Suasana bising kelas tidak dihiraukan olehnya. Jam dilihat sekilas. Entah bila waktu rehat. Guru kelasnya tidak pula mahu masuk. Ada mesyuarat katanya
"Sya! Kita nak pergi mana lepas ni" Aqlima bertanya ringkas. Sya menjungkit bahunya
"aku bosan la. Apa kata kita pergi kelas form 5 kejap. Kita tengok budak blur tu ada ke tak da"
"boleh gak!aku pun nak buli dia ni. Bosan gila dah ni"
Mereka terus keluar kelas. Tangga dinaiki perlahan. Tiba-tiba loceng berbunyi. Sya dan Aqlima menepuk tangan mereka tanda bagus. Pelajar-pelajar lain sudah bertempiaran lari bila mendengar bunyi loceng. Sya mengintai di dalam kelas itu. Ternampak satu susuk tubuh sedang memadam perkataan di papan tulis. Sya membuat isyarat diam supaya budak itu tidak ternampak mereka. Sya mendekati budak itu. Lipas mainan dikeluarkan. Banyak juga dia bawa keluar
"Nah LIPASSSSSSS" lipas mainan itu dilempar
"Makkkkk Lipassssssssss"jerit budak lelaki itu. Sya dan Aqlima sudah tergelak terbahak-bahak. Budak lelaki yang memakai tag nama Izzkhai itu sudah mengesat matanya apabila menyedari Sya dan Aqlima tergelak
"apa yang hang pa nak?" cermin matanya dibetulkan. Sya menahan gelaknya melihat Izzkhai begitu. Sya mendekati Izzkhai. Dirapatkan wajahnya hingga Izzkhai menutup mata. Sya lantas mengambil cermin mata dan membawa lari
"wei!bagi la balik!aku tak nak main-main"Izzkhai menjerit perlahan. Aqlima mula serba salah
"Sya! Dah la tu. Kesian kat dia"
"ouh nama hang Sya!"
Muka Aqlima dipandang lama. Aqlima menjungkit bahu melihat Sya. Sya membuat muka sepuluh sen
"apahal sebut nama aku depan mamat sengal ni!"
"aku tak sengaja"
"urghh.. Geram pulak aku. Berapa kali aku nak cakap!panggil aku nick!aku nick. Bukan sya lagi aqlima"Sya melempar cermin mata Izzkhai
"Oh mak Jatuh mampos aku beruk" Izzkhai melatah . Sya menghentikan langkahnya. Kolar baju lelaki itu dicekak
"hang panggil aku apa?"
"tak. Aku melatah tadi" Sya menampar dahi Izzkhai. Pening lalat budah itu
"maafkan kawan saya ya" Aqlima meminta maaf sebelum mengikut Sya dari belakang
*********
"Esok hang jumpa aku kat belakang sekolah. Aku nak jumpa hang. Ada pekara yang belum selesai di atara kita" Satu nota yang diletakkan di bawah mejanya dipandang sekilas
"woi!ada sapa-sapa letak nota ni kat bawah meja aku tak!" Sya bertanya di dalam kelasnya. Segenap kelas kaku memandang Sya. Sya mengeluh
"Ada tak!"
"tak ada. Kami tak letak" jawab mereka serentak. Sya ingin ketawa . Tetapi dibatalkan niatnya apabila dia nampak kelibat Izzkhai lalu. Marahnya mula meluap-luap. Tetapi singgah satu perasaan aneh. Tangannya sejuk. Mukanya panas
Apa kena dengan aku ni?kena rasuk jin ka. Asal nampak dia mesti sejuk tangan aku. Asal? Aku suka dia ke? Ke aku shok sendiri
"Sya" suara-suara halus memanggil. Sya tidak mempedulikan panggilan namanya. Sya terasa ada satu tamparan hinggap di bahunya. Tanganya sudah dikepal membuat penumbuk
"Budak bangang mana berani sangat sentuh ak......"terkesima Sya melihat guru kelasnya cikgu Wan dihadapannya. Seisi kelas menjerit kecil. Ada yang menutup mata tidak sanggup melihat
"Apa nak jadi dengan kamu ni Sya" suara kecil Cikgu Wan kedengaran. Sya tersenyum menunjuk giginya yang berderet itu
"Selamat Petang Cikgu" ketua kelas memainkan peranan. Ini waktu yang terakhir di dalam senarai jadual
"hari Ni saya banyak kerja. So saya nak kamu buat kerja sendiri. Saya nak kamu semua diam dan buat aktiviti sendiri"
Sya duduk di tempatnya. Aqlima yang sedari tadi membaca buku,melihat Sya yang tidak tentu arah sedari tadi"woi,duduk.apsal nampak cam kucing nak beranak ni"
"hang balik dulu eh!aku balik lambat sikit. Ada kerja" Sya terus duduk di tempatnya. Buku Sains dibuka. Nota itu diselit di dalam halaman yang ingin dibacanya. Hatinya mula tertanya-tanya. Siapakah gerangan makhluk yang berani jumpa dirinya
******
Sya duduk di belakang sekolah. Tudungnya dibetulkan sedikit. Kelibat seorang lelaki mendekatinya. Nampak seperti seorang yang hot sahaja
"Nick!" Sya tidak memaling lagi. Dia kenal sungguh suara itu
Ala. Tak akan la mamat blur ni yang nak jumpa aku. Aku dah gementar semacam ni. Aku suka dia ka. Aku cinta dia ka
"Sya!semenjak aku kenal hang. Aku rasa seronok sangat walaupun hang buli aku. Aku suka hang" sya ingin beredar dari situ. Tapi dia terasa seakan akan tanganya ditarik
"serious. I love you"
"hang gila ka. Aku ni bukan suka laki" tipu Sya untuk mengelakkan diri
"I know you here" tangan Sya diletakkan di dadanya
"-_-#"
*****
"Termenung jauh nampak. Ingat apa tu?"
"haa... Tak ada apa lah. Just nak plan mana yang kita akan pergi nanti"
"ouh. Okey. But make sure tempat tu tak ada lipas macam mula-mula kita kenal tau"
Mak aih! Sah suami aku pandai baca fikiran aku. Nampak sangat. Aku tak cakap apa pun dia tahu yang aku tengah fikir fasal lipas yang aku lempar dulu. Apa spisis dia ni. Alien pada planet mana la
"Sya!dengar tak saya cakap apa tadi"
"ha.. Aku .. Aku dengar"
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Teen Fiction'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...