Bab 18

2.7K 125 4
                                    

AIR matanya mengalir perlahan. Mungkin betul apa yang dikatakan Sarah. Dia yang perlu berubah. Sya melihat dirinya di dalam cermin. Air matanya mula laju menuruni pipi. Bunyi esakan itu mengejutkan Izzkhai dari tidurnya. Izzkhai melihat Sya menekup mukanya. Telefonnya ditatap

2 pagi dia boleh menangis. Dengan sejuk macam ni

Izzkhai mendekati Sya.tangan Sya dipegang

"sayang,awak terlampau ingatkan kata-kata nenek ke"
Sya mengesat matanya

"nenek hang memang tak sukakan aku ka?atau dia benci aku"

"biasa la.dia marah sebab awak tak nak bagi anak kat saya kut"

"aku tak main-main la"Sya menampar tangan Izzkhai. Bibirnya mula mengukir senyum

"buat apa menangis?"

"hang tau kan aku cintakan hang. Tapi hang buat tak heran ja"Sya menekup mulutnya

"apa dia?"

"tak ada apa la. Dah ahh. Aku nak tidur ahh"Sya terus ke katil. Selimut diselubung di seluruh badan. Bibirnya terukir senyum. Beberapa saat kemudian, terasa badannya dipeluk erat

"I love you too"Sya terdengar bisikan Izzkhai di telinganya. Sya menutup mata dan tersenyum

******

"morning. Em sedapnya mama masak hari ni. Mama masak apa ni" Sya menegur mamanya. Nenek pula datang ke meja makan itu

"haih, tak tolong memang la tak tahu" wajah Sya mula berubah

"kenapa?kamu bangun lewat ka? Tak solat ka subuh tadi?semua tunggu dalam bilik solat"

"solat nek. Sya solat dalam bilik. Sebab Sya bangun lewat sikit. Lepas tu Sya tengok laptop ada kerja atau tak.ada satu,sya buat kejap tadi. Maaf lah nek. Sya tak tahu"

"hem" ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulut Datin Sri Sadiah

"Sya,jom makan dulu"Puan Sri Suraya mempelawa Sya

"tak apa la mama. Sya nak keluar. Nak jogging"

*****

IZZKHAI melihat Sya termenung sendirian di taman bunga mamanya. Perlahan-lahan dia mendekati isterinya

"haaaa"

"eh mak kau gajah meletop" Sya melatah dengan sergahan Izzkhai. Terbahak-bahak Izzkhai tergelak

"apa hang ni! Nasib baik aku tak mampos! Terkejut gila beruk aku tau"Sya menjeling Izzkhai

"ala sayang, jangan la marah. Masa ni la nak manja. Saya ambil cuti seminggu ta nak bawa awak pergi honeymoon"

"buat apa?buat orang sakit hati"

"apa pulak yang sakit hati"

"kalau nenek hang tak suka dengan aku, habaq ja. Aku boleh blah. Aku ingatkan mama ja . Kalau ikutkan hati aku, aku boleh pergi"

"kalau saya tak izinkan?" Sya meraup mukanya. Rambutnya yang displit ke atas dibetulkan sedikit. Takut membebel pula neneknya melihat rambutnya begitu

"Sya, duduk sini kejap" Puan Sri Suraya memanggil menantunya

"ada apa mama?"Sya duduk di sofa yang dijadikan tempat duduk untuk membaca bermacam jenis buku

"mama nak Sya jujur"

"ya. In Sya Allah"

"Izz dah sentuh kamu atau belum pernah lagi?"

"siapa bagi tahu mama?"

"Izz bagi tahu mama. Dia bagi tahu semuanya"

Sya memandang wajah mertuanya. Mertuanya tersenyum manis ke arahnya

"mama,Sya tak layak untuk abang Izz. Sya tak patut jadi isteri dia pun. Tapi kalau mama nak abang Izz kahwin lain Sya tak kisah. Sebab Sya tak mampu kan nak bagi zuriat macam mana nenek cakap" air jernih mengalir di pipinya. Walaupun tak sederas yang mengalir, tetapi jelas mempamerkan keperitan di hatinya

"mana Sya tahu?Sya,macam mana nak mengandung kalau tak pergi honeymoon kan. Betul tak apa yang Izz cakap ni mama?"Izzkhai duduk di sebelah Sya. Sya merenung mata Izzkhai tajam

"ha!tengok saya macam tu. Korek mata tu"Sya menampar pipi Izzkhai perlahan

"Sya dengaN Izz bila nak pergi honeymoon?"

"esok"jawab Izzkhai selamba. Sya memandang lagi wajah Izz

Ishh dia ni! Aku tengok kecik besar ja. Nak ja aku back kit kepala dia. Dah la buat keputusan tak pernah duk bincang. Tapi yang menghairankan aku, kenapa Syarikat dia nama lain. Wangsamaju? And awat perempuan nama Riana tu bergedik dengan dia? Kenapa setiap kali nampak perempuan tu aku jadi sakit hati. Aku rasa macam nak tembak perempuan tu. Tak pun aku bom dia

*****

PSP dipegang dengan penuh kemas. Matanya hanya tertacap di situ. Izzkhai memandang sahaja. Buku yang tersusun elok di atas raknya dilihat satu persatu. Selepas mengambil buku, dia terus pergi ke katil

"alah hang ni! Hang mai terus kalah" Sya menghempuk PSP nya di atas tilam empuk itu

"apa salah saya pulak?"telefon Iphone 6 miliknya diletakkan di sebelah tempat duduknya

"dah aku nak menang hang mai" Sya mengambil semula PSP nya. Satu jelingan diberikan.Telefon Izzkhai berdering. Sya yang menyedari panggilan itu terus mengambil telefon di sebelahnya

"Riana?"Sya menyoal. Panggilan itu dibatalkan. Sya bangun dari katil

"Sya,I can explain"
"I trust you! Aku tak marah hang sebab aku percaya hang semalam. Hari ni perempuan ni lagi. Minta maaf. Aku dah hilang rasa percaya aku kat hang"Telefon itu dilempar ke arah Izzkhai

Mak Hang! Nasib baik jatuh atas aku.. Kalau tak menangis air mata darah pun tak dapat dah

Mr Blur Mrs. TomboyWhere stories live. Discover now