Bab 22

2.7K 117 2
                                    

AIR mata membasahi pipinya apabila dirinya yang disangkal tidak berharta tidak berpangkat dihina sebegitu rupa kerana penampilannya kalah perempuan kampung. Sugguh bongkak seorang wanita yang berdiri di hadapannya. Wajah bengis yang tiada secalit senyuman itu dilihat berulang kali

"Adam!sekarang ni mak nak kamu tentukan hidup kamu. Kamu nak perempuan yang tak sedarjat dengan kita atau kamu nak perempuan yang mak pilih?"
"kalau mak memandang wang dan harta memang mak akan cakap macam tu. Adam pilih Ina sebab dia pilihan yang terbaik buat Adam mak. Mak, mak cuma restu kan kami ja"

"sampai aku meninggal pun! Jangan harap!"

"Puan Sri walaupun saya ni miskin, saya ni tak setara dengan Puan Sri,saya tak pernah ada niat lain untuk kahwin dengan Adam. Saya ikhlas macam mana dia ikhlas dengan saya" air matanya tidak henti mengalir

"aku tak kira. Hang keluar!! Adam! Kalau hang pun nak hidup dengan dia! Hang pi! Pi keluar cari hidup hang"

"ampunkan Adam mak. Tapi Adam tak akan pijak lagi rumah ni kat rumah mak"

*****

SYA merenung muka Izzkhai hingga suaminya itu perasan dirinya dilihat sebegitu

"ada apa apa ke kat muka saya?" Sya masih lagi merenung. Fikirannya entah ke mana dibawa terbang. Betul ke ini anak saudara mamanya. Terasa pipinya ditampar kecil

"silat tujuh petala langit turun" Sya melatah entah apa-apa. Izzkhai sudah ketawa sampai nak pecah perut

"mana datangnya latah macam tu "

"ha! Tu hang tak tau. Aku latah macam tu sebab silat tu hang kena lepas ni" Sya mengurut dadanya perlahan

"Sya!awak pakai bengkung lagi!" Sya menayang muka selamba. Malas dia mendengar leteran suaminya

"ha la. Nanti aku buka. Aku tak selesa hang tau! Aku dah selesa pakai macam ni. Rasa safe"

"iye la tu. Dah, hari ni last pakai. Saya dah tak nak tengok dah. Kalau awak pakai. Nanti saya tolong bukak kan" Sya membayangkan apa yag Izzkhai kata. Terus bantal di sebelahnya dibaling ke arah muka Izzkhai

"perangai. Aku hempuk kepala hang baru tau" pecah ketawa mereka berdua. Entah kenapa terasa seperti asing apabila mereka tiba-tiba sahaja akrab begitu

"Izz,kalau aku cakap satu benda hang jawab jujur nah"

"apa dia?"

"hang ni sepupu aku ka?" suasana tiba-tiba hening tanpa suara. Wajahnya yang mulanya  ceria terus mendung tanpa secalit senyuman. Pandangan mata terus dilarikan

"saya nak mandi kejap"

"Izz!aku tanya kan. Jawab la. Aku nak tau ja" Izzkhai tidak menghiraukan. Pintu bilik air terus tertutup rapat. Sya mengetuk pintu sekuat hatinya. Ditendang ditampar ditumbuk semua dia sudah buat

"aku cuma nak tau ja la. Apa susah sangat. Hang dengaq dak!" Sya merengus. Jaket kulit dan telefonnya digapai

"hello Zayn!hang mai ambil aku kat rumah. Aq tunggu kat depan rumah"Sya menamatkan panggilan.tidak sampai 10 minit Zayn sudah ada di hadapan rumah Sya. Sya menjeling sekilas ke arah rumahnya. Terus sia naik ke dalam kereta evo berwarna biru milik Zayn

"hei dude!kau apasal?monyok ja. Ada apa-apa ke?" Sya memandang Zayn yanv sedari tadi merenung dirinya

"kau ingat Tasya?"

"sepupu kau yang kau kata kerek tu? Ingat la. Aku lama tak jumpa dia. Comel tak dia sekarang?"

"apa kau ni. Aku tanya elok-elok"

"ye la. Aku kenal. Dah kenapa dengan dia?"

"aku jumpa dia semalam"

"serious kau?apa dia cakap?masa tu kau dengan siapa"

"Izz"sepatah sahaja nama itu keluar dari bibirnya. Riak wajah Zayn berubah serta merta

"dia kata Izz tu anak saudara mama aku. Kau rasa apa yang aku buat ni betul tak beb?"

"apa yang kau buat?"

"aku cuba nak sayangkan dia" berat nafas yang dilepas dari Zayn. Hatinya sebal mendengar Sya berkata begitu

"no mantion. Ntah la aku. Suami kau kan. Mana aku tahu"

"jap!yang kau nak emo apasal? Poyo la kau" tangan Zayn ditampar perlahan. Matanya dipejam seketik menghadam kata kata Zayn

"sejak kau kahwin,kau buat hati aku sunyi Sya. Sunyi sangat macam tak ada apa-apa. Aku tahu kai sayangkan Izz. Tapi sekurang-kurangnya aku masih lagi kawan kau kan. Sorry la cakap, aku rindu saat kau peluk aku bila kau menang. Aku rindu saat kau bertengkar dengan aku and aku mengalah. Then kau usap pipi aku sebab kau nak pujuk aku Sya. Aku rindu saat-saat macam tu. Aku sayang kau Sya" sekilas pandangan diberikan ke arah Sya yang sedari tadi diam

"buang masa aku cakap.tidur rupanya. Biar la. Lagi bagus kalau dia tak dengar"

****

GELAK tawa mereka menarik perhatian ramai pelanggan di situ.Yana yang duduk memeluk tangan Sya mengelap peluh Sya yang mengalir sedikit

"you dah makan?"

"dah. I tak nak makan banyak. Nanti tak cantik. Nick, bila kita boleh keluat macam dulu? I rindu you la" semua kawan-kawan mereka bersorak termasuk Zayn

"nanti la sayang. Nanti I ambil cuti"Pipi Yana dibelai perlahan. Memang Yana tidak tahu yang Sya seorang perempuan. Sya pula sedap memperbodohkan perempuan itu

"Nick, kau nak tahu? Semalam Harraz datang jumpa kita orang tau" salah seorang dari kawam Sya memberi tahu. Sya meeapatkan lagi kerusi nya dimeja

"dia cari aku?dia ada kata apa-apa tak?"

"dia kata yang dia nak jumpa kau je. Tu yang urgent dia kata. Right guys!" semua mengangguk perlahan. Telefon Sya berdering kuat

"Nick! Phone kau" Zayn menyiku lengan Sya. Sya lantas menjawab tanpa melihat nama di skrin

"hello"

Awak ada dua pilihan. Balik dengan kawan awak sekarang atau saya datang kat depan awak sekarang dan ambil awak balik rumah?

Sya menutup telefonnya. Zayn memandang hairan

"apasal?"

"tak ada apa. Wei, minggu lepas race sapa menang?"

"aku la yang menang" semua mereka ketawa mengejek sahaja

"ala bro! Kau menang pun sebab kereta Nick tak ada"

"Nick"tangan Sya direntap

"Izz"Sya melihat kawan-kawannya sudah terdiam dari hilai tawa sedari tadi. Mata Izzkhai mencerlung tajam ke arah Zayn

Mr Blur Mrs. TomboyWhere stories live. Discover now