aku kini berada di Canada, meninggalkan segala yang aku patut tinggalkan di Korea. apa yang aku perlu buat di Canada adalah habiskan degree aku. sudah hampir 2 tahun juga aku menetap disini.
paling yang aku tidak sangka, mark lee juga pulang ke Canada untuk menyambung degreenya di university yang sama dengan aku. sudah berapa kali aku cuba menghindari daripada berjumpa dengan marklee.
begitu juga dengan jungkook jeon. ya tuhan , aku tidak tahu semenjak bila dia mahu menyambung pengajian di sini juga. sedar atau tidak, aku memang tidak boleh lari daripada 2 orang jejaka ini.
"hyunsuk, lepas ini kau ada kelas ke?" tanyaku pada sahabat ku semenjak aku berada di Canada, dia choi hyunsuk. kecil dan comel sahaja mamat ini. hyunsuk ambil bidang aviation. aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh berkawan dengannya. mungkin kerana aku satu kelas bersama haruto.
"lepas ni aku tiada kelas saera. kau mahu keluar bersama?" aku mengangguk dengan ajakkan hyunsuk. percaya atau tidak, aku tidak mempunyai ramai kawan. semuanya menghindari aku kerana mark lee dan jungkook.
hari itu sahaja, mereka sudah bergaduh di hadapan pensyarah untuk keluar berehat bersamaku. kadang-kadang ada sahaja pelajar wanita yang tidak puas hati denganku kerana mark lee dan jungkook cuba meraih cintaku.
andai sahaja aku memberitahu mereka bagaimana peragai mereka di Korea pasti tiada siapa mahukan mereka.
sepanjang 2 tahun ini, tiada hubungan yang dilakukan antara aku dengan yoongi. senyap begitu sahaja. tiada khabar berita. gambar gambar yang dihantar oleh unknown tempoh hari sudah aku delete kerana aku tidak mahu mengingati kembali.
nombor yoongi juga sudah aku buang. aku harus belajar untuk move on. patutlah dulu beria mahu aku belajar untuk hidup tanpanya. tidak sangka dia akan tinggalkan aku dengan sebetul betulnya. janji sahaja mahu kahwin denganku. tapi... sudahlah
"hyunsuk, kita mahu kemana?"
"aku ikut kaulah. ke nak ajak haruto sekali? dia kan pakar dalam bab bab berjalan di bumi Canada ini"
aku setuju dengan cadangan hyunsuk untuk bawa haruto berjalan sekali dengan kami. begitulah aku. berkawan dengan hyunsuk sahaja, tapi hyunsuk ada 11 rakan lain yang buatkan aku teringin berkawan dengan mereka semua
beberapa minit menunggu haruto, mata aku teralih kepada kenderaan kenderaan yang memasukki kawasan universiti kami. aku kurang berminat sebenarnya apabila ada pelawat yang hadir ke universiti ini.
sebab utama, yang akan datang pasti CEO CEO muda, maka mulalah pelajar pelajar wanita ini mengekori mereka.
"okey jom jalan everyone!" jerit haruto yang entah dari mana dia muncul. baki baki pada hari tersebut aku habiskan dengan haruto dan hyunsuk.
ฅʕ•̫͡•ʔฅ
-민윤기 p.o.v
aku memasukki perkarangan sebuah bangunan yang tinggi dan penuh pelajar. sesak juga mahu masuk ke sini. dalam pada mata aku melilau memandang sekeliling, aku tertarik melihat seorang gadis bersama dua orang jejaka. cis murahnya dia dikelilingi jejaka.
turun sahaja aku dari kenderaan , aku berselisih dengan gadis tersebut. auranya seperti aku pernah rasa.
"mr. yoongi" aku berjabat tangan dengan director universiti ini. kehadiran aku disini, disambut dengan sangat baik. sebenarnya tujuan aku ke sini, adalah untuk melihat kawasan kawasan universiti dan melakukan beberapa penambahbaikan
aku sebagai pemegang syarikat arwah appa, aku harus buat yang terbaik untuk menjaga imej keluarga.
"may you excuse me to take a look around?"
"yes mr.yoongi you may" langkah dibawa untuk memusing seluruh universiti. besar juga, andai sahaja kau pelajar baharu disini, pasti kau akan sesat.
aku melihat papan kenyataan. ada beberapa puisi yang ditampal. ianya merupakan hasil kerja pelajar pelajar disini. wow ada juga yang dari Korea. aku bangga membaca setiap penulisan pelajar pelajar ini sampailah mataku terhenti pada suatu puisi yang ebrtajuk
'Bintang di Syurga'
kenapa aku seperti pernah dengar ya? adakah aku selalu menyebutnya dahulu? tidak tahulah malas aku mahu memikirkannya. tapi penulisan gadis ini sungguh bagus.
'written by : saera kim'
saera kim? sound familiar.
"mr.yoongi, we need to go now. you have another meeting at the company"
kepala aku dianggukkan. sebelum aku beredar, sempat aku menangkap gambar puisi 'Bintang di Syurga' itu. aku tidak tahu kenapa tajuknya begitu indah.
sebelum aku memasukki kereta, aku sempat mendengar pasangan kekasih tadi berborak
'cinta, awak nak kemana tu'
'cinta tidak kemana mana pun. hehe gummy jom keluar'
cinta? gummy? hurm cliche betul panggilan yang diberikan. terasa mahu muntah. dalam pada aku melihat skrin telefon bimbitku. ada panggilan yang masuk
love(?) is calling...
aku mengangkat.
'hello?'
'yoongi! bila nak balik?'
'kejap lagi yoongi balik lah. kenapa sarah?'
'rindu'
'itulah yoongi suruh ikut, taknak ikut'
'ish yoongi ini, cepatlah balik'
panggilan dimatikan. ye sarah, kekasihku. aku dan dia berteman rapat di Canada dan akhirnya aku jatuh cinta dengannya.
sebenarnya aku pun lupa bagaimana aku sampai ke Canada. yang aku ingat 3 tahun lepas, aku datang ke Canada untuk sambung pengajian dalam bidang perniagaan seperti yang ditulis dalam surat wasiat appa sebelum aku memegang jawatan sebagai pemilik syarikat.
perkataan 'Bintang di Syurga' masih lagi bermain dalam mindaku. siapa gadis ini sebenarnya? saera kim? who is she?
ฅʕ•̫͡•ʔฅ
-김새라 p.o.v
"yah choi hyunsuk, baik kau bagi aku menang sebelum penumbuk ini sampai ke muka kau" ye aku sekarang bersama hyunsuk dan haruto di arked. puas sudah kami berjalan jalan di sekitar mall ini sampailah jumpa arked.
"geng, aku kena balik dahulu. ada assignment group mahu disiapkan" haruto meminta izin untuk pulang.
"lah awal lagi lah haruto. rileks lah" gelengan diberikan oleh haruto. alah tak bestlah kalau aku bermain di arked berdua dengan hyunsuk
"kalau macam tu, jomlah kita balik juga saera" ajak hyunsuk. maka aku dengan hyunsuk berpisah dengan haruto yang pulang kerumahnya.
aku dengan hyunsuk duduk satu apartment yang sama, cuma unit kami bersebelahan . kiranya hyunsuk ini jiran akulah. kalau apa apa hal semua aku minta hyunsuk yang bantu.
kadang kadang, perangai hyunsuk mengingatkan aku kepada yoongi. sejujurnya, aku masih menunggu yoongi. menunggu penjelasannya dan menunggunya untuk pulang.
YOU ARE READING
[C] RETURN ; min yoongi
Fanfiction"untuk cinta yang cantik" first publish ; 2016 rewrite ; 3 September 2022