ROTI bakar dikunyah perlahan. Hari cuti begini memang membosankan. Baru dia sedar akan perasaan isterinya sendiri apabila tidak dihiraukan. Telefon Sya yang disimpannya dibuka untuk melihat isi kandungannya. Tiada apa yang menarik. Semua mesej santai sahaja. Tiada tanda mesra atau apa apa. Dibuka pula geleri untuk melihat gambar. Semuanya gambar kereta dan screenshot game yang dimain. Jarinya berhenti mengscroll gambar-gambr itu apabila menjumpai gambar Sya dan Aqlima semasa di Universiti. Belum pernah dia ternampak senyuman Sya sebegitu. Nampak begitu tenang dan tidak ada gusar di dalam senyuman. Akhir-akhir ini dia terlihat Sya sering memasamkan muka apabila di hadapannya. Adakah dia terlampau mengongkong? Dia hanya ingin membetulkan sikap Sya. Sya ialah isterinya yang sah dan tanggungjawabnya. Hatinya mengukir senyum melihat gambr-gambar itu. Ada juga gambar perkahwinan mereka. Gambar Sya ketika memakai tudung dan wajahnya bersolek. Tiba-tiba terasa satu perasaan yang mengalir mengusik jiwanya. Mengapa Sya tidak selalu begini? Wajahnya lain benar jika ditatap berkali-kali. Suatu hari nanti, Sya akan mengetahui perkara yang terjadi dalam hidupnya. Sedang enak dia mengelamun, pintu villanya diketuk. Dia bangun dari kerusi dan membuka pintu
"Asalamualaikum" Aqlima dan Saharul memberi salam serentak
"walaikumusalam. Eh masuk la. Buat macam rumah sendiri" Izzkhai menjemput masuk mereka berdua
"Aqlima tak pergi kuliah hari ni?"
"saya dah berhenti dah. Kan bulan depan nak kahwin dah. Ni datang nak bincang dengan Izz la" Aqlima menerangkan. Saharul mengiyakan sahaja
"ouh!Sya tahu tak?"
"tahu. Baru nak breakfast ke?" Saharul bertanya
"ye la bro. Biasa la isteri student. Kena la berkorban jiwa raga habiskan masa sesorang je kat rumah" ketawa mereka bertiga menghiasi rumah yang sedari tadi sunyi
"kejap, aku pergi buat air dulu" Izzkhai meminta diri
"awak, saya rasa kita kena bincang dengan Izz pasal ni. Saya dah malas nak tengok Sya tu macam bangang dengan status dia"
"setuju 100% sayang. Nanti saya cakap la" beberapa minit kemudian Izzkhai datang semula
"nanti kahwin hang pa buat majlis kat mana"
"kat Penang. Kat rumah Aqlima dulu. Lepas tu kat rumah mak saudara kita la. Mama Sya"
"em baguslah" air kopi itu ditiup perlahan
"Izz, sebenarnya aku datang sini ada benda yang aku dan Aqlima nak bagi tau"
"pa dia?"
"sampai bila kita nak rahsiakan perkara status kita dengan Sya?"
"tak boleh Saharul. Selagi Sya tak ambil alih, kita tak boleh nak buat apa-apa"
"maksud hang?syarikat besar Datin Sri Rohana?"
"yes. Walau dia tak pernah kenal nenda,aku tahu nenda terima dia.dan aku akan pastikan nenek aku pun terima dia"
"jap guys. Aku sebenarnya tak faham apa-apa kisah hidup Sya ni. Boleh cerita?"
"Papa Sya dan mama dia kahwin lari la. Depa kahwin tak ada restu dari dua-dua belah keluarga. Papa Sya ada 5 orang adik beradik dan dia ialah anak ketiga. Mama Saharul anak ke dua. Papa Natasya anak sulung. Lagi dua orang adik beradik dia orang dah lama meninggal. Mama Sya pulak ada 2 orang adik beradik. Mama Sya anak sulung. Adik dia lelaki. Disebabkan perkahwinan papa Sya dan mama dia yang tak ada restu dari orang tua masing-masing, depa kena buang dari keluarga sedangkan kedua-duanya ialah dari keluarga yang kaya berpangkat. Datin Sri Sadiah tak pernah siasat dulu asal usul mama Sya. Bila dia dapat tahu, dia lagi marah sebab mama Sya anak DatiN SrI Rohana iaitu adik perempuan dia. So Papa dengan mama Sya sepupu" panjang lebar Izzkhai mencerita
"so, Izz dan Sya kahwin sepupu?" Izz mengangguk
"tapi yang hairannya,macam mana Datin Sri Sadiah tu boleh jadi nenek awak pulak kalau awak ni anak adik mama Sya. Bukan ka awak ni cucu Datin Sri Rohana?"
"sebab papa kahwin dengan mama Saharul" mulut Aqlima melopong
"so awak ni bakal adik ipar saya?"
"yes" Saharul tergelak melihat isterinya. Oops, bakal isteri
"bukan ke awak cakap dengan Sya yang awak ni yatim piatu dan dari kecik lagi awak duduk dengan Sya?"
"itu sebab Datin Sri Rohana tak dapat nak terima saya ni anak hasil dari keturunan Datin Sri Sadiah.so papa kami bagi kat mak saudara kami iaitu mama Sya"
"Izz,ada panadol tak?"
"nak buat apa?"
"saya dah pening dah dengan perhubungan Family ni"
"ala tak payah pening. Saya dengan Izz adik beradik. Sarah pulak anak bongsu. Dia ada kakak tau. Tapi kakak dia tak ada kat Malaysia. Sya tu isteri Izz. Datin Sri Sadiah dan Rohana adik beradik. Papa Sya kahwin dengan Mama Sya. Mama kami kahwin dengan adik mama Sya"
"yang saya tak faham sekarang ni, mama dengan papa awak masih ada ke atau dah.. "
"ada lagi. Kat KL."
"Harraz?"
"Harraz abang Sarah juga. Dia lahir dulu. 4 tahun lepas tuBaru Sarah lahir"
"so dia pun bakal adik ipar saya? Dan saya perlu hadap dia?saya tak boleh la kalau macam ni!"
"dia bukan dah kahwin dengan Rania ke Izz?" Saharul menyoal hairan
"ntah la. Tak kut. Aku rasa dia mana jadi kahwin. Kan dia tak setuju. Biarlah. Lagipun dia mana ada kat Malaysia"
"tak ada kat Malaysia?"
"yes. Tak ada kat Malaysia. Dia sekarang ada kat UK. Sambung study dia"
""
******
BEG sandang kesayanganya dilempar di katil bilik studinya. PSP digapai. Izzkhai memasuki bilik studi itu
"sayang"
"hang ni kenapa nak sayang-sayang dengan aku?"
"manja sikit pun tak boleh"
"tahu tak apa. Ni ada apa ni masuk bilik studi aku?"
"saya nak bincang sikit dengan awak. Saya harap awak tak melenting"
"apa dia?aku tengah lapang ni. Baik bagi tau cepat"
"saya nak awak berhenti jadi student"
"haa!!!"
"awak tak nak ke?" Sya mula berfikir. Wajah Izzkhai diliha berkali-kali
"kalau aku berhenti!hang kena janji dengan aku! Apa yang aku masak hang kena makan. And hang kena bagi balik Iphone aku. Deal!"
"ok deal!"
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Teen Fiction'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...