Bab 29

2.7K 94 0
                                    

SEPERTI hari-hari biasa. Dia akan bangun pagi dengan rambut yang kusut masai plus dengan muka ntah apa apa. Masa tu jugak la kena jerang air, masak breakfast, buat kopi,basuh baju,buat itu buat ini. Entah bila la nak habis kerja tu semua. Bila la lakinya mahu mengupah orang gaji. Emmp! Kalau diikutkan, suaminya nampak dia sedang protes membuat kerja itu. Tetapi biasa la. Dengan sikap blur yang tak boleh blah dia! Memang nak makan penampor je rasa. Sya turun tangga rumahnya. Izzkhai sudah ada di luar balkoni berdekatan dengan swimming pool nya. Tengah workout. Tapi otot kat tangan tak naik pun. Yang naik kat perut tu ja. Petak-petak ja perut. Beriya cerita kat Sya hari tu kata nak buat kat tangan. Nak bagi muscle  ntah apa yang aku sebut. Yang aku tau bahasa pasar ja yang kami panggil body. Ingatannya kembali kepada Syazira yabg dijumpainya minggu lepas. Fikirannya mula menerawang mencari jawapan. Sya melihat Izzkhai masuk ke dalam rumah mengelap badannya

"sayang!dah bangun?"Sya menjeling. Rambutnya yang sudah panjang separas bahu diikat kemas

"tu la!aku dah habaq! Hang kalau nak naikkan otot otot hang pun, tunggu matahari main intai intai dulu. Tak pasai kena sampuk"

"sampuk?"

"ha la!kena sampuk sebab panggil aku sayang. Eii geli nya. Hang tak kerja ka. Aku nampak hang start kahwin dengan aku kurang pi kerja. Hang jaga!lingkup syarikat papa aku!aku pelangkung muka hang dengan sawi kat dalam peti ni" terhambur tawa Izzkhai. Ada ada sahaja isterinya katanya di dalam hati

"Izz!kalau aku habaq satu benda boleh dak?"

"apa dia?"

"aku jumpa Syazira masa aku pengsan tu. Sebelum pengsan la. Aku tau tu bukan mimpi sebab Saharul dengan Aqlima pun nampak. Boleh aku tahu apa.dia yang hang pa sembunyikan dari aku Izz?"

"mana ada apa. Aku pun tak tahu"

"Izz!tolong aku. Aku tak tahu apa yang jadi sekeliling aku"

"Sya!mengarut apa ni. Dah la!saya dah lambat. Nak kerja ni"

***************

BAJU T shirt dan seluar jeans pendek itu menjadi pakaiannya. Topi yang ditulis HIPSTER  dibetulkan sedikit. Kerusi meja makan itu ditarik

"sorry la,aku sampai lambat" mata lelaki yang memakai baju kot itu dipandang. Memang segak dengan gaya rambutnya yang kemas dan mukanya yang bersih dari jambang dan misai

"eh tak apa. So macam mana?"

"macam mana apa?"

"Datin Sri nak jumpa. Aku tak dapat buat apa-apa. Aku ditugaskan sahaja. Yang selebihnya terserah pada kau"

"sebelum aku pergi,aku nak tanya kat kau,apa hubungan Izzkhai dengan Datin Sri? And siapa Rania?aku nak kau siasat boleh?"

"boleh ja. Setahu aku, Izzkai ada 5 orang adik beradik dan cucu Datin Sri yang ke 3"

"siapa nama abang dan adik dia?"

"anak pertama Saharul, yang kedua tu Lina. Tapi Lina tak ada kat Malaysia. Yang ketiga Izzkhai. Next Harraz dan last Sarah" Sya membuat muka slumber walaupun kenyataan itu memang benar-benar meragut. Terkejut besar dia. Jadi selama ni dia diperalat!kenapa dia tak tahu langsung perihal ni

*************

"Asalamualaikum,pak cik. Ni rumah Datin Sri Rohana ke?"

"ye, anak ni siapa?"

"saya anak kenalan Datin Sri. Saya datang nak jumpa dia"

"kejap pak cik buka pintu pagar"

"terima kasih pak cik" Sya memutar stereng untuk memasuki kawasan Astana Tiara itu. Nama rumah nendanya. Sya memakir di hadapan garaj. Kakinya dijijak di tanah perkarangan itu. Angin mula bertiup sedikit. Sya melihat Sarah sedang menyiram pokok bunga. Sya terus masuk ke dalam rumah. Dia tidak mahu Sarah perasan akan kehadirannya

"cik ni siapa?" satu susuk tubuh yang dilanggr bertanya

"saya Nick"

"eh! Ni kan cucu Datin Sri. Maafkan saya cik. Cik nak jumpa DatiN Sri ke?" Sya menggosok belakang kepalanya dan mengangguk

"saya ni jururawat dia je. Saya yang selalu dengar kisah yang datin sri cerita"

Ada aku kisah?aku bukan nak dengar kau cakap. Aku nak jumpa nenda aku dan nak dia cerita semua benda dekat aku

"Ni bilik dia. Saya turun bawah dulu" Sya tidak memberi sebarang respon. Tanganya terketar-ketar memulas tombol pintu.terkejut Sya melihat Saharul ada di situ sedang menyuapkan Datin Sri Rohana

"Sya!apa kau buat kat sini"

"apa aku buat kat sini?patutnya aku tanya hang la"

"sya!rileks. Aku boleh explain"

"ok. Aku rileks. Aku datang sini sebab Datin Sri Rohana yang suruh datang. Tapi aku tak tahu pulak abanh ipar aku ada kat sini"

"abang ipar?apa hang cakap?aku kan sepupu hang"

"aku dah tahu Saharul"

"Syafiqah"Datin Sri Rohana memanggil perlahan. sya menjeling Saharul dan mendekati Datin Sri Rohana. Saharul meletakkan makanan di meja kecil yang tersedia dan pergi keluar dari bilik nendanya

"Syafiqah sihat?"terdengar nada getar dari suara tua itu. Sya menahan sebaknya

"dah. Tadi baru makan dengan joe" Sya mengesat matanya

"25 tahun nenek tak jumpa mama Sya. Nenek rindu dia" Datin Sri Rohana yang bersandar di kepala katil melihat Sya

"nenda nak jumpa mama?"

"maafkan nenda. Nenda tak pernah bagi kasih sayang nenda dekat Sya. Izzkhai tu baik orangnya Sya. Nenda yang arahkan papa Sya supaya nikahkan mereka. Walaupun tanpa pengetahuan siapa-siapa selain papa Sya yang sering bantu nenda"

"nenda,Syazira masih hidup atau dah tak ada" teketar ketar Sya menyoal

"masih hidup sayang. Dah la. Semua ni ada sebab" air hangat mula mengalir. Bukan sebab sedih atau apa. Cuma dia terlampau keliru. Sya meminta diri untuk pulang selepas mengucup tangan Datin Sri Rohana.

****************************

"Abang long, tu bukan kereta Kak Sya ke"

"ye Sarah!memang kereta akak pun" Sya menjawab sambil menghampiri Saharul dan Sarah

"Eh kak Sya, buat apa kat sini?" wajah gugup Sarah jelas terpamer. Sya ketawa kecil sambil menepuk bahu Saharul

"saja la. Melawat nenda. Ni tak sangka jumpa adik ipar dengan ABANG IPAR kat sini. Hem, kak Sya balik dulu la. abang long, saya balik dulu ye" wajah mereka yang tecengang dibiarkan. Sya melangkah ke keretanya. Dihidupkan enjin dan meluru keluar dari kawasan Astana Tiara itu. Perjalanan yang mengambil masa 8 jam memang membosankan. Datin Sri Rohana tinggal di Perak

Mr Blur Mrs. TomboyWhere stories live. Discover now