"MAMA! Sya tak nak lagu ni! Tak pernah dalam sejarah hidup Sya pakai make up! Sya tak nakkkkkk" Mak andam menangkap tangan Sya. Mamanya pula memegang kaki Sya
"Aqlima. Pergi ambil tali"
" tak kan la aunty? Tak kan nak ikat"
"mama!mama ingat Sya ni lembu ka nak ikat-ikat. Aqlima. Habaq la kat mama aku. Aku tak nak make up. Dah la kahwin pun paksa"
"Sya!jangan degil!pakai ja"Aqlima menampar Sya perlahan
"budak ni!ikat karang. Aku cakap pakai tu pakai. Nanti mama yang solek lagi teruk kamu mama kerjakan" Sya duduk. Bibirnya dimuncungkan. Muka mak andam dipandang. Tajam sungguh pandangannya
Spesis mana la mama aku kutip mak andam ni. Muka buruk gila. Tapi boleh jadi mak andam
Sya melihat wajahnya di cermin. tudung yang indah dihiaskan permata dan manik-manik yang berkilauan. Bajunya yang bewarna unggu kelihatan mahal dan make up tebal berapa belas inci dia tidak tahu. Lain benar nampaknya. Dia tidak pernah begitu
" ya Allah Sya. Ni kau ke? Ke ni hanti kau " Harraz yang berdiri di sebelah katil memandang muka Sya
"kepala hotak hang!"
"yes. Yang ni Sya. Sya, malam ni
..." belum sempat Harraz menyambung ayat selanjutnya dengan izin Allah, bantal hinggap di mukanya"kau apasal!aku tak cari gaduh kan. Mama!tengok la"Sya merengek.habis terkeluar logjat KL. Harraz ketawa galak
" Sya! Kalau dah siap aku nak turun dulu " Aqlima menjeling Harraz. Sya tersentap juga melihat Aqlima begitu
" hang buat apa kat dia? "
" panjang cerita dia. Tapi aku tak boleh cerita sekarang. Aku harap kau faham. Lagi pun ni semua keluarga sebelah arwah papa aku punya planning" suasana sepi seketika. Sya melihat wajah Harraz berubah
"em. Aku nak gerak dulu"
*******
"aku tak yakin aku boleh hidup dengan dia"tangan Aqlima digenggam erat. Matanya berair sedikit
"InSyaAllah Sya. Hang boleh"
Hatinya bedebar laju apabila melihat tangan jurunikah itu memegang tangan Izzkhai. Sya memandang simpati ke arah Puan Sri Zalina. Sedikit pun tidak dilayan. Izzkhai mengalih pandangannya ke arah Sya. Sya memandang ke arah lain. Tidak mahu dia memandang wajah itu lagi
Kenapa tak nak tengok aku Sya?kenapa saat macam ni masih lagi berbelah bahagi lagi hati hang
"boleh kita mulakan"jurunikah itu bertanya. Semua dibalas dengan anggukan. Hati yang bedebar tidak terkata membuatkan mereka masing-masing kelu tidak berkata. Vvip yang berada di rumah Sya tidak habis habis berbisik-bisik.mahu sahaja Sya bangun dan menjerit bertanya kepada mereka
Tangan digoncang sekali lagi tanda Izzkhai perlu mengulangi lafaz akadnya. Dengan sekali lafaz sahaja mereka sah menjadi suami isteri. Sya menunduk. Air matanya turun di pipi
"Sya!bangun la"bahu Sya dicuit. Sya mengesat air matanya. Kini wajah Izzkhai tinggal beberapa inci sahaja lagi dari mukanya. Dahi Sya dikucup lembut. Sya memalingkan wajahnya di tempat lain. Tangan Izzkhai disambut seperti tiada perasaan. Selepas habis majlis akad nikah, majlis persandingan pula menjadi aktiviti untuk mereka. Sya menguis nguis sahaja makanan di dalam pinggannya semasa makan beradat. Lama juga majlis itu berlangsung. Sya awal-awal lagi memberi tahu ibunya perihal majlis perkahwinannya akan disambit di rumah nya sahaja. Tiada majlis selepas itu. Kedua dua pihak pun sudah setuju. Selepas tamat majlis Sya menghilang ke dalam biliknya. Dikunci biliknya. Tiada siapa dibenarkan masuk. Tambahan lagi anak anak ibu saudaranya yang masih kecil selalu sahaja mengacaunya. Hendak sahaja diseligi seligi kepala budak budak itu
"Sya buka pintu ni sayang. Sya" suara Puan Sri Zalina kedengaran seraya dengan bunyi ketukan pintu. Sya bergerak malas ke pintu. Terkejut mamanya apabila melihat Sya memakai baju t shirt dan seluat trek separas lutut sahaja. Mukanya pula sudah tiada sedikit pun kesan make up
Pandai pulak anak dara aku ni cuci muka bermake up. Aku ni belum tentu lagi boleh cuci dalam masa sekejap macam ni ja
"mama nak apa?"
"mama nak tanya. Izzkhairin mana"
"mana orang tau. Mama tanya la Harraz. Tanya Sya buat apa" Sya mengerut dahi
"semua orang nak balik dah. Dah nak masuk magrib ni. Batang hidung dia pun hilang lepas habis majlis" Sya melihat jam di telefonnya. Majlis mereka selesai pun hampir pukul 5
"aunty ehh mama. Ada apa ni" Izzkhai berdiri di depan pintu bilik Sya
"tak ada apa. Kamu pergi mana?puas mama cari"
"cuci pinggan"
"haa!apa kamu pergi buat kerja tu. Mama dah suruh Harraz buat"
"ala sikit ja mama. Lantak la dia buat. Bukan mati pun" Sya menjawab sinis. Rasa marah dihatinya belum berkurang. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik air
"kamu jangan ambil hati sangat dengan Sya tu"
"tak ada la mama. Saya tak ambil hati"
"iye la. Kamu pergi la mandi solat ke apa ke. Lepas tu turun bawah makan. Sekarang ni, buat je macam rumah kamu . Sebab kamu menantu mama"anggukan sahaja dibalas oleh Izzkhai. Anggukan gaya blurnya lah
Apa lagi"-_-#"
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Teen Fiction'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...