-김새라 p.o.v
"kim saera jom lunch" mata yang sedang memandang penyata penyata kewangan di atas meja teralih kepada jejaka yang membuka pintu.
itu bukan yoongi, itu jungkook. apa masalah dia ? sudahlah tidak mengetuk dahulu sebelum membuka pintu pejabat aku. jungkook dan mark sama sahaja. dua dua aku benci. kalau di tempat kerja, tunjuklah etika seorang pekerja dengan baik.
"cin---, ouh jungkook buat apa dekat sini?" soal yoongi yang baru sahaja muncul
"nak ajak saera makan hyung" gigi arnabnya ditujukan kepadaku. apakah dia fikir dia kacak dan comel jika buat sebegitu?
"ouhhh. tidak mengapalah begitu. hyung pergi dulu" ujarnya. yoongi kenapa kau pergi? kenapa kau tidak selamatkan aku dari situasi ini? kenapa kau mengalah.
"hai kim saera!" ini lagi seorang. aku tidak mahu keluar makan lunchlah kalau begini. mark pula muncul entah dari mana. ya tuhan, serabutnya kepalaku memikirkan perkara ini.
"eh kau mark beraturlah. aku dulu yang nak ajak saera pergi lunch"
"dia takkan keluar dengan kaulah jungkook, pasti dia akan keluar dengan aku. kan saera kan?"
apa mereka fikir yang aku akan keluar lunch ebrsama mereka berdua? tidak sama sekali. dua tubuh jejaka itu aku tolak keluar dari pejabat aku. pintu dikunci tanda aku tidak mahu sesiapa menganggu aku sekarang ini.
kenapa dengan yoongi? semenjak dua menjak ini dia sangat berbeza. a--aku sendiri tidak tahu mengapa dia berubah sebegini. kurang layan aku. selalu membiarkan aku bersendirian. kalau jungkook atau mark mengajak aku keluar, pasti dia akan mengalah. kenapa dia tidak melawan?
aku juga jarang tidur bersama yoongi buat sementara waktu. dia sungguh sibuk dengan kerjanya, begitu juga aku. kadang kadang pejabat lah menjadi bilik tidurku. maklumlah sudah mahu akhir tahun, setiap syarikat perlu membuat closing kewangan tahunan mereka.
kepalaku dipicit memikirkan hal aku dengan yoongi. bukan setakat iu sahaja, banyak lagi hal aku fikirkan. dengan panggilan tawaran untuk sambung degree di Canada. ya tuhan tolonglah hambamu ini. aku sudah tidak sanggup untuk menyeksa diriku lagi.
badanku perlahan lahan aku baringkan di sofa pejabat. nampaknya hari ini aku tidur di pejabatlah. banyak lagi kerja yang bertangguh.
pintu pejabat dibuka secara perlahan. bukankah aku sudah mengunci pintu itu supaya tiada siapa yang masuk?
click
bunyi pintu itu dikunci semula, aku masih lagi dalam keadaan mata dipejam. ya tuhan, kau hindarilah aku dari perkara yang tidak sepatutnya.
terasa seperti kepalaku dipicit secara perlahan. lembut sahaja picitannya. aku rasa sangat selesa dengan keadaan sekarang.
"cinta, sakit lagi tak?" mataku dibuka dengan luas. itu suara yoongi. terus aku bangun dari pembaringan dan memeluknya. tangisan yang tidak sepatutnya mengalir dihadapan yoongi, terus mengalir tanpa henti.
"gummy. hiks hiks. rindu" itu sahaja yang aku mampu ucapkan. benarlah aku rindukan yoongi. rindu yang teramat sampai aku rasa mahu kill myself.
"cinta, bukan hari hari kita berjumpa ke?"
"memanglah hari hari kita berjumpa, tapi gummy selalu mengelak bagaikan ada yang menghalang gummy untuk jumpa cinta"
"cinta, i wanna teach you to live your life without me. what if one day i'm gone?"
topik ini lagi. aku benci bila yoongi berkata tentang perkara itu. tidak habis habis dengan apa yang akan jadi kalau dia pergi. yoongi kau mahu kemana ? kau mahu tinggalkan aku ke?
"gummy, are you---- huh"
"kenapa cinta?"
"memang nak tinggalkan cinta ke?"
"cinta, i know you got the offer letter nak sambung degree dekat Canada again. you should go tau cinta. bukan semua orang dapat untuk study pandai pandai. you are to sempurna untuk lepaskan peluang sebegini. jangan jadi seperti the person in front your eyes ini."
no yoongi, kau terlalu sempurna untuk aku. kau terlalu sempurna. aku mahu kau tambahkan kesempurnaan kau ke dalam hidup aku.
"cinta, are you thinking about tolak tawaran belajar tu?"
aku mengangguk. aku mahu tolak tawaran belajar itu supaya aku boleh duduk bersama yoongi hingga akhir hayatku.
"cinta. don't do that. just go and chase your dream okey cinta?"
"tapi gummy, cinta tak mahu pergi. bagaimana kalau gummy keseorangan di sini?"
"omma kim dan appa kim kan ada. they will take a good care of me. macam tu juga gummy. sementara cinta belajar jauh. i will take care of them too"
kepala aku diusap lembut oleh yoongi. bukan ini yang aku mahukan. bukan paksaan untuk aku sambung belajar keluar dari mulut kau yoongi. aku mahu kau tahan aku daripada pergi. kalau itu yang kau mahukan yoongi. baiklah.
"cinta, are you going to sleep here?"
aku masih senyap. tidak mahu membalas. bukan aku merajuk. aku cuma tidak tahu mengatakan apa apa. aku masih memproses segalanya.
"cinta, let's go to my house okey. esok cuti. you need a rest"
pergi rumah yoongi? mahu mahu. senyuman terukir. its time to cuddle with yoongi! tangannya dihulurkan kepadaku tanda dia mengajak aku pergi sekarang.
beg tangan yang terletak di meja aku ambil. lampu ditutup dan pintu dikunci supaya tiada siapa pecah masuk pejabatku.
⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。
kereta yoongi mulai memasukki perkarangan rumahnya. erm rindunya bau vanilla di rumah yoongi. masuk sahaja aku ke dalam rumah yoongi, puas aku menghirup udaranya.
"cinta, rindu ke dengan bau vanilla rumah gummy?"
"rindu sangat sangat! yelah gummy pun dah jarang bawa cinta datang rumah gummy"
"cinta baulah puas puas, nanti cinta rindu dengan bau ini"
tengok itu, pasti dia mahu kaitkan bila dia akan pergi. aku yang kau rahsiakan daripada aku ini yoongi?
"cinta pergilah naik atas dulu, bersihkan diri. gummy nak tengok apa yang ada dekat dapur untuk kita makan"
pantas langkahku dibawa ke bilik yoongi. masuk sahaja aku ke bilik yoongi, ada satu surat yang berlipat terletak elok sahaja di atas katilnya. surat untuk aku ke ini?
lipatan surat dibuka. tajuk besarnya aku baca.
SURAT WASIAT
Surat wasiat ini dibuat dan ditandatangani pada hari ini, Khamis tanggal 22 August 2002, bertempat di Daegu, South Korea. Saya yang bertanda tangan di bawah ini :
Nama : Min Daehan
Tempat / Tanggal lahir : Daegu / 26 August 1975
Alamat : 125, Genyang Park, Daegu
Citizen number : 314125094613
ini surat wasiat appa yoongi. setiap perincian aku baca dengan tekun bagi mengelakkan aku tertinggal isi penting.
sebab inikah yoongi mula menjauhkan diri dari aku? sebab dia mahu pergi? a--aku tidak mahu yoongi pergi. teresak esak aku menangis membaca setiap isi wasiat appa yoongi.
kalau ini yang terbaik. pergilah yoongi.
YOU ARE READING
[C] RETURN ; min yoongi
Fanfiction"untuk cinta yang cantik" first publish ; 2016 rewrite ; 3 September 2022