23

74 8 0
                                    

-김새라 p.o.v

mataku dibuka. aku baru sedar dari pengsan selepas hidup bau yang --- aku sendiri tidak boleh tafsir.

tanganku diikat di kerusi. aku dimana? aku tak sangka jisung park itu yang buat segalanya. ya dialah yang mencerobohi rumahku tempoh hari dan dialah yang menculikku.

ya tuhan, bagaimana dengan hyunsuk. dia mencari aku tak? lubang yang memancarkan cahaya luar aku lihat. kenapa seperti ada seseorang disitu?

seseorang yang diikat sama seperti aku cuma dia tidak berada di kerusi. perfume ini, perfume--- hyunsuk!

aku cuba sedaya upaya menggerakkan diriku ke arah hyunsuk. tolong tolong hiks. aku mahu ke arah hyunsuk.

"suk ah" panggilku dengan tangisan.

disebabkan aku lah hyunsuk begini. hiks aku tidak boleh melihat hyunsuk sakit begini. maafkan aku hyunsuk. aku tidak tahu pula jisung itu obses dengan aku semenjak dari zaman sekolah.

"suk" panggil ku sekali lagi apabila kerusi yang aku duduk tadi aku cuba jatuhkan bersama diriku. sekarang kerusi ini juga terlentang dan aku terbaring sama seperti hyunsuk keadaan aku.

"suk" aku memanggilnya menggunakan kaki memandangkan kakiku tidak diikat.

"ughhh.. sunshine?" balasnya. ya tuhan syukur sahaja hyunsuk masih boleh response.

"suk, hiks hiks macam mana suk boleh ada dekat sini?"

"sunshine, janganlah nangis. tak cantiklah" dia masih lagi boleh senyum dengan keadaan sebegini.

aku boleh melihat muka hyunsuk dengan bantuan cahaya luar. calar balar mukanya dibelasah anak anak buah jisung.

"suk, aku minta maaf, sebab aku kau jadi begini"

"sunshine, awak tak salah apa apa pun. saya bersyukur tahu awak selamat disini"

hyunsuk baik sangat. bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan aku yang selalu menimbulkan masalah.

bunyi pintu dibuka tanda ada orang masuk.

"saera sayang, awak dah bangun ke? macam mana awak boleh terlentang di situ sayang?" jisung cuba memegang aku tapi aku menepisnya.

aku tidak mahu tangan jijiknya menyentuh aku.

"sayang kenapa main kasar ni?"

"jisung, lepaskan aku. kalau kau tidak mahu lepaskan aku, lepaskan hyunsuk. dia tidak bersalah dalam hal ini"

"lepaskan hyunsuk sahaja? kau fikir yang selamatkan kau hyunsuk seorang sahaja ke?"

apa maksud jisung? ada orang lain lagikah yang datang?

"yoongi. kau ingat dia tidak hadir? dia ada dibilik sebelah. bilik giliran untuk menunggu mati"

tidak, tidak mungkin. tolonglah jangan apa apakan yoongi.

"sayangnya dia pada kau saera, dia lupa ingatan pun masih boleh sayangkan kau. kau mahu kebenaran apa yang terjadi sewaktu kemalangan di Korea dan kemalangan di New Zealand?

aku puncanya saera! aku puncanya! aku tidak mahu kau bersama yoongi saera! bila yoongi sudah hilang ingatan, dengan bantuan sarah yang meyakinkan yoongi dia itu girlfriendnya, aku fikir aku boleh memilikki kau selepas itu.

tapi tidak. tiga ketul mamat lain pula yang hadir. selepas aku bunuh mark dan jungkook. aku mahu bunuh hyunsuk. selepas itu baru si yoongi."

apa? jisung bunuh mark dan jungkook? patutlah sudah lama aku tidak melihat mereka. tangisan aku sekali lagi pecah. dua orang sudah mati kerana aku.

"pilih sekarang saera. sama ada aku, hyunduk atau yoongi"

aku tidak mahu memilih. biarkan mereka selamat. ambil sahaja nyawaku ini.

beberapa seketika kemudian, siren polis kedengaran.

"shit siapa yang panggil polis?!" marah jisung. matanya terarah ke hyunsuk.

"kau ya yang panggil polis?" kolar baju hyunsuk di cengkamnya.

hyunsuk hanya senyum sinis, aku juga pasti itu kerja hyunsuk.

"baillah kau main kasar ya. kau sini ikut aku" tubuhku ditarik jisung

"korang angkat mamat tu. ikut aku bersama"

"macam mana dengan yoongi boss?" tanya salah seorang anak buahnya.

"biarkan sahaja dia di bilik itu. sudah mahu mampus"

sudah mahu mampus? apa yang dia buat pada yoongi. ya tuhan kau selamatkanlah yoongi

"letakkan senjata anda" arah seorang polis selepas mengepung aku, jisung dan hyunsuk yang dipegang oleh anak buah jisung.

"kau mahu mereka semua selamat? ayuhlah langkah mayatku dulu atau-----"  mataku mula membulat apabila sepucuk pistol mula diletakkan dikepalaku

"atau gadis ini dibunuh. selepas itu aku bunuh diri supaya kami berdua hidup bahagia disana" gelak jisung. mental sudah jisung ini. aku takut. takut sangat sangat.

aku memandang hyunsuk, dia juga lemah. aku kesian dengannya yang membantu untuk selamatkan aku. akhir akhir dia pula hang dipukul dan dibelasah.

"YAH PARK JISUNG!!!" jerit seseorang. aku memandang ke arah suara itu. itu yoongi. aku melihatnya dia seperti mengerang kesakitan di bahagian perut. bajunya juga penuh darah.

yoongi kau baik baik sahajakan?

"le--lepaskan dia park jisung" arah yoongi.

"lepaskan dia? ha dalam mimpi kau. atau aku patut bunuh kau dahulu? atau mamat ini?" pistolnya diacu acukan diantara hyunsuk dan yoongi.

aku memandang mata yoongi. dia seperti ingin berkomunikasi menggunakan mata. aku seperti mendapag isyarat, mula berfikir apa yang aku perlu buat.

sementara menunggu masa yang sesuai, aku memandang ke arah hyunsuk. hyunsuk tolong bertahan. sedikit sahaja lagi.

1
2
3

perut jisung aku siku. dia mengadu kesakitan. aku berlari sepantas mungkin ke arah yoongi yang hanya berjarak sedepa.

"tak guna!" jisung acukan pistol ke arah aku dan yoongi.

BBAM!!!

BBAMM!!!

bunyi tembakan kedengaran diseluruh gudang.

[C]  RETURN ; min yoongiWhere stories live. Discover now