BUNYI jam loceng yang memekik menandakan hari sudah menjelang pagi.Mujur juga kuliahnya akan bermula pada sebelah petang.Jam diamati lama.6 pagi.Kakinya dijuntaikan di birai katil.Mata beningnya digosok perlahan.Kesan mengantuk masih bersisa seakan mahu tidur semula
"Sya!cepat bangun.Subuh dah ni.Jangan dok penyegan sangat"Sya menggaru kepalanya mendengar ketukan pintu dan laungan mamanya
"Ha la.Ni ceq dah bangun dah.Sat nak mandi"Sya turun dari birai katilnya.Dilangkah perlahan ke bilik air.Malasnya menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini.Entah kenapa hobinya hanya baring di atas katil.Selesai mandi,solat subuh ditunaikan.Sya merayap ke katil semula
"Sya!jangan duk sambung tidur.Nanti mama naik atas mama guling turun bukit"Sya ketawa kecil mendengar ugutan mamanya.Begitulah keadaan mereka sekeluarga.Memandangkan dirinya anak tunggal,dirinya sering juga disakat manja oleh mamanya. Sya turun ke tingkat bawah rumahnya. Sarapan pagi terhidang enak di atas meja
"Em!sedapnya. Mama masak apa ni?" Sya sengaja buat tidak tahu. Sedangkan dia sudah tahu ibunya memasak nasi lemak kegemarannya
"Jangan banyak cakap!makan je.Ni,mama nak Sya pergi jumpa Izzkhairin lepas ni.Boleh kan?"Sya tersentak.Nasi yang disuapkan hampir terkeluar semula apabila terdengar nama lelaki itu
Otaknya ligat memproses cerita perihal lelaki itu.Lelaki yang tiada perasaan apabila dikutuk malah dipukul pun masih lagi mencari sedangkan orang yang memukul ada di sebelah.Sya melonjak serta merta
"La!ni awatnya macam ada benda tak kena ja?"
"Mama!sampai hati mama nak suruh Sya jumpa budak blur ti.memang tak ah.Lagi pun nak buat apa?"Sya menyambung suapannya semula
"Mana la mama tahu.Papa yang suruh.Katanya tolong bagi satu fail untuk tapak pembinaan"terang Puan Sri Zalina.Kali ini tidak payah ditunggu.Memang tersebur makanan dari mulutnya
"Ya Allah!kenapa makan lagu ni"
"Apa maksud mama"
"Maksudnya dia ialah CEO syarikat papa"Tan Sri Adam duduk di meja makan.Sya dan Puan Sri Zalina serta merta terdiam kaku.Tiada siapa berani bersuara ketika ini
"tadi rancak ja bersembang.Saya datang terus senyap"Tan Sri Adam merenung isterinya dan anak perempuannya silih berganti
"Sya,boleh ke tolong papa?"
"Emm"itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulutnya.Selesai makan,terus dia bersiap.Seperti biasa,baju t-Shirt berlengan pendek dengan seliar jeans dan capnya.Kereta Evo yang dihidupkan mengaum kuat.Kereta yang semestinya kucing nampak pun boleh arwah..
Selepas lama memandu gaya nak merempit,Sya berhentikan keretanya di satu kafe.Dicari kelibat lelaki itu blur itu
"Arwah dah ka mamat ni!"Sya meneliti lagi.cermin bahagian tepi pemandu diketuk perlahan.Sya menurunkan tingkap
"Ini Syafiqah ke?anak Tan sri Adam?"
"ye saya.Kenapa ya"Sya melihat muka lelaki yang asing bagi dirinya
"Saya pembatu Tuan Izzkhairin.Saya datang nak mintak fail"Sya membuka tali pinggang keselamatannya.Pintu kereta dibuka
"Maaf la,walau saya tak tahu apa-apa bab kerja awak semua tapi saya tahu yang ni rahsia terbesar.So,saya tak boleh bagi sesuka hati"satu keluhan kecil terbit dari lelaki yang memakai tag nama Razif itu.Sya memerhatikan sahaja tindak tanduknya
"Assalamulaikum Tan Sri,saya nak ambil dokumen ni macam mana?"
'Blur betul la mamat ni.menyampah aku'Sya mengutuk dalam hatinya.Entah kenapa hatinya menjadi barah dengan manusia yang bergelar lelaki dan bersifat lurus bendul
"Nah!cik cakap dengan PAPA cik"perkataan PAPA itu ditekankan sedikit suara.Sya menjeling dan merabut telefon dari tangan Razif
"Hello papa.Asalamualaikum"setelah panjang lebar berbual.Sya mematikan panggilan
"Nah!"Sya memberikan dokumen itu.Hatinya membengkak dengan lelaki itu.sepertk mahu cari gaduh saja
"Ehem!anyway,saya nak bagi tahu yang Tuan Izzkhairin cakap suruh kirim salam kat awak and dia kata dia rindu awak.Eh cik."Sya terpana mendengar kata kata itu.Terus sahaja dia menggeliat geli dengan cara penyampaian salam itu
"kau just bagi tahu yang aku jawab walaikumsalam and bagi tahu dia tak payah nak rindu.Aku tak pernah rindu kat dia"Sya masuk ke dalam keretanya.Ditekan kuat pedal minyak.Terus sahaja laju kereta itu meninggalkan Razif.Dilihat jam sudah hampjr pukul 1 petang.terus dia balik dan ambil beg sandangnya yang ala ala naif dan miskin gitu.Beg yang hanya tunggu masa nak buang ke laut.Tidak pun tunggu dilupuskan sahaja.Sayang benar dia dengan beg itu.hampir beberapa belas minit memandu kereta nya seperti terkena sawan,Kereta itu membelok ke pintu masuk USM.Apabila keluar sahaja dia dari kereta,terus dia melihat kawan baiknya duduk bersila di atas rumput
'tak ada tempat lain ke dia ni?atas rumput dia berkampung'
Kaki dihayun ke arah susuk tubuh itu.Dengan pancaran matahari yang menerik Sya berjalan laju. Mujur Aqlima duduk bawah pokok. Dengan perlahan dia menghampiri. Sengaja mahu mengejutkan sahabat baiknya itu
"hahhhhhh"sergahnya.Aqlima terkejut dengan latahnya entah apa yang dia cakap.Sya tergelak hingga tergolek-golek
"apa hang ni.nasibbaik jantung aku kuat.Kalau tak.arwah lama dah sebab berkawan dengan hang"Sya menahan daripada tertawa lagi
"Sya,tadi ada orang cari hang"
"siapa" serta merta ketawanya hilang
"Nama dia Izzkhairin" Sya terbatuk mendengar nama itu. Kenapa perlu berjumpa Aqlima dan bukan dirinya. Ada sahaja halangan yang terjadi
"kureng la budak ni!dah la blur.Aku dapat memang kena la dengan aku.BENCINYAAAAAAAAAA!" jeritnya sekuat hati. Terasa hendak tendang sahaja lelaki
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Teen Fiction'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...