Bab 27

272 26 2
                                    

"Kau anak Mogan Hagtors? Pengawal utama Raja Draka?" tanya Mogelic lagi. Rowin sekadar mengangguk. Red turut menelek wajah Rowin. Sebagai Putera Raja dan ahli barisan utama dalam Wilayah Lokeris, dia juga pernah terdengar Ayahnya menyebut nama Hagtors. Bila ingin berperang dengan Lycanic, Ayahnya sering bersyukur kerana Hagtors sudah tidak ada. Rupanya Hagtors adalah bekas pengawal utama si Raja.

"Mana perginya Ayah kau?" tanya Red mencelah perbualan antara Rowin dan Mogelic. Rowin melemparkan pandangan yang agak tajam pada Red sebelum dia menunduk memandang semula ke arah ranting2 kayu di hujung kakinya.

"Mati. Mati pertahankan Istana kosong si Draka bodoh tu." jawab Rowin mematah2kan lagi ranting kayu yang agak tebal dengan kasar. Mogelic dan Red mengangguk faham. Blue yang diam dan menjadi pemerhati dari tadi mula bersuara.

"Kau tahu apa yang jadi dengan Centaur ni?" tanyanya menunjuk ke arah Centaur yang masih terbaring tak sedarkan diri itu. Rowin tersenyum sinis memandang mereka semua.

"Kau tengok pada leher sebelah kiri dia." kata Rowin menyuruh mereka melihat leher Centaur itu pada bahagian yang sebelah bawah. Red dan Mogelic mula bergerak dan terkejut melihat tanda yang terdapat pada leher Centaur itu.

"Bukan kau yang tinggalkan kesan itu bukan?" tanya Mogelic pada Rowin. Rowin melepaskan tawanya.

"Lama kau tinggalkan Lycanic. Takkan lupa cara hidup Werewolf? Werewolf tak makan daging Centaur. Liat tau tak. Lagi pun mereka separuh manusia, tak lalu aku nak makan daging manusia." jawab Rowin selamba. Blue yang mendengar jawapan Rowin tadi merengus kasar. Suka2 dia je nak kutuk kaum aku.

"Jadi sapa yang tinggalkan kesan tu pada dia?" tanya Red pula. Makin pelik keadaan dekat luar ni. Payah jugak rupanya bila dah dihalau keluar dari Wilayah sendiri. Pandai2 cari tempat bersembunyi kalau nak terus hidup.

"Vampire. Bau liar tu bukan bau aku. Tapi bau Vampire." kata Rowin lagi. Para pengawal yang berada di situ mula menunjukkan lagak berkawal semula setelah mendengar kata2 Rowin tadi. Mogelic yang baru terperasan dengan keadaan itu turut memandang kawasan sekeliling. Bau liar yang disebutkan tadi memang ada tapi jauh sedikit. Sedangkan bau golongannya berada di sekitar sini sahaja termasuk bau Rowin.

"Kau ada nampak Vampire tu?" tanya Red turut memandang sekeliling sebelum pandangannya jatuh semula pada Centaur yang terbaring tadi.

"Tapi dia kelihatan seperti masih ada banyak darah walaupun dah diserang Vampire." Red menegur situasi pelik itu. Sudah di gigit tapi darahnya masih belum disedut.

"Mungkin dia sembunyikan diri bila aku lalu di kawasan ni. Vampire pun ada deria bau yang kuat jugak. Dia dah terhidu bau aku lah tu." kata Rowin menjawab kekeliruan yang ditimbulkan oleh Red. Mogelic disisinya turut menganggukkan kepala. Werewolf terkenal sebagai pemburu Vampire. Takkan Vampire tu nak duduk situ lagi kalau ada Werewolf yang datang mendekat.

"Sebelum tu, kau ada nampak mana2 Centaur yang lalu kawasan ni selain yang tu?" tanya Blue masih memikirkan masalah kaum keturunannya. Terasa berat hatinya bila melihat kaum keturunannya terbaring lemah begitu. Hatinya berharap agar Centaur yang lain berada dalam keadaan yang baik2.

"Sepanjang aku berkeliaran dekat luar ni. Ni Centaur ke tiga yang aku jumpa. Tapi yang dua tadi masih elok boleh berjalan. Ada jugak aku cuba menegur tapi mereka lari. Laju betul diorang pecut ke arah Utara sana." jawab Rowin dengan tawa yang berdekah. Apa yang lucunya pun tak tahu lah. Tapi timbul rasa lega di hati Blue bila mendengar kata2 Rowin tadi. Jika Centaur yang berlari menuju ke arah Utara, itu maksudnya Rowin terserempak dengan Centaur yang telah mereka jumpa kepenatan di Utara sana. Mungkin mereka kepenatan kerana melarikan diri dari Rowin si Warewolf gila.

"Dah lama kau perhatikan dia ni?" tanya Red menunjuk ke arah Centaur yang masih terbaring lemah itu. Pandangan mata Rowin turut jatuh pada tubuh lemah Centaur malang itu.

AKIRA; Penubuhan Semula EcozaniaWhere stories live. Discover now