-민운기 p.o.v
rambut yang basah aku lap dengan perlahan. yelah tanganku masih lagi sakit ya tuhan. takkan nak suruh saera lagi yang tolong lapkan. malulah aku. kata nak jadi kuat untuk saera.
toktok
"err yoongi... aku datang lagi ni... aku bawa makanan dengan ubat sapu" suara saera.
"masuklah" jeritku. sudah tersipu sipu senyum sebenarnya aku ni.
"ni sup ayam dengan nasi putih omma buat. kau dah selesai mandi kan? aku nak urut kaki kau ni yoongi" saera menghampiriku. hujung katil juga lah didudukinya.
"kenapa rambut kau masih menitik nitik air ni. bak sini towel tu." towel yang berada di tanganku saera ambil. rambut yang basah saera lapkan.
mataku hanya memandang tingkah laku saera. aku tak sempat nak bercakap apa apa pun lagi, dia sudah bercakap pelbagai benda.
tubuh badannya yang berdiri dihadapanku, aku dakap. aku tak tahu kenapa terasa mahu memeluknya. aku rasa macam aku dapat rasakan kasih sayang dari saera walaupun kami bukan kekasih
"err yoongi... kau... akuu ta---"
"saera, terima kasih untuk semua yang kau buat untuk aku. dari hospital sampailah dekat rumah ni. banyak sangat dah kau bantu aku. aku sebagai lelaki pula tiba tiba malu. mesti orang ingatkan aku lemahkan?"
"ish kenapa cakap macam tu yoongi. kau kan sakit baru lepas accident. walaupun accident ringan, kau mesti shock kan sebab tu baru first time kau excident."
kepalaku dianggukan. saera memegang pipiku. argh sudah pasti pipiku seperti tomato sekarang ni. aku malu aku malu aku malu, tolong.
ubat yang dibawa saera dipicit sedikit dan diletakkan di kaki. sejuknya ubat ni. lembut sahaja sentuhan saera mengurut kakiku.
"kalau sakit bagitahu aku tau yoongi."
disambungnya lagi. aku memerhati sekali lagi tingkah laku saera.
"saera. aku----" aku nak luahkan yang aku sudah mula jatuh cinta dengan saera.
ting ting
handphone saera berbunyi tanda orang message. saera pantas mengambil. mukanya cuak lepas melihat message tersebut. terus dicampak handphone miliknya itu.
"kau nak cakap apa tadi yoongi?"
"aku mula sukakan kau saera. sangat sangat. bukan setakat suka. aku sayangkan kau. aku nak lindungi kau."
terhenti tingkah laku saera yang mengurut kakiku.
"yoongi---- aa---aku" tangannya aku sentuh lembut.
"aku tak paksa kau suka kan aku. aku tahu ini semua masih terlalu awal dan aku tahu kau masih menganggap aku sebagai sahabat baik kau. aku okey sahaja saera. bila aku dah luah aku rasa lega" senyuman terukir. setidaknya aku sudah luahkan perasaan aku.
aku sudah berura ura mahu tidur. saera juga sudah mula mengemas semua ubat ubatan jntuk mengurut kakiku. langkahnya dibawa keluar.
hatiku berdebar debar juga bila mengungkapkan perkataan cinta kepada saera. sudah mendalam betul aku sukakannya.
klik.
bunyi seperti pintu bilik aku dibuka dan ditutup. setahu aku saera sudah keluar masuk ke biliknya.
sepasang tangan mula melingkari pinggangku. siapa pula yang tidur bersama ku malam ni? berdegup jantungku. ya tuhan jika ini makhluk halus kau hindarilah dia dari aku.
"a---aku sayangkan kau juga yoongi" bisik orang itu.
eh saera? aku mula menggerakkan badanku menghadap saera.
matanya membulat seperti boba. cantik. bersinar. hazel matanya.
pelukkan saera dieratkan. aku juga begitu. aku melingkari tanganku dipinggangnya.
"jom tidur ye cintaku" ajakku. ye begitulah malamku. aku dan saera tidur bersama lagi.
₍˄·͈༝·͈˄₎
cahaya pagi yang menyinar mula menusuk mataku. katil disebelah mula diraba raba. eh mana saera? pantas aku mencelikkan mata.
surat yang berada di meja lampu aku ambil.
"gummy. harini aku pergi kerja separuh hari. nanti tengah hari aku balik. kita cuddle lagi ye.
from cinta ♡"
comel sahaja panggilan untuk dirinya. cinta. nampaknya aku kena tunggu saera balik. mahu cuddle lagi hehehe.
aku membersihkan diriku. kakiku juga sudah baik sedikit selepas saera mengurutnya.
"ha yoongi turun pun kamu. marilah makan. kepala kamu dah elok belum? setengah hari ni omma jaga kamu ye" ujar puan kim yang masih sibuk memasak di dapur.
aku sebenarnya malu dengan keluarga ini. macam macam sudah mereka buat kepadaku. jaga pakai minumku selama ini.
arwah ibubapaku sangatlah rapat dengan keluarga saera. sebab itu aku dan saera juga rapat. bila sahaja ada perjumpaan antara omma dan appa aku pasti ikut untuk berjumpa dengan saera.
"omma kim, terima kasih sebab sudi jaga saya" aku menunduk hormat kepadanya.
"ish jangan begini yoongi. omma dengan appa kan memang keluarga kamu. kamu pun keluarga kami. sebahagian hidup dari saera."
tubuhku dipeluk omma kim. rindunya pelukkan seorang ibu.
"sudah sudah mari makan. omma dah masak special untuk kamu. nanti saera dah balik dia pula akan jaga kamu. petang omma nak kena keluar ada mesyuarat sikit"
aku mengangguk sambil menikmati masakan omma kim. sedap. sangat sangat sedap.
YOU ARE READING
[C] RETURN ; min yoongi
Fanfiction"untuk cinta yang cantik" first publish ; 2016 rewrite ; 3 September 2022