08

111 7 0
                                    

-알 수 없는 (unknown) p.o.v

aku tak kira, aku kena dapatkan saera. walau susah macam mana sekali. aku takkan benarkan yoongi yang dapat saera.

kalau dia mahukam saera, langkah mayatku dahulu. sudah penat lelah aku selamatkan nyawa saera dahulu, semudah itu dia lupakan aku.

number yang dikenali aku dial.

"laksanakan tugas kau sekarang sebagai penembak terhandal, andy park"

"baik boss" balasnya menerusi panggilan.

saera sayan. you only mine.

ෆ¯ࡇ¯ෆ

"aigo yoongi, macam manalah kamu boleh acciddent ni" kepalanya dibelek belel oleh tuan kim.

"kamu ada cari gaduh dengan orang luar ke yoongi." gelas ditalam di bawa kehadapan oleh puan kim.

"takde pape pun aunty uncle. saya okey sahaja. saya kan kuat. kalau saya lemah bagaimana saya nak jaga saera" tersenyum sipu saera disitu.

"amboi. bila lah kamu berdua declare untuk bersama ni. omma tak tahu pun."

"heheehe secara tiba tiba sahaja aunty" kepala yang tidak gatal digarau yoongi. maklumlah sedang malu.

"esok kamu tidak perlulah datang kerja ye yoongi. risau pula appa nak benarkan kamu kerja dengan keadaan begini"

terbeliak mata yoongi. adakah tuan kim baru sahaja gelarkan dirinya sebagai appa? maksud yoongi, appa kepada yoongi....

"app--ppa?" gagapnya.

"kenapa nak panggil appa dan omma dengan panggil uncle aunty. kan kamu sudah sebahagian dalam keluarga ini. sebahagian dalam hidup saera lagi"

"appaa ish malulahh" saera menekup mukanya menggunakan bantal.

"ha yoongi, bersih bersihkan lah diri kamu dekat bilik tetamu ye. nanti omma sediakan baju. ada lagi dulu baju baju appa kamu waktu muda. muatlah dengan kamu rasanya."

"handsomekan saya masa muda muda dulu awaknya hehehe" usik tuan kim

"ish kalau awak tak handsome, masih lagi saya tertarik dengan awak" ujar puan kim.

"jomlah yoongi aku tunjuk kau bilik tetamu" tangan yoongi diraih saera. rama rama mula terasa dalam perut yoongi.

dua dua berjalan beriringan dengan tangan yang dipimpin oleh saera.

"err kau bolehkan naik tangga ni? kaki kau okey sahaja kan?" tanya saera. yelah risah pula kalau tiba tiba yoongi ada masalah sakit kaki kesan daripada kemalangan semalam.

kepala dianggukan tanda kaki yoongi okey sahaja.

satu tapak

dua tapak

"kejap saera. kaki aku terasa sakit tiba tiba" yoongi menahan saera supaya tidak terlalu laju untuk menaiki tangga

"takpe kita slow slow. nanti dah sampai bilik aku tolong urutkan kaki kau. okey?" senyuman diberikan kepada yoongi.


-민운기 p.o.v

"takpe kita slow slow. nanti dah sampai bilik aku tolong urutkan kaki kau. okey?"

saera baru sahaja berkata sebegitu sudah penuh rama rama diperutku. senyuman yang diberikannya sungguh manis.

aku perlu kuat untuk naik tangga ni. takkan aku nak menyusahkan saera lagi. sudahlah ibu bapanya menyuruh aku tinggal disini buat sementara aku masih sakit.

sesampai sahaja aku dibilik tetamu bersama saera, saera masih lagi memapah aku. aku tidak tahu mengapa, berdegup degup jantungku apabila berdekatan dengan saera.

aku sukakan saera ke?

"yoongi, kau mandilah dulu. nanti aku tinggalkan tuala dengan baju appa kat kerusi sebelah tandas tu. aku keluar dulu"

belum sempat saera keluar dari bilik, aku menggapai tangannya.

badannya aku masukkan kedalam pelukkan hangatku.

"terima kasih saera" ciuman dihadiahkan ke dahinya.

"errrrr yoongiii hehehe sama samaa. aku keluar dulu ye" gelabah saera hendak keluar dari bilik. aku senyum sahaja dan terus menuju ke tandas untuk membersihkan diri.





-김새라 p.o.v

yoongi... dia... cium.... dahi.... aku....

aku menyentuh dahiku. aku bermimpi ke? tidak. aku tidak bermimpi. aku cuba menampar diriku. ouh no. ini reality.

"sae--- ya tuhan dah kenapa kamu tampar diri kamu tu. nak omma tamparkan ke?" terkejut aku dibuatnya. ish omma ni, kalau ye pun ketuklah dahulu pintu. buat malu aku sahaja.

"nanti tolong hantar dekat yoongi" baju dan tuala omma berikan. alah kenapa omma tak hantar sendiri. aku dahlah masih malu dengan perbuatan yoongi tadi.

"saera dengar tak?" aku mengangguk dengan persoalan omma. haish terpaksalah aku hadap yoongi.

terus sahaja aku mengambil barang barang yang omma suruh aku beri kepada yoongi. pintu bilik yoongi aku ketuk.

"err yoongi kau ada kat dalam ke?" tanyaku sebelum masuk.

tiada sahutan. dah kenapa tiada sahutan ni.

"yoongi??" pintu bilik itu aku buka.

"yoongi..." sekali lagi aku panggil.

"ya tuhan yoongi... kenapa awak berdiri bawah shower tu tak buka baju arghhhhhhh"

mataku ditutup dengan rapat. dia pakai baju tu dah okey. dia pakai baju bawah shower tu sebenarnya yang tidak okey.

"ak--aku.... tangan aku masih sakit saera mahu membuka baju..."

"aaa kenapa kau tak cakap awal awal? shower yang berpancuran aku cuba capai untuk tutup. badan yoongi yang basahan aku tarik keluar tandas.

tuala diambil dan diletakkan ke atas kepala yoongi. dia hanya memerhatikan gerak geri ku yang melonggarkan segala pakaiannya. selebihnya pandai pandailah dia settlekan sendiri.

"okey selebihnya kau cuba sendiri tau. aku dah bukakan butang butang yang ada. baju basah ni lepas mandi kau tinggal sahaja dalam bilik air. ni baju bersih. aku kekuar dahulu. apa apa panggil sahaja aku."

makin lama aku duduk dalam bilik yoongi, jantung aku yang tidak tenteram nanti. mahu meletup rasanya.

[C]  RETURN ; min yoongiWhere stories live. Discover now