Akira mula merengus geram. Selimut tebal yang diguna semalam dilipat cincai sebelum berlalu ke biliknya.
"Sengaja nak tinggalkan aku. Bukan dia tak tahu aku tengah dalam mood takut lagi sekarang ni." Masuk ni sudah dua malam dia tidur di bilik Lores. Waktu siang pula dia sering mengikut Lores ke mana saja Lores pergi. Semalam elok je Lores kejutkan dia sebelum pergi ke ladang bersama2. Pagi ni tiba2 Akira bangun pagi Lores sudah tidak ada di rumah. Mau dia tak naik angin.
Sekarang semakin kerap pula dia mendengar suara yang menyeru2 memanggil namanya itu. Jika bernasib baik, Lores juga terdengar sama. Kalau tak sia2 je kena marah dengan Lores. Terlalu terbawa2 katanya. Naik geram pulak Akira dengan perangai Lores tu. Air mata yang mengalir di pipi diseka dengan belakang tangannya.
"Lores siram pokok bawang guna air lada ke apa? Apasal bawang ni pedih sangat?" bebel Akira memarahi Lores. Bawang pedih pun Lores jugak yang kena. Penyudahnya bawang itu ditinggalkan di tepi meja. Akira mula berjalan ke arah susunan tempayan.
Sayur kobis yang terletak di dalam tempayan mula dikeluarkan. Helai demi helai dipisahkan sebelum dicuci satu persatu. Mulut tetap mengomel sendirian mengenangkan sikap Lores. Lagi pentingkan ladang dari adiknya sendiri. Padahal dia tak tahu Lores berhempas pulas kejutkan dia pagi tadi. Tapi dia dengan selamba badak menarik selimut untuk menyambung tidurnya semula. Kerana geram, akhirnya Lores pergi ke ladang sendiri.
Tok tok tok..
"Apa kena Lores ni, lupa bawa kunci ke apa?" bentak Akira bila pintu rumahnya diketuk kuat. Kobis ditangannya dicampak geram. Habis lunyai kobis sehelai tu. Kaki dihentak2 berlalu ke depan. Siap kau kejap lagi. Dah lah tinggalkan aku, lepas tu mengada2 tak reti bukak pintu sendiri ye.
Sebaik saja pintu dibuka, kelihatan orang lain sedang berdiri tegak menghadapnya. Akira menelan liur. Sapa ni? Pencuri? Perompak? Perogol? Tapi muka baik je. Tu lah kau, main bukak je pintu tu tadi. Lain kali tengoklah dulu kot ye pun marah sangat dekat Lores tu.
"Err cari siapa?" sopan Akira bertanya walaupun dia agak takut sebenarnya. Macam mana kalau orang ni yang selalu menyeru2 namanya? Sebabkan dia tinggal sendiri pagi ni, orang itu berani tayangkan muka? Bermacam2 perkara mula berlegar2 di dalam kepala Akira.
"Tinggal sorang?" tanya orang tu pula. Akira mengangguk tapi cepat2 digelengkan pula kepalanya. Takut sekiranya dia diapa2kan kalau dia mengaku dia berseorangan sekarang ini. Sebelah tangannya mula mencapai penyapu yang terletak di balik pintu.
"Jangan takut lah. Aku bukan orang jahat pun. Aku merantau dari hujung kampung sana. Kau Akira kan, cucu Embah Dura? Abang kau mana?" Erk dia tahu nama aku? Tapi Akira sedikit lega bila mendengar orang itu turut menyebut nama Neneknya dan Lores sekali tadi. Namun penyapu di tangannya tetap dipegang kemas. Sebagai langkah berjaga2.
"Hah ye Akira. Err Lores ada dekat ladang. Kejap lagi dia balik lah. Nak jumpa dia ke?" Akira bertanya dan mula berharap agar orang tu ingin berlalu ke ladang untuk bertemu dengan Lores. Orang itu sekadar tersenyum mendengar soalan Akira. Ternyata sangkaan Akira melesat bila orang itu ingin menunggu Lores di situ saja.
"Ya aku mahu jumpa dia tapi aku tunggu di sini saja. Sudah besar kau ya. Dulu aku jumpa kau ketika kau masih bayi." kata orang tu lagi membuatkan Akira sedikit terkejut. Sapa dia ni? Kenalan nenek ke? Takkan kawan Lores pulak sebab dia nampak dah berumur sikit. Tapi Akira tak rasa yang orang ini mempunyai niat jahat.
"Pakcik ni kenalan nenek atau kenalan Lores?" tanya Akira tidak berpuas hati sebab orang ini mengenali keluarganya tapi dia pula tidak mengenali siapa orang ini.
"Aku kenalan keluarga kau. Kita tunggu Lores balik dulu ya. Kau nak?" tanya orang itu sejurus menghulurkan sebiji epal kepada Akira. Akira termanggu sebentar. Maknanya Pakcik ni kenal Ayah sekali? Ayah? Sejak kecik dia hanya tahu bahawa ayah berada jauh darinya. Kerana tidak pernah berjumpa, Nenek serta Lores juga tidak pernah mahu bercerita jadi Akira tidak pernah ambil kisah. Ayah mahu pulangkah?
"Hei kau menungkan apa tu?" tanya orang itu mula melambai2kan tangannya di hadapan muka bila melihat Akira diam tidak bergerak. Huluran epalnya juga tidak disambut. Kuat berangan rupanya budak ni.
"Eh takda apa. Pakcik cakap apa tadi?" tanya Akira tersengeh sendiri. Time2 ni lah kau nak mengelamun pun. Nasib orang ni takda niat nak buat apa2.
"Aku tanya, kau nak epal ni tak?" kata orang itu masih menghulurkan sebiji epal pada Akira. Di tangan sebelah sudah separuh epal dimakannya. Akira melontarkan pandangan was2 pada orang dihadapannya. Tadi kata baik, tapi was2 pulak.
"Pakcik nak racun aku ke? Pakcik nak culik? Nak jual? Atau pakcik nak rompak rumah ni?" bertubi2 Akira melontarkan soalan pada orang itu. Penyapu di belakang pintu digenggam lebih erat. Memang lunyai pakcik ni kalau dia nak apa2kan aku.
"Apa kau merepek? Aku bagi epal, bukan hulur botol ubat." Orang itu mula mengerutkan dahinya. Pelik melihat Akira yang tiba2 bersangka buruk padanya.
"Ai kata Pakcik datang dari hujung kampung sana. Pakcik tak dengar cerita ke? Tu Snow White anak gadis muda kat hujung kampung sana tu, dia kena racun dengan sorang nenek tua dengan epal lah. Tah2 pakcik ni, nenek tu tak?" Akira mula menuduh. Macam2 bende dia mula fikir. Kemudian dia terdengar suara orang sedang sakan menggelakkannya.
"Gelak kenapa?" tanya Akira dengan wajah yang memang sah2 tak puas hati. Tak pasal2 kena gelak kenapa. Kot perlahan gelak tu takpa jugak. Kalah semboyan kampung ni.
"Aku gelak sebab kau ni kelakar. Nak racun kau buat apa? Aku ambik epal ni dekat pokok tu hah. Lagipun aku lelaki, ada rupa macam nenek2 ke aku ni?" tanya orang tu kembali menyambung gelaknya. Akira tersengeh sendiri. Kepala yang tak gatal digaru2 perlahan. Matanya mula melorot ke arah pokok epal di hadapan rumahnya itu. Fikiran ke lautlah kau ni Akira.
"Hehe takpe lah, Pakcik makan lah epal tu. Pakcik nampak macam lapar je." Akira menolak pelawaan orang itu tadi. Kalau setakat epal depan rumah ni dah belambak dah dekat dapur tu. Lain la kalau Pakcik ni bagi tembikai. Dekat situ jugak dia bersila. Tembikai susah nak dapat taw sebab Lores malas nak tanam. Leceh katanya, buah sebijik daun je banyak. Apa pun tak boleh dia tu.
"Suka hati kau lah." balas Pakcik tu mula mengunyah epal yang dihulurkan pada Akira tadi. Akira hanya berdiri tegak dimuka pintu. Kakinya dikuis2 bermain dengan anak rumput yang ingin tumbuh di celah2 batu.
"Hidup kau macam mana? Lepas Nenek kau pergi, Lores jaga kau tak?" Pakcik tu mula bertanya bagi memecahkan kesunyian di antara mereka. Akira mengangguk sambil tersenyum manis.
"Baik2 aja. Lepas Nenek dah takda Lores jaga Aku dengan baik. Tapi kadang2 dia tu menyakitkan hati sikit. Sengal melampau." jawab Akira selamba dengan muka meluat dia. Pakcik tu mula tertawa halus.
"Mana masuknya nasi kalau tak ke mulut. Menurun perangai bapaknya." tambah Pakcik tu masih menggelakkan Lores. Akira mula berkerut dahi.
"Perangai Lores sama macam ayah?" tanya Akira membuatkan orang itu sedikit terkedu. Belakang tengkuknya diusap perlahan.
"Memang sama..."
"Akira !!" jerit Lores bila dia sampai di tepi rumah. Fikirnya Akira masih tidur diulit mimpi indah. Mimpi bersantai di pantai dengan secawan jus tembikai. Obses sangat dengan tembikai !! Boleh dikatakan setiap hari Akira menceritakan mimpinya yang berkait dengan tembikai. Rumah tembikai, Putera tembikai, baju tembikai, kek tembikai, ah semua tembikai lah. Sampaikan sebulan dia merajuk sebab aku taknak tanamkan pokok tembikai untuk dia.
"Hah Lores, ada orang nak jumpa kau." kata Akira mula menapak ke arah Lores yang sedang membuka topi kebunnya. Lores mengurut dadanya sebentar sebelum mengangkat cangkul yang masih setia di sisinya untuk di simpan di tempatnya semula.
"Ish terkejut aku. Aku ingat kau membuta lagi. Sapa datang?" tanya Lores memandang wajah kusut Akira. Kompom budak ni tak mandi lagi. Cekodok basi pun lagi lawa dari muka dia sekarang ni. Dia sambut tetamu datang dengan muka yang macam ni ke.
"Hai Lores, kau rindu aku?" tanya orang itu turut menghampiri Lores. Tercampak cangkul yang dipegangnya tadi. Nasib Akira sempat melompat ke tepi. Kalau tak hilang lima jari kakinya. Lores yang begitu teruja mula berlari memeluk orang itu. Terlompat2 dia kerana terlalu gembira. Akira tersenyum sinis. Dah macam budak2 Lores ni, sakan melompat sampai aku kat tepi ni kau lupakan. Patot kenalkan lah aku dengan orang tu dulu !!
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasyEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...