"Kita cuba dekat abang aku dulu." tambah Sildyia berulang memandang antara abangnya dengan mereka bertiga.
"Kau merepek apa Yellow. Kita tengah cakap pasal Violet dengan Akira. Apa kena mengena dengan abang kau pulak?" sampuk Lorex yang menyangka Sildyia a.k.a Yellow sudah merapu jauh. Sildyia merengus dengan sebelah kakinya dihentak ke lantai.
"Tolong jangan panggil aku dengan nama tu." bentak Sildyia geram memandang wajah Lorex. Varnon cuba tersenyum nipis.
"Kami ubah nama kau semua bersebab dan antara sebabnya kami tak mahu kenalan atau musuh2 yang kau pernah ada semasa berada di wilayah masing2 tahu tentang kewujudan kau semua di sini. Tak mustahil dalam Ekadimia ni sendiri ada mata2 atau pembelot dari wilayah luar." terang Varnon secara lembut cuba memujuk Sildyia. Budak keras kepala tak boleh dipaksa melainkan hanya dengan kelembutan. Sildyia sekadar menunduk memandang lantai.
"Baiklah. Kalau macam tu panggil aku Wolley." tambah Sildyia dengan jari peace di pipi dan tayangan gigi putih yang tersusun cantik.
"Wolley??" serentak mereka bertiga bertanya dengan riak wajah yang sukar digambarkan.
"Yela Wolley, sebutan Yellow dengan cara terbalik. Terima pilihan nama aku atau aku kekal guna nama Sildyia." jawab Sildyia dengan bahu yang dijungkitkan. Kedua tangannya sudah sedia bersilang di dada. Protes sungguh gayanya. Giliran mereka pula yang mengeluh.
"Ikot suka kau lah. Kau bukan nak dengar cakap orang tua pun." sampuk Lorex yang mula pasrah dengan sikap Wolley.
"Owh kau sedar rupanya yang kau dah tua. Aku ingat kau masih fikir yang kau tu muda lagi." perli Wolley dengan gelak yang dibuat2. Seronok pulak dapat menyakat si Lorex ni. Lorex tak mampu menjawab. Hanya jelingan tajam yang dihantar tepat pada wajah Wolley.
Varnon mula menggelengkan kepala. Sah kanak2 rebina mereka berdua ni. Tapi sekurang2nya dia gembira bila dapat melihat Lorex yang lama telah kembali. Lorex yang banyak mulut seperti masa Raja Solaras masih ada.
"Sudah2. Layankan kau berdua ni memang tak habis2 lah cerita ni. Dah lah nak tunggu update punyalah lama. Elok2 plot pendek dah jadi panjang dah." sangkal Varnon menamatkan perang mulut antara Lorex dan Wolley. Giliran Varnon pula mendapat jelingan daripada Writer.
"Ok2 maafkan kami." serentak Lorex dan Wolley menjawab sebelum tawa mereka berdua pecah. Lantas Wolley melayangkan high five dan disambut oleh Lorex. Eh da jadi geng pulak dah. Apa kau mengarut ni wahai Writer.
"Apa2 jelah kau berdua. Jadi sekarang boleh kau terangkan kenapa perlu kita buat cubaan ke atas abang kau tu. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Macam mana kalau benda tu cuma berkesan pada Akira je?" sambung Varnon kembali semula kepada perbincangan awal. Terima kasih Varnon sebab telah membawa Writer kembali kepada pangkal jalan untuk chapter ni.
"Aku tak pernah terfikir pulak yang kau ni pendek akal." tempelak Wolley tanpa berlapis. Balik semula dah perangai tak semenggah dia tu. Tak reti nak jaga bahasa betul. Hati orang lagilah takda masa nak fikir.
"Kalau kita cuba dekat abang aku dulu, sekurang2nya tak perlulah kita kena tanggung risiko yang besar kalau jadi apa2 kat Akira. Eh Akira bawa nyawa kitorang sekali tau kalau dia mati." Tambah Wolley cuba menerangkan apa yang terlintas difikirannya.
"Kot iya pun, cubalah sampaikan dalam bahasa yang cantik sikit. Kata2 tu satu doa kau tahu." sampuk Violet pula mengingatkan Wolley untuk tidak menggunakan bahasa yang terlalu kasar. Varnon dan Lorex cuma mengangguk setuju dengan pesanan Violet tadi.
"Ye2 maaf tapi kalau aku tak guna bahasa kasar. Bukan korang nak faham pun. Lambat kan. Baik, kita sambung balik. Kalau kita cuba dekat abang aku pulak. Aku tak rasa yang ada apa2 benda buruk yang akan jadi sebab dia memang takkan apa2 pun kan kalau ada musibah buruk melanda. Nama pun mencuba. Kita cuba jela. Kalau memang benda tu hanya terjadi pada Akira je, jadi kita tak boleh buat apa lah." tambah Wolley menghabiskan penerangannya tentang idea yang dari tadi mula bersarang dalam kepalanya.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasíaEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...