Bab 29

281 25 1
                                    

Semua mata tertumpu pada pintu yang dibuka sedikit kasar dari luar. Tersembul wajah Mogelic bersama Pairy. Wajah Pairy yang sudah merah seperti sedang menahan marah dikerling sekilas.

"Ada apa2 masalah yang membawa kau ke sini Mogelic?" tanya Varnon tanpa teragak2. Baru sekejap tadi Mogelic meninggalkan ruangan itu. Kini wajahnya muncul kembali di situ. Atas urusan apa lagi kalau bukan tentang masalah dalam perkawalan Ekadimia.

"Takda apa2 masalah berkaitan Ekadimia. Tapi.." kata Pairy tergantung setelah matanya tajam menikam pandangan mata Mogelic. Terkulat2 Mogelic sendirian di situ. Bukan salah aku kalau aku sendiri tak tahu tanda tu membawa maksud penting dalam Ekadimia.

"Tapi apa?" tanya Lorex memotong pertanyaan yang ingin keluar dari mulut Varnon. Fahamlah dia yang Lorex turut berada dalam keadaan yang penuh dengan tanda tanya.

"Tapi dia yang bermasalah." jawab Pairy geram dengan tangannya yang sedaya upaya cuba melorotkan jaket Mogelic. Dah tahu kecik ada hati nak tanggalkan baju orang. Mogelic yang kasihan melihat keadaan Pairy itu lantas menanggalkan jaketnya sehingga menampakkan tanda di belakang lengannya.

"Engkau ada tanda tu?" tanya Lorex sedikit kuat lantas laju dia menerpa Mogelic. Tubuh Mogelic tersentak ke belakang. Pasrah dirinya bila Lorex mula membelek tanda di belakang lengannya.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu kami tentang tanda tu?" tanya Varnon cuba berlembut dengan Mogelic. Nak marah pun takda guna. Dia faham yang Mogelic pun pasti tidak tahu apa2 maklumat tentang tanda itu.

"Sebab aku ingat ni tanda biasa saja. Tanda kelahiran yang takda pada orang lain." jawabnya sambil menguis2 jari2nya. Kedengaran Lorex melepaskan keluhannya. Jaket Mogelic disarungkan semula.

"Kau tengok sana tu. Bukan kau sorang yang ada tanda ni dan tanda ni jugak penting buat semua warga dalam dunia ni. Bukan setakat Ekadimia tetapi Ecozania, seluruh Ecozania." kata Lorex seraya menunjuk ke arah Blue, Red dan Cicilya. Mulut Mogelic sedikit terlopong melihatkan yang Red dan Blue turut mempunyai tanda yang sama dengannya dan juga Cicilya cuma ianya berlainan warna.

"Sudah, mari aku terangkan pada kau berdua tentang rahsia di sebalik tanda ni semua." kata Varnon merujuk pada Mogelic dan Cicilya. Mogelic menghampiri meja perbincangan bila Varnon menyuruhnya. Tapi dia melencong ke sebelah Red kerana bau tubuhnya dan tubuh Cicilya tidak serasi untuk bersama. Nasib Mogelic yang berada di situ. Kalau Rowin yang berada di situ alamatnya memang kena penggal leher si Cicilya tu.

Seusai semua melabuhkan punggung di meja perbincangan. Varnon mula melayarkan kisah sumpahan Ecozania melalui layar masa. Red dan Blue turut melihatnya walaupun mereka sendiri sudah tahu tentang rahsia Ecozania yang satu ini.

Selesai merentasi ruang masa, Varnon memandang tepat ke arah dua anak muda yang baru mengetahui rahsia besar Ecozania sebentar tadi.

"Jadi apa pendapat kau berdua? Bersedia untuk menuntut bela dan mencari semula keamanan untuk Ecozania?" tanya Varnon tanpa sebarang pembuka kata. Perkara yang serius perlu dibahaskan dalam keadaan serius. Keputusan kedua anak muda ini lebih penting dari segalanya. Jika tiada kesepakatan, macam mana Ecozania dapat kembali aman.

"Aku takda masalah. Lagipun dah lama aku berkhidmat dengan kau semua. Kalau aku bukan salah seorang dari warna dunia pun aku tetap akan berjuang bersama sebagai pengawal Ekadimia." kata Mogelic dengan yakin. Sekarang ni cuma Ekadimia tempat dia bergantung. Sepuluh tahun yang lalu pun dia sendiri telah berjanji untuk kekal setia menjaga keamanan Ekadimia. Warga Ekadimia menerima kedatangannya dengan tulus hati. Jadi apa salahnya kalau sekarang dia turut bersatu untuk menuntut keamanan Ecozania pula. Kebahagian untuk ke semua mahluk Ecozania yang sudah terlalu lama menderita.

AKIRA; Penubuhan Semula EcozaniaWhere stories live. Discover now