MASIH segar di waktu di bangku sekolah. Setiap kali terimbas membuatkan dia tersenyum sendirian
" Hari ini kita pelajar baru. Nama dia Izzkhairin "
"Izzkhairin, awak boleh duduk di sebelah Nick" Sya tersentap dan segera mendongak. Sukar hendak percaya yang budak lelaki akan duduk di sebelahnya
"Hai" tegur Izzkhairin sepatah
"Hang nak apa?" Sya menyoal keras. Jelingan maut dilepaskan. Tudubg sekolahnya dibetulkan
"aku cuma nak cakap hai"Izzkhairin mempertahankan dirinya
"aku tak layan laki blur macam hang.. Butang sampai atas..rambut sikat tepi.Urghhh tolonglah wei. Awat hang duduk sebelah aku"
"apa pulak.baru kemas macam tu"
"itu bukan comel. Itu blur"
"aku blur and blur tu comel" Sya menepuk dahinya
Suasana di dewan kembali senyao sunyi. Sya melihat Izzkhai melihat ke hadapan
Harap je senior! Blur tahan gaban
**************************
"Termenung jauh nampak. Ingatkan apa tu ? Anak mama ni dah ada yang punya ka? "
"dak aih mama. Izzkhai saja duk teringat masa mula-mula jumpa Nick " Puan Sri Suraya menggeleng. Anak lelakinya suka benar menyebut nama Nick. Sedangkan nama iru tidak ada kena mengena dengan diri Sya
"macam mana jumpa Sya? Okey ke"
"tak la mama.Dia dah banyak berubah.Izz nampak dia macam lagi kasar" Puan Sri Suraya tersenyum
"kenapa mama senyum? "
"Mama senyum la sebab nak dapat menantu baru"
"bukan ke adik dah kahwin. Tak kan mama nak kahwinkan dia lagi. Mana dia nak letak suami dia mama?"
"dah la Izz. Nanti kamu faham la" bahu anaknya digosok perlahan. Sungguh dia bertuah mendapat anak seperti Izzkhai itu. Tidak pernah lagi dirinya di lukai.Namun begitu Izzkhai sering sahaja lupa akan kasih sayang dan cinta dari seorang perempuan. Oleh itu dia mahu perempuan yang mampu mengubah Izzkhai ke arah itu
***************************
AQLIMA menjeling Harraz yang dari tadi ashik memandangnya
"awak ni dah kenapa?"
"saja la tengok. Tak akan tak boleh" Aqlima mengecilkan matanya. Harraz tersenyum senyum
" awak, saya rasa saya nak masuk meminang awak boleh ? "
" hah ! Jangan nak mengarut . Saya anggap awak macam kawan je tau "
" ala kawan apa lak " Aqlima mendiamkan dirinya
" hye guys . Buat apa ni ?" Sya mendekati mereka
"tak buat apa pun. Sya , mai la duk kat sini. Banyak benda yang aku nak tanya hang ni"
"apa dia? Bagi tahu je la"
" ni pasal hang dengan Izzkhai "
" kenapa pulak dengan dia "
" aku rasa dia suka hang " Sya tertawa. Lucu benar di benaknya apa terfikir begitu
" hang rasa ja kut. Aku nak balik dulu . Nanti kalau ada masa kita keluar eh" Sya berlalu ke keretanya . Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Hatinya tiba tiba terusik
Betul ka apa yang depa cakap? Atau perasaan aku ja? Tapi cara dia tengok aku semalam memang seram la. Walau macam mana pun aku tak akan terima lelaki dalam hidup aku. Itu yang aku harapkan. Tapi kenapa sekarang baru dia datang . Dan kenapa dia lebih berpangkat dari aku ? Patutnya aku yang dapat jawatan CEO tu. Bukan dia. Aku benci dia! Aku nak dia pergi daei hidup aku. Aku doa biar dia kahwin dengan tomboy yang boleh marah dia hari-hari. Hahahaha. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Lagi pun aku bukan kenal dia dari aku form 3 and masa tu dia form 5. Walau setahun pun dah cukup buat aku buli dia cukup-cukup. Tapi macam mana kalau dia jadi suami aku? Aku tak nak! Kalau dia jadi suami aku , aku tak dapat bayangkan hidup aku
Sya memejam matanya lama. Serabut kepalanya sejak berjumpa dengan Mr. Blur
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Roman pour Adolescents'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...