-김새라 p.o.v
"lambat balik Kim Saera" pintu rumah yang dibuka secara perlahan itu tiba tiba sahaja ditutup dengan kuat.
pandangan diarahkan ke sofa. susuk tubuh omma dan appa amat mengejutkan aku.
"keluar dengan yoongi" balasku dengan bersahaja. pantas kakiku menuju ke tangga untuk masuk bilik.
"kenapa kamu lari bila appa kenalkan kamu dengan mark lee?"
pertanyaan appa membuatkan aku berfikir. mahu jujur atau tipu sahaja?
"kenalan di Canada"
"kenapa kamu buat kenalan kamu seperti itu? bolehkan kamu tegur dia secara baik. ini tidak kamu terus keluar"
mataku digulingkan ke atas. malas aku mahu bertekak mengenai mark lee.
"kamu dah ada teman lelaki?"
langkah yang sepatutnya pantas tiba tiba diberhentikan kerana terkejut.
anggukan diberi. aku tahu sangat appa mesti nak kenankan aku dengan mark lee.
"siapa?"
"yoongi" laju mulut ku menjawab. ehhh tapi... kenapa aku jawab yoongi.
"ouh. appa baru nak kenankan kamu dengan si mark tu tapi kalau kamu dah ada boyfriend, nampaknya appa kena tolak pinangan mark tu"
sudahkan aku bilang. aku kena minta tolong yoongi ni jadi fake boyfriend aku.
pintu bilikku dibuka dengan pantas. handphone ku sibuk mendail nombor yoongi.
kring kring. nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.
haish yoongi ni baru berapa minit tidak berjumpa terus taknak angkat panggilanku.
kring kring
"yah min yoongi. kenapa susah nak angkat call aku" marahku.
"yoongi...." masih tidak disahut.
"hello ini kawan kepada encik min yoongi ke?" suara menerusi telefon itu cuba untuk aku tafsir. siapa pegang telefon yoongi ni.
"encik minyoongi kemalangan" gugur lemah jantungku mendengar perkataan kemalangan.
"ini panggilan dari mana ye?"
"Seoul Hospital"
"baik terima kasih sebentar lagi saya datang"
panggilan dimatikan. ya tuhan, waktu waktu sebegini lah kau mahu kemalangan yoongi.
kunci salah satu kereta appa aku ambil. terus dipandu keluar.
appa
pa, saera keluar ke hospital dulu.
yoongi kemalanganpesanan ringkas aku berikan kepada appa supaya dia dan omma tidak risau tentang diriku.
⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。
"hi. saya kim saera, penjaga kepada encik minyoongi. di mana ye wadnya?" nurse di kaunter sibuk mencari nombor wad yoongi.
kenapa lambat sangat system ni. hati aku sudah berdegup dengan laju sebab risaukan yoongi.
"wad 6A ye puan"
aku berlari sepantas mungkin tapi sebentar. wad 6A bukan ke wad biasa? yoongi ni kemalangan apa ni?
pjntu wad 6A aku buka. terlihat doctor yang sedang membalut kepala yoongi.
"yoongi?" panggilku.
doctor dan pesakit yang dirawatnya itu memandangku. betullah tu yoongi. mukanya calar.
"puan ni isteri encik yoongi ya? encik yoongi cuma kemalangan ringan. tiada apa yang serious. cuma dia perlukan rehat. saya keluar dulu ye. apa apa cuma tekan button yang berada di tepi katil encik yoongi" ujar doctor yang merawat yoongi.
sejak bila aku isteri yoongi? aku hanya memberi senyuman kelat kepada doctor. pandangan dialihkan kepada yoongi. bukan main suka lagi dia.
"macam mana kau boleh accident ha min yoongi?"
"aku terbabas sikit je. ada kereta yang datang menghala kat aku."
dah kenapa kereta tu tak boleh nak ikut jalan yang ditetapkan kerajaan? mabuk agaknya pemandu tersebut.
"kau ada sakit mana mana tak? kau ada nak apa apa?"
"takde saera, aku okey je. kau dah ada kat sini pun aku okey"
senyuman yang manis dia berikan aku. dalam pada kami berborak borak kosong, baru aku teringatkan kisah tadi.
"yoongi...." suaraku dimanjakan tanda seperti ingin meminta tolong
"apa?"
"tolong aku boleh?"
pandangan yang serious yoongi berikan. yoongi memang yang jenis bila aku cakap aku nak minta tolong dia takkan menyampuk sampai aku selesai memberitahu segalanya.
sudah aku ceritakan dari awal sampai akhir kejadian yang berlaku di antara aku dan appa.
yoongi pada mulanya dia seperti tidak percaya tapi aku yakinkannya lagi dengan kaitkan mark."kau gila ke saera, macam mana kalau appa kau suruh aku kahwin dengan kau?"
"takkan punya, yakin sahaja cakap aku. yang penting aku dapat elakkan diri daripada berkahein dengan mark lee."
"kau kahwin sahajalah bersama mark lee"
"kau nak tengok aku sakit ke yoongi"
"yelah yelah aku gurau je saera oi"
"jadi sekarang ni macam mana?"
"kau aku kita fake couple?"
muka yang terkejut diberikan oleh yoongi. aku tak tahulah keputusan ni betul ke tak, tapi appa dah beranggapan yang yoongi ni boyfriend aku.
anggukan perlahan diberikan yoongi. maksudnya dia setujulah kan nak bantu aku? kan kan kan?
"tapi dengan syarat saera. satu, andai kata appa kau menyuruh kita berdua kahwin dan waktu tu kita tiada perasaan suka antara satu sama lain, aku nak kau ceritakan perkara sebenar kepadanya.
dua, andai diantara kita berdua jatuh cinta, boleh luahkan lah mana tahu kita boleh kahwin terus"
lengan sasa yoongi aku pukul. dia punya bergurau tak boleh bawa gurau ye.
"aku yakinlah, takkan ada punya perasaan tu" yakinnya kau saera.
"ouh kepala kau tu yoongi, kau terhantuk kat stereng kereta kau ke?"
"taklah saera, aku terhantuk dekat kedai makcik park tadi"
ouh loya buruk kau ye yoongi. tunggu kau. mata aku tiba tiba sahaja teralih ke arah pintu wad yoongi, kelihatan seperti ada orang sedang memerhati aku dan yoongi.
siapa tu?
YOU ARE READING
[C] RETURN ; min yoongi
Fanfiction"untuk cinta yang cantik" first publish ; 2016 rewrite ; 3 September 2022