Udara pagi yang segar itu dihirup sepuas-puasnya. Tali kasut sukannya diikat. Kini di tempat orang dia berasa lebih tenang. Earphone dipasang. Langkahnya dimulakan. Kawasan taman yang berada di bandar Seoul itu memang ceria sekali. Jauh sekali jika dibezakan dengan suasana di Malaysia. Tetapi dia tidak boleh menganggungkan tempat orang. Bak kata cikgu nya sewaktu form 1 , hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Terasa seperti dia terlabggar seseorang. Habis fail manusia itu terjatuh
"Im sorry sir" Aqlima mengucapkan maaf. Digapai fail yang berterabur. Tangan lelaki itu juga sibuk menolong
"orang Malaysia ke?"Aqlima mendongak sedikit. Hampir terpukau melihat insan di depan matanya
"ha!orang Malaysia. Awak asal Malaysia juga?" Aqlima bertanya
"tak lah. Orang korea"
Eh!loyar buruk pulak mamat ni. Aku tumbuk juga kan
"oh,fasih berbahasa melayu. Kagum saya. So, awak Korea belah mana. Sebab muka nampak macam melayu" Aqlima tertawa selepas melepaskan kata-katanya
"alah awak ni!saya bergurau ja. Anyway, nama saya Saharul Iman. Nama awak siapa ye"
"nama saya?"Aqlima bertanya semula
"ye nama awak"
Aqlima tersenyum. Serentak itu kepalanya digelengkan. Kakinya melangkah pergi. Tolehan nya membuatkan Shahrul menekup mukanya. Jari Aqlima digerakkan tanda dia tidak akan memberi tahu
*****
"Saya dah nak pergi kerja" sandwich yang masih berbaki disuapkan ke dalam mulut. Sya masih berada di katil melayan mimpi
"Sya,saya dah nak pergi kerja ni"
"Haaa, emmm pi la" Sya menggaru kepalanya. Bantal dibaling ke arah Izzkhai tanda protes tidurnya dikacau. Tiba-tiba dia terasa pipinya hangat dikucup. Sya tidak beranu membuka mata. Selepas dia terdengar deruan enjin motorsikal ducati itu , baru dia bangun
"Izzkhai!!!berani la hang cium pipi aku! Tapi kalau ikutkan bukan salah"
Sya bangun dari katilnya. Telefon Iphonenya ditatap seketika. Tiba-tiba panggilan video masuk. Sya melihat nama Aqlima
"wei!orang korea!apa habaq!" Sya menyapa selepas menerima panggilan itu. Aqlima tertawa mendengar celoteh kawannya itu
"khabar baik. Sya!hang tak mandi lagi ka?"
"tak lagi. Emm hang dah makan ka? Hang tak menangis dah kan. Hang sihat kan. Hang okey kan kat sana?" bertalu talu soalan yang keluar. Aqlima ketawa sendirian
"aku sihat la. Aq ada kat kedai makan dengan kawan aku. Kan aku baru 2 hari kat korea. So ada la orang melayu aku kenal" Sya tersentak. Sya mengingati semula
"boleh hang panggil dia?aku nak tengok dia" Aqlima mengangguk. Telefonnya dihala ke arah Saharul. Saharul yang sedang bermain telefon tersentak
"bro!!!lama tak jumpa kau!!rindu gila wei" Saharul merampas telefon Aqlima
"aku pun rindu kau. Kenapa kau tak balik masa semester baru ni! Aku tunggu tau" Sya mengusik
"hang kenal dia?" Aqlima merampas semula telefonnya
"awat tak kenal?tu sepupu aku. Dia la yang paling manja sekali"
"ouh"Aqlima mengangguk. Matanya dikecilkan apabila memandang wajah Saharul. Saharul tersengih menunjukkan deretan giginya yang tersusun elok
"okey beb!aku nak mandi dulu. Aku nak pergi mall. Aku nak masak lagi. Okey babe!jaga diri. Kata kat Saharul aku suruh dia tenggokkan hang tau.okey asalamualaikum" panggilan ditamatkan. Sya mengurut dadanya. Lega juga dirinya apabila mengetahui ada Saharul bersama. Sebenarnya memang sudah dirancang. Sya tahu yang Aqlima menyukai negera itu. Kebetulan sepupunya belajar di situ. Sya ingin menggantikan tempat Harraz. Dengar cerita Harraz sudah diijabkabulkan semalam. Sya pun tidak pergi kerana rasa terkilan yang amat. Tiada sebarang berita terdengar dari mamat bermulut becok itu
Just now aku rasa yang hidup aku tak sempurna. Aku rasa yang aku kehilangan perkara terbesar dalam hidup aku. Aku hilang satu satunya sepuou yang aku paling sayang. Thats Harraz. Moga kau bahagia di samping isteri pilihan keluargamu Harraz. Aki tidak mengerti apa yang bermain dalam hati aku ketika ini. Marah? Sedih? Hiba? Apa pun aku tidak mengerti. Kau satu satunya penyeri hidup aku umpama abang aku yang telah pergi menghadap ilahi dan kakakku yang beransur terlebih dahulu. Adakah selepas ini aku akan menerima kehilangan insan yang aku sayang seperti kau dan papa aku. Bagaimana pun dirimu, kau lah sepupu ku
"
segarnya kalau dah mandi. Em, apa yang aku nak buat? Aku nak masak apa?"Sya menuruni tangga rumahnya. Kunci kereta yang terletak di atas mejanya dicapai. Sya memakai baju t shirt dan seluar jeans berwarna biru. Capnya dipakai. Rambutnya disisip ke atas. Nombor telefon Sarah didail
Hello
"Hello,Sarah busy tak?akak nak ajak teman shopping"
No hal la kak. Kak datang la ambil Sarah kat rumah mama
"okey" panggilan ditamatkan. Sarah yang hanya 3 tahun muda darinya memang selesa dibuat kawan. Lagipun Sya senang keluar dengan Sarah. Senang dibuat teman berbual. Sya memberhentikan kereta. Hon kereta dibunyikan. Nampak satu susuk tubuh berlari mendekati keretanya
"mama mana?"
"biasa la kak. Ahli mesyuarat gosip dia orang" Sya ketawa mendengar alasan yang diberikan. Sarah terus masuk ke dalam kereta Sya. Sya membelok semula ke jalan raya. Bermacam-macam perkara dibualkan oleh mereka
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Teen Fiction'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...