SYA merenung kedua-dua ibu bapanya. Terasa ingin lari sahaja
"Sya will be CEO wife la lepas ni"
"papa buat lawak apa ni. Sya baru 23 tahun. Muda lagi la. Lagi pun Sya tak nak dan tak akan kahwin. Kalau mama dengan papa nak paksa Sya juga! Sya keluar dari rumah ni"
"cuba la lari. Kawan-kawan Sya papa dah pesan jangan tolong Sya kalau berkaitan kahwin ni. Kereta pun papa dah ambil kunci. Ducati jangan harap papa nak bagi. Oleh itu jangan harap boleh terlepas dah"
"papa!Sya tak nak kahwin"
"siapa lagi nak dekat Sya kalau depa tau yang Sya ni tomboy macam ni. Papa dengan pendirian papa. Kahwin tetap kahwin"
*******
"KAU ni apasal? Muka macam jamban tak siap?"
" hang ni Harraz kalau mulut tak macam longkang tak boleh en? "
" aku tanya je. Mana tahu ada problem. Boleh aku tolong"
Sya melihat telefonya yang sedari tadi ashik berdering"siapa call tu? Jawab je la. Mana tahu ada benda penting. Kau ni susah la beb. Pakai iPhone .Tapi binggai"
"malas la aku nak jawab. Bukan penting pun. Papa aku yang call"
"alah. Papa call jawab la"
"aku cakap tak nak tak nak la. Apsal hang ni. Dah la kata aku bingai. Hang bingai hang tak tau" Harraz dijeling tajam. Panas hatinya melihat lelaki begitu
"habis tu ? Cuba la kau cerita kat aku apa problem kau"
"aku kena paksa kahwin la. Papa aku buat hal la" Apa lagi , air yang diminum tersembur keluar
"dengan sapa "
"Izzkhairin la"
Tawa Harraz memenuhi ruang bilik Sya. Sya melempar bantal nya. Makin galak pula dia digelakkan dengan Harraz
"gelak la gelak. Aqlima ada orang lain baru padan muka kau en . Hahahahaha" gelak Sya pula yang menghiasi biliknya. Harraz terdiam
"mulut jaga la. Aku sayang dia"
"habis tu? Aku ni lagi la. Budak blur tu. Aku betul-betul tak faham la"
"untung apa dapat laki blur. Nanti first night kau dia buat tak tau je tau. Siap boleh main ps2 lagi" Sya menumbuk bahu Harraz
"hang pasai pa duk fisrt night pulak! Bodoh la. Ni hang pi la tolong mama kat dapur . Masak ka apa ka"
"alah! Patut dia anak dara yang tolong. Aku pulak. Blah ha. Dah la masa kat KL langsung tak jumpa aku" Harraz menutup pintu bilik. Sya terus mengunci pintu biliknya. Mukanya ditekup dengan bantal
"kalau la aku kahwin dengan dia, apa la nak jadi dengan aku"
Telefonnya berdering lagi.Sya merengus lalu menjawab. Sakit benar hatinya
"asalamualaikum. Papa! Nak apa lagi"
"...."
"saya pergi sana sekarang" Sya menyarungkan jaketnya. Kereta Mercedes Benz mamanya dibedal.Mamanya dan juga Harraz juga sudah tiada dirumah. Kereta evonya juga sudah hilang entah ke mana.Pedal minyaj ditekan laju. Fikirannya mula menerawang entah ke mana. Pelbagai pekara mula dibayangkan. Sya melihat lampu merah di hadapan. Kereta diberhentikan . Lambat benar. Kereta tiada pula yang lalu lalang. Kali ini kalau kena saman pun saman la. Dia tidak kisah. Kereta yabg dipandunya terus menuju ke pintu masuk Island Hospital . Kereta di lock pantas. Tiada masa lagi untuk menunggu. Kakinya pantas berlari ke wad ICU. Sya melihat Harraz, Izzkhai dan Aqlima sedang menunggu. Mamanya dan Puan Sri Suraya duduk. Puan Sri Suraya mula menenangkan mamanya . Aqlima berjalan mendapatkan Sya. Dipeluk kawan baiknya
"sabar Sya. Bawak bersabar banyak-banyak" Sya yang keliru menolak sedikit tubuh kawannya
"apa sebenarnya yang jadi ni. Kenapa tak bagi tahu aku. Kenapa !"
Izzkhai mendekati Sya. Sya merenung tajam. Kolar baju Izzkhai ditarik kasar"apa dah jadi dengan papa aku!" matanya mula merah menahan geram. Sya dipeluk erat. Kini hanya tangisan lembut didengar Izzkhai
"jom masuk. Saya temankan awak tengok papa awak Sya" Sya melihat Izzkhai memimpin tangannya.Pintu bilik wad kelas pertama itu ditolak perlahan. Kakinya bagai tidak memijak tanah lagi. Air matanya merebes di pipi nya. Izzkhai melihat sahaja gadis tomboy itu terduduk di atas lantai. Jaket yang dipakai ya dibetulkan perlahan oleh Izzkhai
"banyakkan bersabar Sya. Semua ni ada hikmah"
"apa lagu aku nak sabar! "tangan Izzkhai ditepis tatkala tangan itu mendarat di bahunya
"nampak tak apa jadi! Papa aku dah mati! Aku benci hang Izzkhai ! Aku benci hang! Aku benci " Sya berlari keluar dari wad itu. Aqlima dan Harraz melihat sahaja. Puan Sri Zalina menahan sebak. Puan Sri Suraya cuba menenangkan keadaan
"sabar la. Bukan senang dia nak terima. Pergi la tengok dia " Izzkhai menyuruh Aqlima menemani Sya
"saya rasa baik awak yang pergi"
"betul tu Izzkhai. Pergi la pujuk dia" Puan Sri Zalina memegang lengan Izzkhai. Izzkhai melangkah ke arah Sya yang duduk termenung. Tempat disebelah Sya menjadi tempat duduknya
" aku minta maaf " Sya melihat Izzkhai. Suaranya ditahan dari bunyi getaran. Tetapi tetap tidak boleh
"saya faham. Awak tak salah. Saya pun nak minta maaf"
YOU ARE READING
Mr Blur Mrs. Tomboy
Teen Fiction'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang bermusuh sewaktu ketika dahulu dijodohkan oleh Papa Sya iaitu Tan Sri Adam.Pelbagai dugaan yang perlu...