sepanjang aku dan yoongi menikmati makan malam kami, aku hanya diam di meja makan. ada masa bila yoongi bercakap, aku akan mula zoning out seperti aku tidak berminat untuk dengar apa yang dia sedang bicarakan.
fikiranku masih lagi tersangkut kepada wasiat yang ditulis appa yoongi. macam mana aku mahu hidup tanpa yoongi. macam mana aku mahu hidup tanpa penyumbang semangat aku nombor satu.
"cinta, why are you so quiet?" tanganku diusap yoongi. aku taknak menangis lagi kali ini. aku akan cuba tahan.
"gummy. are you leaving me?" soalan dibalas dengan soalan.
"who said that cinta? gummy takkan tinggalkan cinta" matanya aku pandang dengan tajam untuk mencari kebenaran yang dia sembunyikan
"gummy, kalau awak nak tinggalkan saya demi kebaikan awak. i'm good. its a good chance you know. takkan awak nak sia siakan. like you said to me." tangannya pula aku usap. aku tahu pasi berat untuk dia buat keputusan
1. Syarikat Sendirian Berhad Min Daehan akan jatuh ke tangan anak lelaki iaitu Min Yoongi
2. Jika sudah cukup umur, Min Yoongi bakal menyadang jawatan sebagai pemilik syarikat.
3. Segala harta pusaka Min Daehan dan Min Haejin jatuh ke tangan anak lelaki iaitu Min Yoongi.
4. Syarat syarat sebelum menyadang jawatan sebagai pemilik syarikat : - Pembelajaran di universiti harus diutamakan dalam aliran perniagaan - Menjalani latihan sebagai seorang pemimpin di beberapa tempat
fikiranku mula mengingati segala isi isi wasiat appa yoongi. betullah appa yoongi mahukan yang terbaik untuk anaknya yang masih hidup. begitu juga dengan aku, yang entah siapa siapa dalam hidup yoongi.
"cinta you read the wasiat isn't it?" kenapa muka yoongi seperti mahu marah aku? aku tahu aku salah kerana membaca surat wasiat itu. aku sedar aku siapa.
"gummy, i'm so sorry. tidak terniat pun nak baca surat wasiat tu" simbol maaf aku membuat dihadapan yoongi
"cinta, i'm not mad at you. tengok sini cinta" mukaku dipegang lembut oleh yoongi. matanya menatap mataku.
"cinta, that's why gummy suruh cinta study degree in Canada. so that you will be busy for yourself and tak fikirkan gummy dekat sini. gummy taknak cinta risaukan gummy bila gummy akan berjauhan dengan cinta. cinta i hope you understand gummy situation tau. bukan gummy tidak sayang pada cinta, gummy mahu cinta kejar dulu impian cinta. sebab cinta ini sungguh precious seperti bintang di syurga. gummy janji, after gummy be the pengerusi of my dad punya company, kita kahwin okey?"
pinky promise dikeluarkan oleh yoongi. perjanjian kami pada malam itu penuh dengan tangisan. tangisan siapa? sudah pasti tangisan kim saera. min yoongi mahu menangis? kalau yoongi menangis, siapalah mahu melap air mataku.
⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。
"saera dah fikir masak masak ke?" pertanyaan appa aku angguk dengan yakin. aku sudah buat keputusan. aku akan ke Canada seperti yang yoongi rancang.
"omma appa tak larang. cuma nanti ada yang rindu" okey bahagian ini aku pelik. siapa mahu rindukan aku seperti yang diperkatakan omma?
"aigo buat buat lupa pula dia ada pasangan hidup" ouh yoongi. hehe.
"apa khabarlah si yoongi tu, lepas sahaja dia berhenti kerja di syarikat appa. terus dia menghilang" ye betul. sudah sebulan berlalu. sudah sebulan yoongi berhenti kerja di syarikat appa. sekarang segalanya aku harus berdikari. jika aku nangis, aku lah yang harus melap sendiri.
"saera, appa nak cakap sedikit. andai kata yoongi pergi dengan masa yang lama. boleh kamu terbuka hati untuk mark lee?" mata dibulatkan.
kenapa mahu kaitkan kisah ini dengan mark lee? aku yakin yoongi tidak akan pergi dengan masa yang lama. aku percayakan yoongi.
'percayakan gummy, bagaimana gummy percayakan cinta.okey?'
itulah kata katanya yang terakhir sewaktu aku menghantarnya di lapangan terbang.
"appa, berapa lama pun yoongi pergi. tetap sahaja saera akan menunggu yoongi"
"apa awak ni. saera ini memang sayangkan yoongi. kenapa pula awak nak suruh saera ini kahwin dengan mark lee yang gatal itu?" omma memarahi appa.
"kalau kamu tidak mahu mark lee. jungkook jeon juga ada. pilih sahaja mana yang kamu mahu" appa kenapa? kenapa appa tiba tiba terdesak?
"appa, i will always pilih yoongi." aku bangun dari duduk. makin lama aku duduk dengan appa rasa berapi hati aku.
pintu bilik dibuka. pakaian dikemas sebelum penerbangan aku lagi 2 hari. gambar aku bersama yoongi aku tatap, rindunya aku pada kau yoongi. sudah sebulan kau pergi tanpa khabar. betullah kata appa, bagaimana kau pergi untuk terlalu lama dan aku disini masih menunggu kau.
ting ting
bunyi notifikasi menganggu pergerakkan aku. eh nombor yang tidak dikenali?
+04-848641162548
photo
photo
hi, your gummy is with me. break up with him please.gambar yang dihantar oleh nombor yang tidak dikenali aku download.
ya tuhan, yoongi. rapuh hatiku saat melihat gambar gambar itu. yoongi bersama perempuan lain. mabuk di kelab, bertiduran dengan wanita lain.
ini bukan yoongi yang aku kenal dahulu. ini yoongi yang berbeza. tanpa aku sedari air mata aku mengalir. aku tiada lagi tempat untuk meluahkan rasa sakit ini.
nombor yoongi aku cuba dail.
tiada jawapan. tiada siapa yang mengangkat.
aku cuba lagi. aku tidak mahu berputus asa. aku memerlukan penjelasan daripada yoongi. dia tidak boleh buat aku tergantung seperti ini.
malamku dipenuhi dengan titisan air mata. aku tak sangka yoongi, baru sebulan sahaja kau pergi, kau tinggalkan aku.
yoongi, jika benar aku ini bintang di syurga yang kau selalu perkatakan, aku boleh menjadi sebaliknya.
YOU ARE READING
[C] RETURN ; min yoongi
Fanfiction"untuk cinta yang cantik" first publish ; 2016 rewrite ; 3 September 2022