"yoongi kau boleh balik bila ni?" air yang dibancuh didalam cawan kecil diberikan kepada yoongi
"esok rasanya. bukan accident berat pun."
"kau tak rasa macam pelik ke? kau bawa kereta punyalah elok. last last terbabas. aku yang pelik sekarang ni tiba tiba kau ada kat hospital"
"tak tahulah saera. dah takdir tuhan. terima sahajalah"
sofa yang disediakan oleh pihak hospital, diadjust sedikit supaya dapat dijadikan tempat tidur.
"eh saera. kau buat apa tu?" soal yoongi yang pelik akan perilaku saera.
"aku tidur sini"
"eh janganlah camtu. tak elok perempuan tidur dekat sofa"
"habis aku nak tidur mana yoongi?"
kepala yoongi digaru
"err... sini??" yoongi menunjukkan tempat disebelahnya.
saera memandangnya pelik. biar betul dia ni. dahlah sakit nak suruh saera tidur disebelahnya lagi.
"kalau kau nak sakit badan tidurlah situ." yoongi sudah berura ura ingin tidur.
"err okay okay. kau tepilah sikit" saera mula memanjat katil.
-김 새라 p.o.v
aku risau betullah kalau aku tiba tiba terjatuh ke apa dari katil ni. yoongi ni pun satu,sakit sakit sibuk nak suruh aku tidur sebelahnya.
"yoongi. kau janjikan kau tak buat apa apa?" risau pula aku bila tidur disebelah yoongi. kepalanya dianggukan.
cara kami tidur? kami membelakangi satu sama lain. taknak aku tidur sambil menghadapnya. malu tu satu hal. rasa pelik tu pun satu hal.
aku tak pernah tidur sebelah mana mana lelaki tapi kejap. kenapa aku tak tolak dari awal? kenapa aku terima? yah yah yah kim saera kau kenapa?
tiba tiba katil ini bergerak. kalau dah bergerak mesti yoongikan yang bergerak? mesti sekarang dia tengah pandang belakang aku?
aku cuba mencuri pandang belakang. betullah sekarang ni ai yoongi sedang memandang aku.
kenapa tiba tiba aku rasa bahagian perut aku berat? terasa geli. terasa seperti ada rama rama. perutku disentuh, tangan yoongi.
ya tuhan aku rasa malu sangat sekarang ni. kenapa pula dia tidur peluk aku ni. perlahan lahan aku memegang tangannya untuk alihkan.
"j--jangan alihkan." deepnya suara yoongi. ya tuhan, aku tiba tiba jatuh cinta dengan suaranya.
kenapa yoongi tak benarkan aku alihkan tangannya. kalau lah yoongi lihat muka aku sekarang ini, sudah merah seperti tomato.
dengkuran halus dapat aku dengar. maknanya yoongi sudah deep sleep kan? aku perlahan lahan mengalihkan tangannya dan memusingkan badanku menghadapnya.
pipi yang gebu itu jadi mangsa sentuhan aku. kesian yoongi, tiada family yang mempedulikannya. macam mana mahu mempedulikannya, jika kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia.
saudara maranya juga tidak mempedulikannya. sedih aku melihatnya. aku menatap muka yoongi. kacak juga rupanya dia ini.
tangan yang ku alihankan tadi, aku satukan dengan jari jemariku. tabiat aku sebelum tidur? aku akan tidur dalam keadaan yang jari jemariku akan bertaut satu sama lain.
akhirnya tertidur juga aku dalam keadaan berpegangan tangan dengan yoongi.
⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。
"saera bangun." tubuhku seperti terganggu seketika. sekarang sudah jam berapa? malasnya mahu membuka mata
"omma, sekarang jam berapa?"
"ha?"
aik kenapa suara omma lain? aku cuba mencari telefon bimbitku dalam keadaan mamai. eh kenapa seperti ada tubuh disebelahku.
mata dibuka. oh my god. macam mana aku boleh lupa aku tidur dengan yoongi satu katil di hospital.
"aku dah boleh discharge harini." katanya. aku mengangguk. cepat cepat aku bangun dari pembaringan. risau pula lain jadi nanti.
"saera, terima kasih tau teman aku dekat hospital semalaman. aku tidak tahu lagi macam mana nak balas baik budi kau"
"hahaha no prob lah yoongi. kau kan---- erm best friend aku" kenapa aku rasa tergagap nak gelarkan dia apa dalam hidup aku.
betulahkan yoongi tu best friend aku. dah tu takkan dia boyfriend aku? ehh yah aku lupa yang dia 'fake' boyfriend aku.
telefon bimbit aku hidupkan.
3 new messages from appa.
5 new messages from 2 unknown numbers.unknown number message aku? tapi sebentar bagi aku lihat dulu message appa. risau pula aku kalau apa apa jadi.
appa
okey saera.
nanti bawalah yoongi datang
rumah tau
kesian dia nanti kalau kamu tinggalkan
sorang soeang dekat rumahwow. appa suruh aku bawa balik yoongi. okey settle. now unknown number. masalahnya bukan sorang. 2 pula unknown number. siapa dan bagaimana dia ada number aku.
+04-3193719972
hi saera.
mark here
save my number please+04-786203890
saera, jungkook ni
jom lunch sama sama.
okey agak pelik dan creepy."saera jom balik" handphone aku matikan. pandangan teralih ke yoongi.
"appa suruh kau ikut aku balik rumah. katanya kesian pula tinggal kau kat rumah sorang sorang"
"eh takpelah saera. aku dah banyak susahkan kau semenjak kau balik korea ni. hantar aku balik rumah aku terus je"
"aaa tak boleh. appa suruh kau ikut aku balik juga. kalau appa tak suruh, aku pun akan bawa kau balik rumah aku. kau sakit. tiada siapa nak jaga di rumah kau. so ikut aku ye"
kunci kereta digapai. nak taknak yoongi terpaksa ikut aku. dia bukan boleh drive pun dengan kepala berbalut, tangan sakit.
YOU ARE READING
[C] RETURN ; min yoongi
Fanfiction"untuk cinta yang cantik" first publish ; 2016 rewrite ; 3 September 2022