-김새라 p.o.v
rakaman antara aku dengan yoongi aku mainkan di dalam kereta hyunsuk. setiap perbualan aku dengan yoongi sebentar tadi memang aku rekod bagi memudahkan aku untuk bercerita dengan hyunsuk.
"sunshine" panggilnya selepas selesai mendengar rakaman tersebut
"andai kata tuan yoongi mahukan awak semula, awak akan kembali kepadanya ke?"
teragak agak aku untuk menjawab persoalan hyunsuk. sepatutnya aku tidak perlu teragak agak untuk menjawab persoalan ini.
"tidak mengapalah sunshine. saya tetap kena bersedia bila bila masa jika awak mahu tinggalkan saya"
tidak hyunsuk, tidak aku tidak mahu tinggalkan kau. 2 tahun hyunsuk kau bertahan dengan perangai aku kalau mahu dibandingkan dengan yoongi yang baru berapa bulan duduk denganku selepas pulang dari Canada menyelesaikan pembelajaran diploma.
tanpa sebarang amaran, hyunsuk mendekatkan dirinya dengan diriku. mataku automatik dipejam rapat. aku tidak tahu mengapa. rupanya dia mahu memakaikan aku seatbelt. wangian perfumenya menusuk hidungku. wangi. bau maskulin.
aku memandang hyunsuk lama.
"choi hyunsuk" panggilku. tidak dilayan
"hyunsuk" tidak dilayan juga
"suk" masih lagi tidak dilayan
baru sahaja hyunsuk ingin menjalankan kenderaanya itu, aku memegang kedua belah pipinya untuk menghadapku. tangannya yang memegang stereng aku turunkan. aku tidak mahu berkata banyak.
"choi hyunsuk. mahu tahu satu rahsia sunshine?" pantas dia mengangguk. hyunsuk sudah menelan air liur apabila aku dalam mode serious.
"sunshine belum pernah dapat first kiss dan sunshine yakin begitu juga dengan suk"
pantas bibirku dan bibirnya aku cantumkan untuk sementara.
pipinya masih lagi aku pegang. wajah terkejutnya ditayangkan. aku sudah tersipu malu sebab aku yang membuat first move.
"dan suk adalah first kiss sunshine" ujarku. akhirnya senyuman terukir di bibir hyunsuk. kini dia pula yang menarikku untuk meneruskan ciuman.
setelah puas, aku dan hyunsuk mula mengambil nafas masing masing
"kita ada berapa bulan lagi untuk tamatkan degree?" tanya hyunsuk. aku mula megira
"lebih kurang 2 bulan"
"okey lagi 2 bulan kita kahwin"
aku tergelak dengan apa yang diperkatakan hyunsuk. pemanduan dimulakan
"bibir sunshine manis. rasa strawberry"
pipiku berona merah. pandangan aku dihadapkan keluar. aku malu ya tuhan
sepanjang pemanduan hyunsuk untuk pulang ke rumah, dia memegang tanganku. aku memerahi hyunsuk kerana memandu menggunkan satu tangan tapi hyunsuk kata dia adalah 'best driver'. aku ikutkan sahaja.
"sunshine, lamakan kita tak nampak si jungkook dan mark. jarang juga nampak mereka kacau sunshine lagi"
"kenapa suka ke tengok diorang kacau sunshine?"
"ish tak suka!"
aigo hyunsuk hyunsuk. comelnya kau ini
(❁'◡'❁)
-unknown p.o.v
bergembiralah kau sekarang saera. tidak lama lagi si hyunsuk pun akan mati. begitu juga dengan yoongi supaya tiada siapa akan berebut kau.
minuman beralkohol yang tersedia di mejaku aku minum. enak. aku suka. sama seperti aku sukakan saera. tapi aku tidak suka akan bau hanyir disekitar bilik ini.
bau darah.
tubuh badan yang terlentang di meja snoker aku pandang. siapa suruh kau kacau saera aku. siapa suruh kau mahu berebut saera dengan aku.
sudah puas aku beri kau amaran untuk tidak mendekati saera. begitu juga dengan amaran yang aku selalu berikan kepada kau yang aku akan bunuh kau dalam masa terdekat.
pipi mayat itu aku tampar berkali kali. sudah berapa lama mayat ini tersadai disini. sudah mengembung dan berbau. aku tiada siapa untuk meminta tolong membersihkan mayat ini. nampaknya aku perlu keluar dari bilik ini.
pakaian yang bersih aku ambil dalam almari. aku akan mulakan operasi aku.
operasi untuk menculik kim saera. cctv yang berada di rumahnya aku lihat.
sibuk sahaja mamat hyunsuk ini. tidak mengapa hyunsuk bergembiralah kau sementara ada masa ini. tidak lama lagi aku akan potong mulut kau dan jari jari kau kerana kau sudah mencium bibir saera dan memegang tangannya.
-민윤기 p.o.v
'boleh pergi mampus dengan kau punya explanation. tuan yoongi dengar sini. selama saya berada di korea, saya tunggu panggilan dan message tuan yoongi, satu pun tiada. bagaikan orang bodoh saya menunggu. tahu tahu sebulan selepas tuan yoongi sambung belajar, tuan yoongi tidur bersama perempuan lain? apa ini tuan yoongi? sudahlah cukup. saya dan tuan yoongi tiada apa apa hubungan lagi. saya minta diri dulu dan saya harap tuan yoongi hormat saya sebagai kekasih hyunsuk'
kata kata saera masih lagi terngiang ngiang diminda. sampai begitu sekali dia marahkan aku. badan direhatkan di kerusi urut. ya tuhan berat sungguh ujian aku. sudahlah kemalangan, amnesia lagi dan ditipu hidup hidup oleh sarah.
aku masih ingat lagi hari pertama aku sedar dari koma, sarah orang pertama yang berada di sisiku. pada mulanya aku tidak ingat pun siapa dia, tapi setelah puas dia meyakinkan aku bahawa dia adalah teman wanita aku, aku percayakannya.
aku ingin memhon maaf dengan saera. aku perlu terima apa pun keputusan yang dia mahu buat sama ada untuk terus hidup bersama aku atau hyunsuk.
frame gambar aku dengan saera aku lihat. pasti lama kau menunggu aku untuk pulang ke pangkuan kau kim saera.
kau tetap cantik seperti bintang di syurga yang aku selalu perkatakan dulu. kau bidadari yang cukup sempurna saera. beruntung hyunsuk kerana dapat kau.
aku menyesal. ye aku menyesal kerana melupakan kau saat belajar di New Zealand dan kembali semula pada kau di Canada seperti tiada apa apa yang berlaku.
sejujurnya, aku melupakan saera saat aku berada di New Zealand. aku berjumpa semula dengan bekas kekasih aku, sarah. kekasih aku sebelum saera. sarah meninggalkan aku selepas mengetahui aku adalah pekerja bawahan di syarikat appa saera.
kata sarah, menjadi pekerja bawahan adalah jijik. aku tidak tahu celah mana jijiknya untuk menjadi pekerja bawahan. selepas aku berjumpa semula dengan sara, dia selalu membuatkan aku lupa tentang saera. setiap kali aku mahu telefon saera, pasti ada sahaja benda yang sarah akan tarik perhatianku.
ye aku salah. sebab aku lebihkan sarah daripada saera. maafkan aku saera.
YOU ARE READING
[C] RETURN ; min yoongi
Fanfiction"untuk cinta yang cantik" first publish ; 2016 rewrite ; 3 September 2022