Bab 1

1.2K 68 2
                                    

Dunia Ecozania merupakan dunia yang harmoni dalam percampuran makhluk yang berlainan keturunan tapi hidup bersama di bawah naungan seorang Raja dari keturunan manusia. Seorang manusia yang memikul tanggungjawab dengan adil dan saksama. Mahluk di Ecozania sentiasa berkongsi kegembiraan, kedukaan pula dirasai bersama. Tapi akibat sumpahan yang wujud dari perebutan takhta tujuh keturunan yang lepas. Ecozania kini porak peranda akibat perbalahan antara mahluk di dunia itu.

"Kerana aku tidak dipilih sebagai Raja bagi memerintah Ecozania. Aku sumpah Ecozania porak peranda pada tujuh keturunan akan datang. Mahluk saling berbalah, seronok bermandikan darah !!! Tiada kebahagian atau beramah mesra kecuali kebencian dan peperangan semata2 !!!"

Berpuluh, beratus, beribu para Ilmuan, Bunian, Wizard dan sebagainya dipanggil bagi merungkai sumpahan tersebut namun usaha mereka ternyata sia2. Sumpahan yang terbit dari dendam yang membara tidak dapat dirungkai sewenang2nya melainkan penghalang sumpahan dicipta. Bukankah setiap penyakit ada penawarnya. Begitu juga dengan sumpahan, setiap sumpahan pasti ada penghalangnya.

Tanpa pengetahuan orang luar, hanya orang2 berkuasa. Terbaik di kalangan yang terbaik diberi peluang untuk duduk semeja bagi mencipta penghalang sumpahan. Mereka yang telah memberikan kata sumpah setia dan sanggup bergadai nyawa bermati2an menyimpan rahsia terbesar yang mungkin dapat menyelamatkan Ecozania satu hari nanti.

★★★

Tujuh keturunan yang disumpah telah tiba. Seperti yang diucapkan perbalahan mula terjadi. Pemerintah bagi setiap keturunan mahluk yang wujud mula memberontak. Peperangan tercetus. Dunia Ecozania kini bermandikan darah. Dunia yang dahulunya bersatu kini mula berpecah belah. Wilayah2 bagi setiap keturunan sudah tidak bercampur seperti dulu kala. Tembok tinggi, pelindung, pendinding mula terbina.

Permusuhan keturunan mula terjadi. Kerana mantera sumpahan yang telah dilafazkan, pemerintah bagi setiap keturunan dikuasai oleh perasaan dendam dan ketamakan kuasa pemerintahan dan jajahan. Meraka yang belot ditindas, yang lemah dibuang wilayah. Hidup terkontang kanting meminta bantuan daripada mereka yang bersimpati.

Mayat bergelimpangan di sana sini. Tanah subur yang dulunya penuh tumbuhan menghijau kini merupakan tanah tandus yang menjadi kubur mangsa peperangan. Sungai yang dahulunya jernih bertukar merah dipenuhi darah. Udara yang dahulunya segar dengan haruman bunga2an kini hamis berbaukan bangkai. Kalau dahulu hidupnya tiada beza miskin dan kaya kini yang kaya duduknya di menara2 yang miskin pula pandai2 kau lah.

Dalam kekacauan yang melanda Ecozania. Sang Ratu Utama sedang bertarung nyawa bagi melahirkan pewaris takhta yang mula menjadi kebencian segala mahluk di dunia. Kebencian terhadap keturunan manusia.

"Tuanku ! Ratu Permaisuri selamat melahirkan seorang Puteri, Tuanku." kata dayang yang bertanggungjawab menjaga Sang Ratu dan menyambut kelahiran pewaris takhta Ecozania. Sudah seminggu Ratu Permaisuri bertarung nyawa bagi melahirkan Si Puteri. Kawalan di Istana diperketatkan akibat peperangan yang melanda. Ini bagi memastikan keselamatan Sang Ratu dan Puterinya.

"Bagaimana keadaan Ratu Permaisuri?" tanya Raja Solaras pada dayang tersebut. Risau dengan keadaan Ratu yang kurang mendapat perhatiannya sejak kekecohan mula berlaku.

"Keadaan Ratu sangat lemah Tuanku." ujar dayang dengan takungan air jernih di tubir matanya. Lantas Raja Solaras berlari menuju ke ruangan beradu Sang Ratu.

"Bertahan Rozel, kita keluar dari sini. Kita mulakan hidup baru bersama. Bertabah lah ya. Aku bermohon bertahan sebentar sahaja lagi." kasihan melihatkan keadaan Ratu yang lemah kerana melahirkan penerus takhta yang mungkin sudah tiada makna bagi dunia Ecozania. Kewujudan Si Puteri yang di rahsiakan mungkin akan terbongkar jika dia masih berada di Wilayah Ekadimia.

AKIRA; Penubuhan Semula EcozaniaWhere stories live. Discover now