SUNYI sahaja suasana rumahnya selepas isterinya keluar dari rumah itu. Tiada sebarang khabar yang didengar.sudah hampir dua minggu tidak pulang. Bukan dia tiada usaha mahu mencari,tetapi memang tiada. Aqlima,mamanya, mama Sya, saharul dan semua kenalan Sya sudah ditanya. Hatinya ragu-ragu dengan Zayn. Zayn seperti menyembunyikan sesuatu dari pandangannya
"bro,ada nampak Nick?" Izz menyoal kepada kawan-kawan Sya. Semuanya menjawab yang Sya tidak berjumpa mereka. Zayn hanya ketawa kecil
"Zayn!aku nak cakap dengan kau kejap"
"aku?hahaha!jap beb!suami Nick ni panggil aku pulak" mereka menuju ke tempat yang sunyi sedikit
"Sya mana?" Zayn ketawa melihat Izzkhai
"aku tanya kau!aku tak bergurau dengan kau"leher Zayn dicekak rapat ke dinding
"bro,baik kau lepas. Kalau la Sya tahu kau buat macam ni kat aku,kau ingat dia boleh terima ke?" perlahan-lahan tanganya dialihkan. Seperti tidak percaya seperti apa yang lelaki berambut perang dan berbaju gaya hipster itu
"baik kau cakap!kalau tak!pecah muka kau"
"bro,apa kata sebelum kau pecahkan muka aku, kau fikir balik apa yang kau dah buat dengan dia. Huh!" Zayn merengus dan berlalu dari situ. Ingatannya kembali melayan sunyi di rumah. Perlahan-lahan dia mengimbas apa yang terjadi semasa tempoh perkahwinannya. Memang dia bodoh hendak menilai perasaan orang. Dia tidak tahu erti sayang yang sebenar atau cinta. Bibir yang mengungkap hanya menjadi hiasan sahaja kerana itu sahaja jalan menenangkan hati isterinya. Saharul dan Aqlima tidak lama lagi akan diijabkabulkan. Cuma tinggal satu minggu sahaja lagi. Dia pasti Sya akan datang di hari itu
******************
"hang ni Sya!biar betul tak nak datang?sampai hati!aku bakal jadi kakak ipar suami hang tau. Aku dengan hang jadi biras. Huhuhu. Tak kemana"
"aku bukan apa wei,aku tak nak jumpa dia dah. Nanti kalau aku jumpa pun bila aku dah sedia nak suruh dia lepaskan aku"
"Sya!hang pikiaq la. Hang dengan dia baru berapa bulan kahwin. Sya, lagi seminggu ja. Please datang. Aku nak hang ada masa aku akad nikah,masa aku kat atas pelamin, masa aku dapat baby. Hihihihi"Sya melihat sahaja television. Malas dia hendak melayan. Hatinya dah tak ada buat suaminya. Dah try dah. Malas la. Dengan Rania tu. Ishh, kalau diikutkan hati, memang nak penendang ja muka
"aku cakap banyak-banyak ni hang dengaq dak"
"haa!dengaq!"
"apa yang aku cakap?"
"ala hang ni!"Sya mengiring ke tepi
"Sya!hang nak tau!kalau hang buat lagu ni!betina tu menang tau. Hang nak dia dapat Izz?"
Air di atas meja dihirup sedikit. Dia melangkah ke bilik
"ha! Tu nak pi mana?asal aku membebel ja masuk bilik"
"Aqlima, I need time. Apa pun jadi,jangan habaq nah dekat Izz yang aku ada kat sini. InsyaAllah aku datang masa majlis kau"Sya mengawal suaranya.perlahan sahaja pintu ditutup
************
NATASYA membetulkan duduknya. Rania duduk di sebelah Natasya sambil menonton television
"beb,kau okey?I look you so moody"
"aku okey la Tasya. Tasya,kau ada tak plan?"
"plan apa kau ni?"
"plan la. Aku punya ex-boyfreind tu dah kahwin!aku nak dia balik walau aku dah reject dia"
"ala,kau goda la dia. Apa susah?"
"memang la tak susah. Masalahnya dia tu!dia tu macam setia sangat dengan isteri dia"
"dah tu memang la. Kau ni pun satu!dah dia kahwin. Memang la dia kena setia. Ni,kau sibuk sangat nak dia, kau punya balak macam mana?"
"siapa?si Harraz tu? Aku tak nak la. Buat apa aku ambil dia kalau aku nak abang dia?"
"beb!kau serious? Kau ni memang la" Rania ketawa jahat.Natasya menggeleng sahaja. Telefonnya berdering
"hello"
"hello Tasya!"
"hai! My lovely cousin. Kau sihat? Rindunya aku. Weyh! Bila kau nak jumpa aku?rindu nak sentuh rambut macho kau"
"tak payah macho sangat la. Rambut aku dah panjang. Aku cuma nak tanya kau, kau free tak esok?"
"esok?ala!masa aku busy kau nak jumpa. Macam ni, apa kata minggu depan?"
"aku pulak busy. Ni la, nanti ada masa aku call. Aku bagi tahu bila kita jumpa. Masa tu kau dapat pengang rambut macho aku. Aku nak kerat rambut esok"
"okey!bye my lovely cousin.muahhhxx!" Tasya menamatkan panggilannya. Rania merenung pelik
"siapa call kau ni?nak muntah aku tengok. Laki ke perempuan"
"secret. Mana boleh bagi tahu kau. Dah la! Melayan kau, tak siap kerja aku" Natasya bangun meninggalkan Rania
"alah!kau pun duduk saja je kat sini tadi. Kerja apa nya!"
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Teen Fiction'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...