SUASANA di tanah perkuburan itu menjadi sunyi sepi apabila selesai dikebumikan jenazah itu. Sya membuka cermin mata hitamnya. Diusap batu nisan papanya. Sebak menyelubungi hatinya. Seperti baru semalam dia baru berbual dengan papanya. Semua hadirin yang melihat turut berasa sebak. Sya memakai semua cermin matanya
Sya minta maaf papa. Tak ada niat di hati Sya nak lukakan hati papa. Tapi Sya sememangnya tak pernah faham apa yang papa mahukan. Sya minta maaf kalau mebebankan hidup papa. Maafkan Sya
Lama Sya memegang batu nisan papanya. Selesai menaburkan bunga dan air mawar, Sya duduk lagi di situ
"Sya, jom balik. Mama dah nak balik ni" Sya memandang mamanya
"kalau Sya tak marah papa dan papa tak ke pejabat malam tadi mesti tak akan jadi macam ni. Sya punca papa mati mama. Sya punca" air matanya mengalir laju. Aqlima memegang bahu Sya
"Sya, hang tak salah. Ni semua dah tertulis dah. Mungkin ada hikmahnya. Aku yakin. Hang tak salah. Percaya cakap aku"
"Hang tak faham Aqlima" cermin mata hitamnya dibuka. Air matanya dikesat
"apa yang aku tak faham? Aku faham Sya. Aku pun tak ada papa. Hang tahu papa dengan mama aku macam mana"
"sekurang kurangnya depa masih lagi ada" suasana senyap seketika. Harraz dan Izzkhai melihat dari jauh turut berasa sebak
"kalau Sya jawab panggilan papa masa tu tak jadi macam ni mama. Sya memang bodoh"
"hey!dengar! Papa pergi sebab Allah sayangkan dia. Sya tak salah nak. Mama yakin ada hikmah di sebalik ni. Cuma Sya kena kuat. Sya kena kuat macam Sya pernah hilang kakak Sya dulu. Sya kena kuat sayang" Sya terus memeluk mamanya. Dia menangis semahunya. Sewaktu dia kehilangan kakaknya sewaktu dia berumur 15 tahun, dia tidak bersedih begini
. itu satu satunya kakak kembarnya"dah, jom balik. Kita buat tahlil nanti" Sya berjalan meminggalkan pusara Tan Sri Adam
*********
Kecoh benar Puan Sri dan Tuan Sri yang datang ke rumahnya. Tidak kalah juga Dato Datin yang turut serta. Boleh dikatakan semuanya VVIP. Sya malas hendak melayan. Dia memegang Yasin dan duduk di hujung diding rumahnya. Ini kali pertama tudung tersarung di kepalanya. Setelah sekian lama meninggalkan sekolah menengah. Matanya sedikit merah dan bawah matanya kelihatan sembab sahaja. Dia hanya memegang Yasin itu. Hendak dibaca dia ingat ingat lupa. Itulah dirinya. Jahil agama. Jahil segalanya. Terbelengu dalam kancah kehidupan yang tidak pernah disangkal. Hidup diselubungi bayang-bayang sendiri. Sya melihat Izzkhai yang duduk di hall. hatinya tiba-tiba reda apabila melihat lelaki itu.
"Sya, hidang ni kat depan ye" dulang yang terletak seteko teh dan 6 cawan kecil itu dihantar seperti yang mamanya arahkan. Sya ragu-ragu untuk melangkah sebenarnya. Dia takut untuk berdepan dengan Izzkhai
Apa kena dengan aku ni. Bagi je la kat depa. Bukan ada apa pun. Dulu sikit punya ganster duk ada. La ni awat ada rasa ni pulak kfat laki macam dia
Izzkhai memandang dirinya. Lama juga dia memandang . Sya menuang air dan berlalu
"hoi! Minum la. Kau tengok apa" Harraz menyiku tangan Izzkhai. Cepat - cepat dia mengambil cawan yang berada di atas dulang
" Sya , hang dengan Harraz ada apa-apa ka? Hang pa ada relationship ka ? "
Wajah Aqlima dipandang. Matanya tidak berkalih. Jelas terpancar tanda tanya yang amat sangat jelas"tak ada"
"aku nampak dia macam rapat je
Tu yang aku tanya"
"aku dengan dia cousin. Dia anak yatim . So mama aku tu dia anggap macam mama dia " Aqlima melemparkan senyuman"dah kenapa? Hang minat dia? "
"em"
"bagus la.jaga dia macam mana aku dengan mama jaga dia. InsyaAllah hang bahagia nanti "
"tapi dia belajar lagi"
"dia dah 28. Sama umur dengan Izzkhai. Kawan baik pulak tu"
"ouh. Jadinya dia dah kerja la" Sya mengangguk laju. Sebenarnya Harraz belajar di situ hanya mahu dekatkan dirinya dengan Aqlima. Oleh sebab gambar yang dipandang di dalam telefon Sya
"kalau macam tu hang mengaku ja yang hang suka dia. Lagi pun hang dah kenal dia nak dekat sebulan"
"betul kata hang. Tak pa la. Nanti aku bagi tahu dia"
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Teen Fiction'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...