"HUH!dah lambat. Dah lambat" Sya bangun dari tidurnya. Jam sudah menjangkau 6:40 pagi. Izzkhai yang baru habis solat melihat Sya bangun dari tidur. Dah macam pokemon rambut
"awak nak pergi mana?"
"aku dah lambat la. Kelas dah nak start" Izzkhai mengeluh perlahan. Dia tahu Sya ingin belajar lagi. Tapi siapa yang nak uruskan Syarikat tu. Jika tiada siapa yang mengambil alih, habislah mereka
"awak dah seminggu lebih berhenti kan. Tak kan awak nak pergi lagi" Sya diam semula. Wajah Izzkhai direnung lama. Terasa sebak pula apabila pagi pagi dia berkelakuan bengong dan ada manusia yang sudi melayan
"okey. Aku nak mandi. Nak siapkan breakfast"
"Sya. Hari ni saya tak nak makan roti tau. Saya nak makan benda lain selain dari roti"
"pulak!hang nak makan apa?"
"buatkan saya nasi goreng"
*******
"SAYA bagi 9/10 je untuk nasi goreng ni"
"apa apa la. Hari ni aku nak keluar. Nak beli barang-barang untuk fridge ni. Dah tak ada apa-apa dah"
"saya ikut boleh?"
"tak apa la. Aku nak pergi dengan kawan aku"
"kawan awak?saya kan suami awak. Awak boleh tak dengar sikit cakap saya ni"
"hang ni saja ja. Saja nak tengok aku buat scene KL Gangster 3 kat sini kan"
"hahahaha!tak lawak. Saya tanya kenapa?"
"because aku tak selesa keluar dengan hang. Kawan-kawan aku semua tak tahu yang aku dah kahwin la. So aku malas nak hilangkan rasa selesa depa dengan aku. Faham?"
"Sya. Saya nak cakap sikit dengan awak"
"apa dia lagi?"
"kalau satu hari nanti saya ditakdirkan pergi dari hidup awak,awak akan lupakan saya ka?" Sya membuat muka blur
Awat dia tanya?dia nak mati dah ka. Ni lagi satu soalan bodo. Mestilah aku sedih. Tak kan mati laki tak sedih. Nanti dengan siapa aku nak bergaduh?dengan siapa aku nak manja. Aku pun satu bangang. Apa la punya jawapan aku bagi
"dah kenapa?mestilah aku tak akan lupakan hang. Hang kan suami pertama aku dan aku harapkan hang suami aku yang terakhir. Itu ja la"
"itu sebab la kalau awak jaga saya elok-elok, saya jaga awak elok-elok.saya sayang awak Sya"
"macam pernah dengar je ayat tu"
"hehehe. Layan drama pukul 7 ler. Dah saya tunggu awak tiap-tiap hari balik lambat lepak dengan kawan-kawan" Sya tergelak kecil. Langkahnya dimatikan untuk keluar. Kakinya melangkah semula ke arah Izzkhai
"Thanks tak pernah jemu dengan perangai aku yang kadang-kadang kalah budak bendul" senyuman Izzkhai sahaja yang dilihat
"minggu depan hari jadi hang kan. Yang ke 29. HAhahaha dah tua"
"siapa cakap yang ke 29? Baru 24 la. Apasal jauh sangat umur saya pergi"
"Harraz yang habaq"
"emm!percaya la dia"
"betul jugak kan. Masa aku form 3 hang form 5" tanpa sedar terasa kepalanya diusap perlahan
"kan best kalau hari-hari macam ni kan. Tak ada la tiap-tiap hari gaduh kan." Hanya segaris senyuman yang jelas kelihatan di bibir suaminya. Nampak sangat Izzkhai tak tidur kerana menjaga Sya sebab 3 hari lepas dia demam
Sado gak dia ni. Kenapa la aku tak pernah nampak apa-apa yang istimewa pasal dia.Baru sekarang aku rasa dia ni handsome. Hidung mancung. Kulit dia sawo matang. Jambang nipis je macam hero hindustan. Hehehe. Mata dia cantik sangat. Macam mata mama. Kenapa dia ada iras mama aku?ntah-ntah dia ni memang betul anak saudara mama aku? Tapi aku tak kisah la. Erkk! Aku nk dah jatuh sayang kat dia ke?tapi apa salahnya? Masa dia peluk aku hari tu aku rasa bahagia sebenarnya. Tak pernah aku rasa seselamat macam tu. Aku rasa dia la satu satunya lelaki yang paling sabar dalam dunia ni dengan kerenah aku. Alangkan Saharul dengan Harraz pun boleh naik angin bila aku naik angin gila aku. Kalah ada pasu bunga kat situ memang aku rasa dia orang baling ja kat muka aku ni. Tapi aku rasa aku tak cukup sempurna langsung bila aku berdamping dengan Izz. Aku malu bila keluar dengan dia. Bukan sebab dia ni blur atau stail dia pelik tapi nampak macho, tapi aku malu bila semua mata perempuan tengok aku dengan Izz bila kami pegang tangan. Mungkin depa ingat kami ni GAY. Hahaha. Aku malu satu lagi sebab jatuh saham aku bila perempuan nampak aku pegang tangan dia. Dah la aku ni lebib kurang setakat dada Izz ja. Macam adik la pulak kalau jalan sebelah dia. Haih Izz, bila la hati aku nak terbuka untuk hang. Hati oh hati. Jangan la ego sangat bila hang berdepan dengan suami hang ni. Aku pun nak rasa sweetnya cinta after nikah macam dalam tv tu cakap. Berdozen dozen novel aku baca bila suami aku tak ada. Semuanya cinta after nikah. Kalau masa bercinta and ada halangan lepas tu berapa tahun baru jumpa and nikah tu ada dua tiga buah buku je. Ada yang kahwin kontrak la sewa la. Dah macam mat bangla la pulak kontrak mari. Hahaha. Aku kisah apa. Janji aku dan suami aku kahwin sebab wasiat dan bukan kontrak yang aku ingat dulu masa mula mula kahwin
Satu kucupan terasa di pipinya membuatkan lamunannya dari tadi hilang entah ke mana. Sya bangun daripada peha Izzkhai yang menjadi tempat singgahan hinggap kepalanya
"hang ni pasai pa"
"saya panggil beribu kali dah. Ni Aqlima dengan Saharul kat depan awak ni" Sya cepat-cepat bangun duduk. Pipinya dikesat. Mereka berdua tersenyum sahaja
"bila sampai?"
"lebih kurang 15 minit"
Mak aii!punya lama. Ni mesti sempat tengok aku tersenyum-senyum kalah budak jah 5 couple ni.Izz ni pun satu bukan nak tampor muka aku ke apa ke. Saja la tu
"hem!kami mai bukan nak tengok hang tersengih sana terkemut sini menggeleng sana merampus sini. Kami mai ni ha, ada buah tangan ni nak bagi" Sya tersengih sahaja mendengar Saharul membebel
"ni!tau la hari ni Izz cuti. Kalau ya pun habaq la sibuk duk sweet-sweet kat rumah. Tak da la kita sibuk kan awak kan" Aqlima memandang Saharul yabg sedari tadi mengiya kan saja. Sya malu sendiri apabila kawan dan sepupunya galak mengusik
"betul tu sayang!lain kali habaq dulu kata kita nak sweet-sweet. Tu nasib baik tak terlajak advance"
"haishhyy! Kami balik dulu la" Aqlima tergelak melihat Saharul melempar bantal ke arah Sya
"ha elok la gelak. Nanti hang kahwin dengan dia,hang malas-malas dia baling bantal kat hang. Ni juara baling bantal tahun 2016 ni!"berderai ketawa mereka. Sya menjeling Saharul
"ye la. Ye la. Cousin yang saya sayang!maafkan saya Kerana menjadi juara baling bantal. Patut anugerah itu awak yang terima"
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Genç Kurgu'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...