LANGIT yang gelap tanpa bintang itu dipandang lama. Kelam benar nampaknya. Sekelam hatinya kini
" abang Izz , jom turun"
" Sarah, abang nak cakap sekejap dengan Sarah"
" apa dia bang? Mama panggil makan tu "
" alah. Kata adik abang. Mai la sini abang nak tanya " Sarah mendekati abang sulungnya itu. Birai katil itu dijadikan tempat duduk dua beradik itu
" Sarah suka Kak Sya?"
" suka! Kenapa abang tanya soalan pelik ni. Dah la. Jom makan. Nanti mama marah "
"em jom"
Walau macam mana pun Sya, aku tetap terima hang. Walau hang tak macam perempuan lain. Aku akan cuba ubah hang. Aku cuba pikul apa yang diamanahkan oleh papa hang sendiri. Buruk sangat kah aku kat mata dia. Atau dia memang benci aku. Salah aku sebab tinggalkan dia dulu. Wake up Izzkhairin! Kau kena cuba cinta dia balik
*********
BEG nya digalas. Kereta BMW berwarna hitam sudah berada di depan pagarnya. Hari ni pergi U dengan Mr Blur a.k.a Mr tunang" kenapa awak lama sangat ? Lewat nanti nak pergi kuliah "
" aku tak nak pergi kuliah hari ni. Hari ni hang cuti kan. Aku nak siapkam semua persiapan kahwin kita " Sya tersenyum kecil. Izzkhai merenung lama wajah Sya
Betul ka apa aku dengar ni. Atau dia ni saja nak uji aku. Izzkhai merenung lagi. Sya merasakan dirinya ditenung
Dah kenapa dia ni? Muka aku ada something ke
" awak cakap persiapan kahwin kita? "
" ye la. Dah la! Jangan cakap banyak la . Jom la " kereta BMW nya mula meninggalkan perkarangan rumah Puan Sri Zalina. Tidak banyak yang dibicarakan dalam perjalan mereka. Hanya telatah DJ radio memenuhi ruang sepi di dalam kereta. Sya memandang di sebelahnya. Memang tidak disangkal Izzkhai sudah banyak berubah
" Izz " lembut sahaja telinga Izzkhai menangkap bunyi di sebelahnya. Hanya tolehan sahaja dibalas
" kenapa hang tinggal aku lepas hang kata hang cintakan aku?"
Ya Allah.. Kuatkanlah hambamu ini ya Allah.. Kuatkanlah hati ini Ya Allah .. Agar perasaan kami berdua terjaga. Izzkhai bermonolog terlebih dahulu. Telefon Sya berdering menandakan ada panggilan yang diterima. Sya melihat nama yang tertera di situ. 'Harraz'. Dijawab panggilan itu
"mana kau?kau ponteng ann"
"aku ada masalah sikit. Nanti aku story okey?"
"err, Sya! Malam ni hangout nak? Jumpa geng kau. Aku dah lama tak lepak macam dulu"
"okey. Aku bawa Izzkhai sekali" panggilan yang dijawab itu ditamatkan. Lelaki di sebelahnya itu dilihat sekilas. Tiada sebarang jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu
" jom kita pergi Mall. Aku tak nak beli lagi baju kahwin. Nanti aku suruh mama aku arrange kan bila nak beli and nanti dia mai rumah " Sya memejam matanya. Hendak ditunggu lambat lagi. Sya melihat jam. Sudah hampir setengah jam perjalanan mereka. Bosan tak terkata. Baik dia tidur sahaja. Malas hendak berbual dengan Mr Blur
" awak marahkan saya ka? " tiada jawapan dari Sya juga. Izzkhai membuat keputusan mendiamkan diri seperti Sya juga
Kalau masa boleh aku putarkan balik. Aku tak akan tinggal hang. Keadaan yang paksa aku. Aku tahu aku ada dalam hati hang Nick. Aku cuma perlu buktikan ja. Aku sayangkan hang dari apa yang aku ada. Bila aku dengar yang aku akan kahwin dengan hang , aku rasa seronok sangat sebab apa yang aku cakal dulu jadi kenyataan buat hang Nick. Alu cuma harapkan hang terima aku seadanya ja. Itu pun dah cukup buat aku
Aku tak pernah katakan yang aku tak akan terima hang Izz. Tapi hang yang buat aku keliru dengan hati aku sendiri. Tapi aku cuba maafkan hang. Hati aku tak boleh! Tak boleh nak maafkan hang! Setiap kali aku maafkan hang , aku dapat rasa benci aku pada hang makin tebal. Tapi percaya la . Hadirnya hang membuatkan aku bangkit dari dunia aku sendiri. Mungkin sebenarnya ruang aku tiada untuk hang isi kan kesedihan dalam hati hang. Tapi hang isikan rasa tu Izz
Syafiqah
Izz
Kalau dapat aku bahagiakan hang , aku tak akan sia siakan pekata tu Sya
Aku tak akan lepaskan hang kalau hang dah jadi milik aku Izz. Hanya masa yang menjarakkan kita. Tapi bukan ingatan kita kan?
Biar aku jadi terawal dan terakhir dalam hidup hang Sya. Walau apa pun keadaan hang. Hang tetap Sya aku dan Nick bagi aku
"jom la. Aku dah tak mood la. Kita keluar makan la"
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Teen Fiction'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...