JAM sudah tepat 4 pagi. Bayang Sya masih belum kelihatan. Apa yang membuatkan perempuan itu marah pun dia tidak tahu. Rania hanya pembantunya si pejabat. Secetery namanya. Izzkhai meraup mukanya. Diambil telefon. Dia melihat Whatsapp . Sya online
Awak,awak kat mana?saya rindu:'(
Hanya tanda dibaca sahaja. Izzkhai membiarkan telefonnya. Siling yang kosong. Seketika itu terdengar bunyi telefonnya tanda ada pesanan dari aplikasi itu masuk
Hang nak apa lagi?aku dah fade up hidup la.Malas aku nak layan
Izzkhai mengeluh. Tiada idea mahu membalas. Baik diam sahaja dari membalas. Perlahan-lahan matanya terpejam selepas mengimbas kejadian-kejadian yang terjadi dalam hidupnya bergelar suami
*****
Matanya dibuka selepas terasa silau di matanya yang tidur dengan sedikit terbuka.terlihat Sya menyingkap langsir yang menutupi pintu gelongsor di biliknya. Bilik yang menyambung kan koridor yang memuatkan satu set meja dan juga mini library
"bangun la. Dah pagi. Flight pukul 11. Ni dah pukul 7" terdengar suara Sya
Aik!lembut gila cakap dengan aku. Ke ni saka dia? Ni hantu ke. Baik aku try dia apa-apa soalan. Mana tau ni bukan isteri aku. Alien dari Marikh datang ke
"Aku cakap bangun! Termenung tengok aku pasai pa! Aku ada nampak macam saka ka"
Sah ni bukan isteri aku. Dah dapat baca fikiran aku ni
"Izzkhairin! Awat dengan hang. Tak akan la hang cacat sebab apa yang aku Whatsapp kat hang. Masa tu aku marah"
"ni Sya kan. Bukan hantu?" Sya ketawa kecil. Kepalanya digeleng. Tuala yang dilipat kemas dilempar ke arah suaminya
"Izz, bagi tau kat aku, hantu mana yang nak kejut hang? Dia pun tak mau la kejut. Nanti hang belit sana belit sini sampai dia pun dah tak nak cakap dengan hang. Satu lagi! Awat tak bagi baju hang yang kotor kat rumah kita tu?semalam aq pi sana busuk satu rumah. Agak-agak la kalau malas. Ni dengan baju yang busuk lempar dalam laut pun ikan mati bro . Apa cita la hang ni. Ni mak habaq mai, aku dah susun cantek punya tempat buku hang. Awat hang ubah. Hang kan tau aku tunggu Mama panggil aku ja ganti syarikat mama. So aku bosan duduk rumah. Dengan nak menghilangkan rasa bisan aku buat semua tu. Tapi hang ni gatal sangat nak ubah. Sekali lagi aku dah buat perfect macam tu hang ubah siap la" Sya duduk di kerusi yang terletak di meja solek. Izzkhai membuka matanya selepas perasan yang Sya telah habis bercakap
"aku cakap tidur!asal cakap je ada la benda yang hang nak buat. Dah la. Pi la mandi. Cepat la turun. Nanti NENEK hang tu marah aku"Sya berjalan ke pintu bilik lalu keluar
Fuhhhhhh!berdesing beb telinga aku. Nasib baik la aku jadi suami hang Sya. Kalau la orang lain aku tak tau la. Anyway, leteran seorang isteri tu jadi halwa telinga seorang suami. Aku ta dapat bayang macam mana kalau aku tak ada hang dalam hidup aku Sya. Aku tak kisah la hang siapa. Tapi aku tetap sayang hang
******
"EMM! harap-harap pergi honeymoon ni dapat la hasil!" kata kata pedas dari Datin Sadiah sudah berbunyi. Sya tersenyum tawar sahaja lalu mengucup tangan neneknya
Macam yang aku habaq la. Nasib baik hang tua. Kalau hang muda lagi. Hang memang menempah maut dari aku la. Aku sabaq sebab ada mama kat sini. Kalau tak, aku lancarkan orang tua ni ke roket
"apa mak cakap macam tu kat budak-budak ni"
"betul la apa mak cakap. Pergi 3 hari. Tak akan la tak buat apa-apa lagi" Izzkhai melihat Sya yang sedari tadi menunduk sahaja
"kami pergi dulu la"Izzkhai tersenyum. Beg dan bagasi mereka dimasukkan ke dalam kereta. Puan Sri Suraya dan Sarah memeluk Sya terlebih dahulu
*****
PENERBANGAN kelas pertama itu sedikit membosankan kerana Izzkhai telah melelapkan mata. Sya tidak tahu mana la Izzkhai membawa dirinya. Sya masih teringat nama yang tertera di skrin telefon milik Izzkhai. Siapa Rania? Seperti pernah nampak sebelum ini. Entah-entah ada kena mengena dengan Sya. Sya memandang ke luar tingkap. Permandangan yang cantik dari atas itu dipandang kosong. Sedari tadi hatinya tidak tenteram dengan peristiwa semalam. Persoalan yabg tidak munasabah masuk ke dalam fikirannya
"maafkan saya, boleh puan kejut tuan Izzkhairin?" seorang perempuan datang dengan memegang fail. Sya tersenyum dan memberi anggukan
"Izz, bangun la. Ada orang nak cakap"
"sat la. Saya nak tidur. Belum pagi lagi" tangan Sya dipeluk. Satu tamparan spontan diberi. Izzkhai terus terjaga
"aku kata ada orang nak jumpa. Sat belum pagi apanya"Sya menunjuk ke arah perempuan itu
"eh, tina. Awak ikut saya?"
"saya incharge je. Kan saya kena jaga apoinment tuan"
"ouh. Lupa. Nanti turun kat Korea awak pergi kat Syarikat saya" terus wanita bernama Tina itu menghilangkan diri
"Korea?"
"yea,our honeymoon destination"
"macam mana? Macam mana tau yang korea tu .."
"say tahu masa awak whatsapp dengan Aqlima. Saya nampak. Awak rindu dia. So kita honeymoon. And awak boleh jumpa dia. Awak boleh jumpa Shaharul sekali kan" Sya tersenyum manis
"thanks. Because pilih tempat tu"
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Teen Fiction'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...