-최현숙 p.o.v
"erm saera. aku nak tanya" aku cuba memecahkan kesunyian di antara aku dan saera sebelum sampai di apartment kami.
"kau kenapa hyunsuk? macam takut takut je kau nak bertanya" gelaknya. yelah aku dengan saera kalau benda serious pun boleh dibawa main.
"kau masih tunggu yoongi ke?" takut takut juga aku bertanya kepadanya
terhenti langkahku dan langkah saera.
"saera, sorry kalau kau rasa tak selesa bila aku tanya kau tentang yoongi"
"no lah hyunsuk. aku okey je. kenapa kau tanya ? kau suka aku eh?" directnya kau ini saera dengan nada yang mengusik.
"kalau benar aku suka kau. kau akan terima aku?"
"aku tak tahulah hyunsuk. separuh hati aku kata aku perlu tunggu si yoongi. setengah hati aku kata aku perlu pergi"
keluhan berat aku lepaskan. aku memang sayangkan saera. gadis yang bersamaku 2 tahun.
"abaikan sahajalah perbualan kita tadi saera. aku sengaja mahu memcahkan kesunyian di antara kita dua. masuklah rumah kau" senyum ku sambil membuka pagar pintu rumahnya.
aku sudah berura ura ingin melangkah pergi tetapi saera menahan pergelangan tanganku.
"hyunsuk...." lama aku tunggu untuk dia menyambung ayatnya.
"kalau kau benar sukakan aku..." aaaa---aku tak sanggup nak dengar ayat saera seterusnya. ouh tuhan, aku mahu pulang sekarang
"buatkan aku lupa tentang yoongi dan ajari aku untuk cintakan kau" pandangan yang terkejut aku berikan kepada saera.
"comellah kau ni sebenarnya hyunsuk. kesian kau terpaksa layan aku selama 2 tahun ini"
"kau betul ke saera? tak main main kan?" aku cuma memerlukan kepastian, macam yang aku kata. kadang kadang benda yang serious juga kami bawa main.
"ye aku serious choi hyunsuk. kali ini aku tidak main main." tanganku yang masih dalam gengamannya belum dilepaskan. tanpa diduga gerakan saera seterusnya, dia menarik aku masuk ke dalam apartmentnya.
"duduklah dulu hyunsuk. hari ini kau makan sahaja di rumah aku" ujar saera yang sudah mula melangkahkan diri ke dapur.
segenap ruang tamu saera aku perhatikan. ada gambar parents saera dan gambar yoongi. adalah juga perasaan cemburu muncul dalam diri lepas melihat gambar yoongi. tiba tiba mata aku tertancap pada satu gambar, gambar aku dengan saera bersama 11 orang lagi kawan aku.
ya tuhan, cantiknya gambar ini. kenapa aku tidak pernah dapat? pasti si asahi punya kerja.
ting tong
bunyi loceng apartment rumah saera. siapa pula yang datang ke rumah saera pada jam sebegini.
"hyunsuk, boleh tak tolong bukakan pintu sekejap. aku tengah memasak ni" jerit saera dari dapur.
pintu utama saera aku buka. muncullah wajah mark lee. heh. mamat poyo ini lagi. di universiti kacau saera. di sini pun mahu kacau saera.
"hi sae... eh macam mana kau budak mentah ada dekat sini?" ujar marklee. dia panggil aku budak mentah?
"hyunsuk. siapa tu?" tanya saera yang melangkah ke arah aku.
"mark... kenapa kau datang?"
"aku datang nak ajak kau keluar. yang budak mentah ini ada di sini kenapa?" ujar mark. aku memandang mark tak puas hati. dia panggil aku budak mentah lagi.
"hyunsuk tutup pintu tu laju laju tau. aku nak call security. sibuk je mamat ni datang kacau kita nak dating" bisik saera.
jantungku mengepam dengan laju. saera baru cakap yang kitaorang nak berdating? senyuman mula terukir.
"korang bisik apa tu ?" marah mark. sengihan sinis aku berikan kepada mark.
1
2
3
ddum
pintu ditutup dengan kuat. saera pantas memanggil security untuk menghalau mark. banyak kali juga mark mengetuk pintu rumah saera tapi saera menghalang aku dari membukanya.
"ehem ehem. jomlah makan hyunsuk. dah siap masak" panggil saera. comel sahaja saera ini.
"saera, yang kau kata sebentar tadi itu... kau maksudkannya ke?" kerusi aku tarik untuk didudukki. aku melihat saera yang mengangguk. makinlah aku bahagia.
"mulai saat ini. aku kau punya. kau aku punya. aku kenalah belajar untuk terima takdir yang yoongi tidak akan kembali" senyuman saera nampak sangat ikhlas.
ya tuhan, kau lindungilah hubungan aku dengan saera sebaik baiknya.
-민윤기 p.o.v
ruangan pejabat yang bersih itu aku masuk.
"kim taehyung. aku nak minta kau cari maklumat gadis bernama saera kim. aku pasti dia ada kaitan dengan kes kemalangan aku dahulu" arahan ditujukan kepada taehyung yang merupakan personal assistant aku.
"baik boss" langkahnya dibawa keluar dari pejabat.
aku yakin saera kim ini pasti ada kaitan dengan kes kemalangan aku dahulu. macam mana aku dapat tahu? mark lee dan jungkook. aku yakin mereka juga mempunyai kaitan dengan aku. kalau tidak, mengapa mark lee tiba tiba sahaja merempuh aku tempoh hari?
'kau bodoh min yoongi. kau tingglkan saera kim yang kau sayang menangis untuk diri kau yang tidak berguna'
pasti dia sudah kenal aku lama.
kepala yang mempunyai kesan parut akibat kemalangan 2 tahun lepas aku lihat dari cermin sisi pejabat. siapa diri aku yang sebenarnya? kenapa aku tidak boleh ingat apa yang terjadi 2 tahun lalu?
"boss. ini beberapa latar belakang saera kim yang boss cari" beberapa helaian kertas taehyung letakkan di atas mejaku.
SAERA KIM
Nama : Saera Kim
Umur : 25 tahun
Study : University of Canada
Parents : Kim Jaehwan dan Kim Yuna
Sibilings : 0satu persatu details aku baca dengan teliti. aku mahu mengenali lebih dalam saera kim atau yang aku lebih kenali sebagai penulis 'Bintang di Syurga'.
kepala aku mula berpinar selepas aku memikirkan dari mana aku pernah mendengar mengenai 'Bintang di Syurga'.
"boss, ada orang mahu berjumpa dengan boss" kepala yang dipicit picit itu aku memandang taehyung. siapa pula mahu berjumpa dengan aku saat saat ini.
"hi yoongi." budak ini. bukan ke budak yang aku jumpa di college tempoh hari
"aku jungkook. a.k.a orang yang sama sama berebutkan saera dahulu" berebutkan saera? apa maksud jungkook?
maksud jungkook aku dengan saera pernah bersama ke?
"kau amnesia ke yoongi? kau lupakan aku ke? aku pernah satu tempat bekerja di syarikat appa saera dahulu"
"apa yang kau merepek ini jungkook?"
"apa yang aku merepek? jadi betullah kau amnesia? baguslah kalau begitu tidak perlulah kau ingat siapa saera itu sebab aku sendiri akan rampas dia dari sesiapa sahaja yang mendekatinya"
jungkook terus keluar dari pejabat aku. aku pasti kisah hidup lalu aku pasti ada kaitan dengan saera kim.
YOU ARE READING
[C] RETURN ; min yoongi
Fanfiction"untuk cinta yang cantik" first publish ; 2016 rewrite ; 3 September 2022