hati, dia keluar, cakap semua bilik air kosong takde orang.. Tapi ada kesan basah macam orang baru lepas mandi dan bau wangi pun memang semerbak.. Nak kata ada orang cilok kuar dari situ masa kami mula² nak masuk memang mustahil sangat² la sebab kami duduk kat pintu tandas.. Pintu tandas yang satu lagi pun takde kesan tapak selipar yang basah.. Jadi agak mustahil la orang tersebut keluar..

Masa tu hati dah tak payah cakap la.. Memang jantung berdegup giler².. Last², kitorang pun nak blah.. Tapi kawan saya yang berani ni pergi tutup suis lampu tandas tu la pulak sebelum kitorang keluar.. Tak sampai 10 langkah kitorang keluar, tiba²...

"Tiiiikkkk...."
Lampu tandas terbuka semula.. Masa tu kami da pandang sesama sendiri.. Sape yang buka pulak ni??

Kawan saya yang berani ni tak puas hati.. Jadi dia pergi semula kat tandas tu.. Dia tutup balik suis lampu tu.. Pastu dia datang balik kat tempat saya dan kawan yang sorang lagi tunggu.. Baru je dia nak sampai kat tempat kitorang, "tikkk..." Lampu tandas tu menyala kembali.. Kali ni, kami andaikan suis lampu ni yang problem kot.. Masa ni, memang dah start takut dah ni.. Masa tu kami pun dah cakap kat diorang, dah² la tutup suis lampu tu.. Jurulatih kan tak bagi kita tutup.. Tapi dia tak mau dengar apa yang kitorang bagitau tu..

Walaupun dah 2 kali suis terpasang sendiri macam tu, kawan saya yang berani ni still tak puas hati.. Untuk kali ke-3, dia pergi lagi kat tandas yang banyak cerita hantu tu untuk tutup semula lampu tu.. Lampu suluh kami halakan pada dia la sebab dia nak masuk dalam tandas kan.. Lepas tu, dia tutup balik lampu tu dan dia berdiri dekat pintu tandas tu dalam 10-15 saat jugak la.. Pelik, suis tu tak pulak terbuka dengan sendiri masa dia ada kat situ.. Lepas tu, bila dia nak datang je ke arah kami, "tiiiikkkkkkkk..." suis lampu tu terbuka kembali.. (scaryyyy woooo)

Kali ni.. Tanpa berlengah² ape lagi... Kami terus angkat kaki langkah seribu la.. Tak tahan wooo kena kacau macam tu.. Kami lari cepat² balik ke bilik berkawal..

Creepy Pasta | Malay VersionWhere stories live. Discover now