Bab 13

2.9K 133 0
                                    

SYA meraba-raba dalam gelap. Terasa seperti bukan bantal yang dipeluknya. Hembusan nafas menampar nampar pipi nya waktu itu. Sya membuka lampu di tepi katilnya. Terkejut apabila Izzkhai tidur di sebelahnya

Jadi yang aku peluk tadi tu dia ka

Gedebuk

"Aduh!!!" Izzkhai mengaduh sakit. Sya laju turun dari katil. Izzkhai bingkas bangun memandang Sya

"kenapa hang peluk aku"

"mana ada saya peluk awak!awak yang peluk saya. Saya pun balas la balik" nadanya sedikit keras. Pinggangnya digosok perlahan. Jam di dinding sudah pukul 6:05 minit pagi. Sya dipandang sekilas

"apa tengok?"

"nasib baik dah subuh. Kalau tak.." Izzkhai terus ke bilik air. Pintu bilik air ditutup kuat. Sya cuba mengingati semula apa yang terjadi. Setelah ingat semula Sya menepuk dahinya beberapa kali. Pintu bilik air dibuka

"Izz, aku minta maaf la ye" tangan Izzkhai diraih

"Allah!Nick! Saya dah ambil wuduk tadi. Kenapa la dengan awak ni!" Sya menjarakkan sedikit dirinya. Izzkhai merengus dan masuk semula ke dalam bilik air. Sya mula serba salah. Sebak juga ada terasa. Walau dia kahwin terpaksa, Izzkhai tetap suaminya . Patutnya suaminya mengajak menunaikan solat bersama. Sudah lama dia meninggalkan solatnya. Sya menahan air mata. Hendak diberitahu kepada Izzkhai takut dirinya dipandang rendah. Sya keluar sahaja dari bilik itu. Izzkhai keluar semula selepas beberapa minit. Dicari kelibat Sya. Dia mahu solat bersama. Tetapi isterinya hilang entah  kemana

Mana pulak isteri aku ni. Ashik tak lekat je kat mata aku. Tak akan dia merajuk. Dia mana reti merajuk. Tomboy pandai merajuk ke? Emm entahlah. Aku rasa dia pergi tolong mama kut. Baik aku solat dulu

Kain sejadah di hampar. Ketika solat, Izzkhai terdengar pintu bilik dibuka. Almari pula didapatkan oleh Sya. Baju dan seluarnya diambil. Selepas itu bunyi pintu ditutup. Selesai solat, Izzkhai mencari Sya

"Raz, nampak Sya?"

"Ntah?aku tak pulak nampak. Kenapa?dia merajuk dengan kau?"

"tak lah. Aku pun tak tahu. Aku cari dia tak ada"

"Sya keluar"bunyi suara Puan Sri Zalina dari dapur

"apa ma?Sya keluar?pergi mana dia tu pagi-pagi buta ni"

"mana la mama tahu Harraz"

"Sya keluar dah lama ka mama"

"Ntah la Izz. Mama rasa baru ja" Izzkhai menuju ke pintu utama rumah mertuanya. Kereta evo dan kereta lain ada sahaja. Izz keluar dan meninjau ke luar rumah. Sya duduk di buaian menghadap pemandangan dari atas bukit itu. Izzkhai pergi mendekati

"Asalamualaikum" Sya memandang kosong. Pandanganya menghadap ke pemandangan malap itu semula

"Awak marahkan saya? Saya tak sengaja"

Eiii mamat ni. Aku benci betul la kalai masa aku layan perasaan ada orang kacau. Ada yang kena dengan aku baru tahu

"Sya, saya cakap dengan awak. Awak marahkan saya?" Sya memandang tajam muka Izzkhai. Sya memaling ke tempat lain. Wajah blur yang selalu dibuat oleh Izzkhai tu memang buat dia sakit hati. Tapi kadang-kadang lucu juga

"aku nak masuk dulu ah!"

"Sya"

Izzkhai menggeleng perlahan. Entah kenapa la keras sangat hati Sya untuk terima dirinya. Rasanya dia sudah sehabis boleh berlembut. Segala nasihat dari Harraz sudah diikut

******

MEJA makan yang terhidang dengan segala jenis makanan itu hanya dipandang oleh Sya

"Sya , kenapa tak makan lagi sayang?" Puan Sri Zalina bertanya. Tiada jawapan yang diterima. Hanya pandangan tidak puas hati dibalas

"makan la. Penat mama masak. Izz, ajak la isteri kamu tu makan"

Harraz ketawa melihat Sya. Izzkhai pula yang berasa janggal di situ

"makan la wei! Kau nak apa? Suruh suami kau suap kau baru kau nak makan. Ke kau nak dia teman kau makan"

"Sya tak lapar" Sya menolak pinggannya ke depan sedikit. Lantas dia naik ke bilik. Sakit hatinya melihat Harraz yang semakin hari semakin puaka mulutnya. Makan malam itu menjadi tegang seketika. Puan Sri Zalina memandang ke arah Harraz. Harraz tertunduk

"sorry bro" Harraz menepuk tangan Izzkhai

"tak apa. X de hal bro"


Mr Blur Mrs. TomboyWhere stories live. Discover now